kejadian ini adalah hikmah dari Allah swt. saya tidak gemar ia dijadikan modal politik 
oleh PAS. PAS memiliki senjata yang paling mahal yang tidak dimiliki oleh sesiapa... 
ISLAM. pergaduhan man bedul dgn rozai adalah di atas kehendak Allah. apakah kita tidak 
yakin dengan solat hajat yang sekian lama kita laksanakan? bukan umno pendang shaja 
yang berkecamuk. umno di mana2 berkecamuk termasuk ketua besarnya. benaknya tak tentu 
arah hilang punca bercelaru sebab tu tak semena2 nangis sebak letak jawatan... PAStu 
terima balik sehingga oktober 2003. hanya yang tak sihat sahaja bertindak sedemikian 
rupa...

--- message from Onwards <[EMAIL PROTECTED]> attached:

_____________________________________________________________
-------------------------------------------

All the intelligence of the internet 
http://www.intelbrief.com

_____________________________________________________________
Promote your group and strengthen ties to your members with [EMAIL PROTECTED] by 
Everyone.net  http://www.everyone.net/?btn=tag
--- Begin Message ---

BERITA TERKINI: Man Bedoi Ketua UMNO Bhgn Pendang bertumbuk dengan Adun
Sungai Tiang, Rozai
Menurut berita terkini yang menggemparkan dari Pendang melaporkan pada malam
semalam, 5/7/2002, telah berlaku satu insiden pergaduhan dan tumbuk-menumbuk
yang hebat di pejabat Umno Bahagian Pendang iaitu di antara Ketua Umno
Bahagian Pendang iaitu Othman Abdul yang juga calon BN yang telah kalah pada
Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pada pilihanraya parlimen Pendang pada tahun
1999 yang lepas dengan Timbalan Ketua Umno Bahagian iaitu ADUN BN kawasan
Sungai Tiang, Pendang, Rozai Mohd Safian yang juga merupakan bekas
setiausaha politik bekas MB Kedah iaitu Sanusi Joned. Pergaduhan antara dua
musuh seteru politik Umno Pendang ini dipercayai berpunca daripada perebutan
hendak menjadi calon atau perebutan untuk meletakkan 'orang masing-masing'
bagi menjadi calon pilihanraya kecil Parlimen Pendang ini.
Diberitakan yang muka Man Bedoi telah pecah dan be! rdarah akibat dibelasah
dan ditumbuk oleh Rozai.Memang sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan
pemerhati politik Kedah dan Umno Kedah sejak dari dulu lagi telah wujud
permusuhan antara puak-puak Umno Pendang terutamanya antara puak Man Bedoi
dan puak Rozai kerana berebutkan pengaruh di kalangan Umno Pendang. Puak Man
Bedoi akan memboikot puak Rozai dalam pilihanraya dengan menyokong parti
pembangkang jika calon dari puak Man Bedoi tidak terpilih untuk bertanding
pada pilihanraya parlimen Pendang atau DUN Sungai Tiang atau DUN Bukit Raya
dan begitulah jugak sebaliknya.
Permusuhan antara dua tokoh Umno Pendang ini semakin ketara apabila Man
Bedoi telah menang tipis pada Rozai pada pemilihan Ketua Umno Bahagian yang
lepas. Ini telah menjadikan perpecahan yang lebih teruk lagi di kalangan
ahli-ahli Umno Bahagian Pendang yang memang telah berpecah-belah sejak dari
dulu lagi. Perpecahan antara puak-puak penyokong Man Bedoi dan puak Rozaiadalah ibarat berpatah arang berkerat rotan kerana kedua-dua puak tidak
dapat bekerjasama langsung dan saling berbalas-dendam dan boikot-memboikot
antara satu sama lain. Dengan berlakunya perpecahan di kalangan ahli-ahli
Umno Pendang dan keadaan Umno Pendang yang semakin nazak sekarang ini
dijangka memberi keuntungan yang besar kepada pihak PAS dan dijangka PAS
akan menjadikannya sebagai modal politik untuk menang dengan majoriti yang
lebih besar lagi dalam pilihanraya kecil Pendang ini. Ingatlah
pengundi-pengundi Pendang sedang memerhatikan gelagat 'budak-budak' di
Pendang ini!
AnakKedah.






COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
New! SBC Yahoo! Dial - 1st Month Free & unlimited access--- End Message ---

Reply via email to