Rentetan Ketibaan Pengundi Hantu di bantu Polis.
5.00 Pagi - Saya dikejutkan oleh bunyi riuh rendah pertugas pertuga keselamatan PAS yang
meronda sepanjang malam.Saya bangun dan melihat ramai juga sahabat sahabat lain yang bersolat
hajat,bermunajat Kepada Allah memohon kemenangan calon PAS.
Saya menghapiri sahabat yang datang membuat lapuran berhubungan dengan Pengundi Hantu.
4.00 Pagi - Mereka menunggu di tepi lebuhraya Utara - Selatan .Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan
kehadiran Empat buah bas dari arah Kuala Lumpur menuju ke Alor Setar dan diiringin peronda polis.
4.30 Pagi - Bas tersebut menghala ke Stadium Darul Aman,Alor Setar dan disana telah menunggu beberapa buah van .
4.45 Pagi - Para pertugas Keselamatan cuba menghalang mereka dari menaiki van.Namum begitu telah berlaku sedikit pertengkaran.
5.00 Pagi- Polis yang mengiringi Bas tadi tiba dan mengarahkan pertugas keselamatan supaya tidak
menggangu mereka ini.Dalam pada itu seorang pertugas keselamatan cuba berbual cara baik dengan salah seorang perempuan yang bersama rombongan bas tadi.Perempuan secara jujur menjelaskan bahawa beliau diarah supaya datang mengundi di Anak Bukit.
5.15 Pagi - satu Panggilan telefon diterima ,mengatakan pertugas keselamatan telah ditahan polis.
6.00 Pagi - Serombongan pertugas khas dari Bilik Gerakan Kubang Rotan menuju ke Kawasan Stadium untuk mengmbil gambar bas dan van serta pengundi hantu tersebut,mereka telah dikawal dan pertugas khas tidak berpeluang untuk mendekati mereka.
8.30 Pagi - Maklumat dari pertugas yang meronda memaklumkan hampir 50 buah berada diperkarangan Stadium Darul Aman.
8.35 Pagi - 10 orang pertugas PAS Terengganu telah disahkan ditahan oleh polis ketika meronda di Taman Aman,Anak Bukit.
9.00 Pagi - FRU( 8 buah trak) mula berkumpul mengawasi kawasan Perumahan Taman Aman.
Oleh: Sukarelawan
Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes