|
Arah Kiblat boleh ditentukan pada 16
Julai
2002(Selasa)5.28pm, waktu Malaysia. Assalamualaikum, Tahukah anda, matahari akan berada betul-betul di atas Ka'bah 2 kali setahun? Semasa peristiwa ini berlaku, arah qiblat yang tepat boleh dilihat dari mana-mana tempat di dunia ini - cara ini lebih tepat daripada menggunakan kompas. Salah satu tarikh perkara ini berlaku pada tahun ini ialah pada ; 16 Julai 2002 (Selasa) ; pada pukul 5.28pm Pastikan anda memeriksa arah qiblat anda pada masa tersebut agar bertambah keyakinan dan kekhusyukan solat. Cara nak menentukan arah qiblat ialah dengan cara; i. mengadap ke arah matahari pada hari dan masa tersebut atau ii. menegakkan objek yang lurus dan melihat kepada bayang-bayangnya. Semoga ada manfaat. Sila sebarkan. Wassalam. |
