*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum,
Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari/Muslim, Nabi
s.a.w. bersabda (mafhumnya), ?Di akhir zaman, kamu
akan jumpa suatu golongan yang ada 2 sifat. Dan kamu
mesti berjihad menentang golongan ini. Sifat golongan
ini yang pertama ialah dia bercakap benda yang dia tak
akan buat. Manakala sifatnya yang kedua ialah dia buat
benda yang ALLAH tak suruh??

[ Judi, ALLAH suruh tak, tuan-tuan??Tak kan. Tapi awat
K`tan/T`ganu boleh haramkan judi, negeri lain tak
boleh??Judi ALLAH tak suruh, arak ALLAH tak suruh,
dedah aurat ALLAH tak suruh, maki ulama` ALLAH tak
suruh, pertikai Quran ALLAH tak suruh; tapi hat tu la
yang umno pekenan nak buat. ]

Lalu sambung Nabi s.a.w., ?Barang siapa berjihad
terhadap golongan ini menggunakan tangannya, maka dia
beriman.??

[ Jadi apa yang pengundi Pendang Anak Bukit tunggu
lagi??Inilah peluang untuk hangpa gunakan tangan bagi
menyuarakan protes terhadap k`jaan umno/bn yang
semakin tak tentu hala. Esok pagi sebelum pi pangkah,
pastikan solat sunat istikharah dulu. ]

Kemudian sabda Nabi s.a.w. lagi, ?Barang siapa
berjihad dengan lidahnya (menegur pemerintah yang
zolim), maka dia beriman.?

[ Jangan jadi setan bisu, tuan-tuan. Inilah masanya
kita tegur pemerintah yang semakin menggila dengan
rasuahnya, salahguna kuasanya, kronismenya,
penyelewengannya, runtuh aqidahnya dan sebagainya
lagi. ]

Wassalam.     

--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Doktor-doktor sukarelawan BA hujung minggu lalu
> mengadakan satu klinik terbuka di Pekan Anak Bukit,
> untuk menawarkan perkhidmatan perubatan percuma
> kepada penduduk setempat.
> 
> Khidmat perubatan percuma itu dibuat bersempena
> dengan lawatan mesra calon BA Ir Amiruddin ke
> kawasan Pekan Anak Bukit. Beliau turut diiringi oleh
> pimpinan Keadilan yang kini berada di Anak Bukit,
> seperti Naib Presiden YB Saudara Azmin Ali,
> Setiausaha Agung Ir Haji Sahri Bahri dan Ketua
> Wanita Puan Hajjah Fuziah Salleh. 
> 
> Perkhidmatan itu jelas mendapat sambutan orang ramai
> apabila ia berterusan hingga ke petang dan orang
> ramai terpaksa beratur panjang untuk menemui
> doktor-doktor BA. 
> 
> Sementara itu, akhbar-akhbar arus perdana dan akhbar
> web terus melaporkan bagaimana BN terus membeli
> 'gula-gulaan' berbentuk wang tunai, bekalan makanan
> dan pakaian kepada pengundi di sini. 
> 
> Baru-baru ini, bakal Timbalan Perdana Menteri yang
> dipilih Mahathir Mohamad, iaitu Najib Tun Razak
> memberikan wang tunai RM200 dan hamper makanan
> kepada pengundi di Kampung Seberang Menanti dan
> Seberang Pantai Johor. 
> 
> Malah, ahli Puteri UMNO terus cuba merasuah
> pengundi, terutamanya dari golongan tua, dengan
> memberikan mereka bekalan makanan seperti hamper
> biskut, minuman dan sebagainya. Dalam sesetengah kes
> yang dilaporkan, Puteri UMNO berkeras mendesak
> pasangan tua menerima mereka sebagai anak angkat
> walaupun telah dihalau oleh pasangan terbabit. 
> 
> Mengulas fenomena rasuah yang berleluasa diamalkan
> oleh UMNO, Ketua Wanita Keadilan, Puan Hajjah Fuziah
> Salleh meminta rakyat Malaysia membuka mata untuk
> menilai sendiri budaya kotor yang dibawa parti
> perkauman itu. 
> 
> "Sedangkan kita di pihak BA mengorbankan masa dan
> wang ringgit demi berbakti kepada rakyat, di pihak
> mereka (BN) - tidak cukup dengan memakan wang hasil
> rakyat untuk tembolok masing-masing, kini wang
> rasuah itu hendak pula disogokkan kepada pak cik mak
> cik di sini," komen beliau kepada
> pemuda-keadilan.org. 
> 
> 
>
__________________________________________________________________
> Your favorite stores, helpful shopping tools and
> great gift ideas. Experience the convenience of
> buying online with Shop@Netscape!
> http://shopnow.netscape.com/
> 
> Get your own FREE, personal Netscape Mail account
> today at http://webmail.netscape.com/
> 
> 
> 



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes
http://autos.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke