Usahkan selak kain, selak tudung pun PAS tak buat
Saturday, July 13 @ 12:15:07 MYT


Oleh Helmi Khalid
ALOR SETAR, 13 Julai (Hrkh) - Bekas orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah,
Abdul Razak Abbas meminta Umno/BN menghentikan segera dakyah buruk mereka
kerana tindakan itu akan menambahkan kebencian rakyat terhadap mereka.

Beliau merujuk kepada laporan wanita dan Puteri Umno yang mendakwa muslimat
PAS menyelak kain bila bertemu wanita Umno dan orang lelaki PAS menunjukkan
kemaluan bila bertemu puteri Umno.
"Saya sedikit pun tidak terkejut berita itu disiarkan, saya tahu lebih dari
itu Umno boleh buat untuk memburukkan imej PAS," tegasnya.
Beliau yang kini menjadi salah seorang Pegawai Penerangan PAS Kelantan
berkata, ketika dia dalam Umno, pemimpin Umno pernah mengarahkan dia
menggergaji pintu gerbang BN.
"Esoknya, Umno pegi buat repot polis, cakap orang PAS yang buat. Ini bukan
main-maian, itu kerja saya waktu dalam Umno,! " ujarnya.
Menurutnya lagi, dia juga pernah diarahkan pemimpin Umno untuk membakar
jambatan di Rantau Panjang untuk menghalang orang PAS keluar mengundi, dan
Umno buat laporan polis bahawa orang PAS bakar jambatan.
Katanya lagi, muslimat PAS jangankan hendak menyelak kain, kalau nak selak
tudung sampai nampak leher pun muslimat segan, ini tuduhan tak masuk akal.
Justeru itu beliau juga mengharapkan agar ahli dan penyokong PAS jangan
cepat melatah, kerana Umno jika sudah tersepit akan mengeluarkan lagi
pelbagai fitnah untuk menunjukkan lawannya tidak baik.
"Saya beri ingatan, kalau lawan pilihan raya buat cara pilihan raya, kalau
nak datang fitnah orang, itu hanya kerja Umno/BN," tegasnya lagi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Reply via email to