Kawalan keselamatan PAS paling ketat di Pendang, Anak Bukit
Wednesday, July 17 @ 02:01:54 MYT


Oleh A. Shukur Harun
PENDANG, 17 Julai (Hrkh) - Kempen jentera pilihan raya PAS Kawasan Parlimen
Pendang sampai pada puncaknya apabila seluruh petugas PAS dengan dibantu
oleh petugas KeADILan - di seluruh markas UPU digerakkan secara maksima 24
jam.

Petugas keselamatan PAS berjaga-jaga silih berganti di setiap markas dan
tempat-tempat penting untuk mempastikan tidak ada sebarang sepanduk, bendera
dan bosta serta kain rentang PAS diturunkan oleh pihak tertentu.
Kawalan paling ketat pihak keselamatan PAS ini dapat dilihat di mana-mana.
Menurut seorang jurucakap PAS di sini, memang ada usaha golongan tertentu
menghantar orangnya dengan menyamar sebagai petugas PAS untuk masuk ke
markas PAS, tetapi dengan pantas petugas keselamatan dapat menghalangnya dan
orang itu segera 'cabut lari'.
Di samping itu memang ada usaha golongan t! ertentu hendak menurunkan bendera
dan kain rentang PAS, terutamnya bendera bulan yang terpampang banyak tempat
di Pendang dan Anak Bukit.
Tetapi petugas keselamatan PAS mengadakan kawalan ketat dan berjaya
mematahkan usaha golongan tertentu itu.
Timbalan Pengarah 1 pilihan raya kecil PAS Pendang dan Anak Bukit, Cikgu
Mustafa Long berpuas hati dengan gerak kerja Pemuda dan Muslimat sepanjang
kempen ini.
Muslimat, katanya, dengan gigihnya telah memasuki semua kampung di kawasan
Pendang.
Mereka mengadakan acara membaca Yasin dan tazkirah.
Laporan yang diterimanya menunjukkan orang kampung, khususnya kaum ibu,
memberikan sambutan paling baik terhadap kunjungan Muslimat PAS.
Sementara itu, Markas Pemuda di seluruh kawasan Pendang, keadaan begitu
rancak sekali mengatur pelbagai program.
Sebahagiannya menemui pengundi kaum Cina dan sebahagian lagi menemui
pengundi atas pagar.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-objec! t name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Reply via email to