Salamun 'alaikum,

Dari Utusan Merayu :

Shahrizat dahului senarai 178 penerima pingat

PULAU PINANG 13 Julai - Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Shahrizat Abdul Jalil hari ini mendahului senarai 178 orang penerima darjah kebesaran dan pingat kehormatan sempena ulang tahun ke-64 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang di sini.

>>>>

Inilah antara warna-warna sumbang kecemerlangan hidup dalam sebuah negara yang dikatakan Islam pada 29 September 2001 oleh Mahathir Mohamad dalam ucapannya ke Persidangan Perwakilan Gerakan. Shahrizat selaku ketua wanita parti melayu UMNO yang kononnya memperjuangkan hak wanita melayu yang mengaku Islam menerima anugerah kebesaran diatas jasa beliau yang antaranya menentang hukum Hudud Qisas yang dibentangkan di Terengganu sebagai membela nasib wanita.

Aku tercari-cari juga nama menteri kesihatan Chua Jui Ming yang menghalalkan vaksin babi diguna kepada jemaah haji Malaysia tahun lepas, tapi hampa. Mungkin kerana kurang glamour atau kurang layak walaupun setelah berjaya meningkatkan jumlah penghidap HIV kepada 74 000 orang setakat ini selepas melancarkan kempen kesedaran Aids dengan kerjasama pertubuhan Aids Marina Mahathir sejak beberapa tahun yang lepas.

Aku selidik satu persatu nama-nama penerima anugerah tu, namun tak ku temui nama-nama penulis haramjadah yang baru-baru ini begitu ghairah menghasilkan penulisan yang berunsur hina Nabi SAW dan Islam. Mungkin juga kurang layak kerana tidak begitu terserlah seperti Hamid Barua selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengiyakan seperti menghalalkan ‘kehilangan’ RM 80 Juta wang tabung haji yang dipengerusikan olehnya.

Nak bagi sedap lagi majlis anugerah, tambah lagi nama-nama wira negara yang mengharumkan nama tanah malaya di merata dunia seperti Dato Mansor yang belayar mengelilingi dunia seorang diri tanpa berjemaah selama 6 bulan atau mana-mana nama wira tanahair yang sama arus dengannya.

Itulah UMNO / BN – Binasa lagi membinasakan !

Sekian~



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke