Assalamualaikum,

Membaca Mingguan Malaysia semalam (22/7/02) membuatkan saya menarik nafas lega, 
menghayati baris demi baris tulisan 
Awang Selamat dan tulisan seorang lagi pengarang Utusan Malaysia mengenai Pendang dan 
Anak Bukit itu, buat seketika 
menyebabkan saya tertanya-tanya, betulkah ini Utusan Malaysia yg saya baca? Kerana 
buat pertama kalinya sejak zaman 
Kesultanan Melayu Melaka, Awang Selamat sebagai Ketua Editor Utusan Malaysia, dan buat 
julung-julung kalinya sejak Dr 
Mahathir menaiki takhta; Awang Selamat menyalahkan Media Massa khususnya siaran TV 
sebagai punca kekalahan BN di Anak 
Bukit dan undi PAS yang tidak berkurangan di kawasan Pendang.

Antara lain beliau menyatakan bahawa siaran TV khususnya ulasan politik yg berat 
sebelah itu hanya sesuai untuk ditonton oleh 
penyokong-penyokong BN tetapi tidak sesuai untuk tatapan umum kerana ianya menimbulkan 
rasa benci dan marah di pihak yg 
satu lagi , menyebabkan mesej yg ingin disampaikan oleh BN tidak sampai kepada 
sasarannya. Disebut juga sesetengah 
pengulas politik yg dijemput itu cara ulasannya lebih kepada seorang juru kempen untuk 
BN dan bukannya seorang pemgulas 
politik.

Begitu juga dengan satu Rencana panjang di bawah kolum editor di mukasurat yg sama, di 
mana pengarangnya membuat 
kritikan secara terbuka terhadap UMNO dan Barisan Nasional; saya tidak ingin menulis 
semula di sini apa yg ditulisnya itu cuma 
yg ingin saya sebut di sini ialah sekiranya tulisan pengarang ini boleh mewakili suara 
Utusan Malaysia; maka ketahuilah buat 
pertama kalinya Utusan Malaysia mengakui bahawa PAS dan UMNO sama kuat dan sama gagah, 
bermakna kata buat pertama 
kalinya sejak Malim Kundang turun di Bukit Si Gantang (orang utara kata sejak zaman 
Tok Nadoq) Utusan Malaysia mengakui 
bahawa "PAS is a mighty force need to be reckoned with"; dlm bahasa Malaysianya 
bermaksud, akhirnya Utusan Malaysia yg 
menjadi jurucakap rasmi kerajaan BN mengakui bahawa PAS adalah sebuah parti politik yg 
kuat, kukuh dan kental yang perlu 
diberi penghormatan yang sewajarnya.

Walau pun kalah di Pendang, tetapi pengakuan rasmi dari Utusan Malaysia ini kita rasa 
adalah satu kemenangan yang terbesar 
pernah PAS capai sejak zaman penubuhannya. VIVA PAS!!

Berbalik kpd pilihanraya kecil Pendang; sedikit analisa untuk tatapan bersama:

Tidak berkurangnya jumlah undi yg diperolehi oleh PAS kali ini berbanding dengan 
p/raya umum 1999 menunjukkan PAS 
Pendang di bawah almarhum Ustaz Fadzil Noor telah berjaya menyampaikan tarbiah dakwah 
islamiah kpd pengundi-pengundi yg 
mengundi PAS pada tahun 1999. Untuk pengetahuan, Datuk Najib Tun Razak, dalam satu 
kenyataannya dlm Utusan Malaysia 
selepas p/raya 1999, ketika mengulas kekalahan UMNO di Terengganu, beliau menyatakan 
bahawa BN tidak risau dengan 
kekalahan tersebut, dan yakin mereka akan kembali menguasai Terengganu kerana 
rata-rata pengundi yg mengundi PAS ketika 
itu mengundi atas dasar simpati, protes dan sebagainya dan bukan atas dasar ideologi. 
Maksud ideologi di sini ialah mereka yg 
mengundi PAS atas dasar tidak mahu bersubahat dengan mereka yg menentang atau pun 
mencari alasan untuk tidak 
melaksanakan sistem perundangan Islam; mereka-mereka yg memahami tafsiran surah 
Al-Maidah ayat 42 dan seterusnya, 
sampai kiamat pun mereka-mereka ini tidak akan mengundi Barisan Nasional;  Datuk Najib 
Tun Razak tahu dan semua 
orang-orang yg memahami kandungan surah Al-Maidah ini pun tahu.

Jika ada sebarang pengajaran yg boleh diambil oleh mana-mana kawasan PAS di seluruh 
negara, kejayaan ustaz Fadzil Noor 
menyampaikan tarbiah Islam kpd pengundi-pengundi Pendang dengan terbuktinya undi yg 
berkekalan drpd mereka pada p/raya 
kecil ini haruslah dijadikan tauladan. Program tarbiah untuk menyedarkan mereka-mereka 
yg mengundi PAS pada tahun 1999 
haruslah ditingkatkan bagi memastikan sokongan mereka akan terus berkekalan pada 
p/raya umum akan datang.

Selain itu, satu persoalan yg timbul ialah mampukah PAS merampas kembali Pendang dari 
tangan BN dalam p/raya akan 
datang?

Saya, for one thing, cukup konfiden dan yakin bahawa Pendang akan kembali ke tangan 
PAS pada p/raya umum 2003 nanti. 
Alasannya diberi sendiri oleh calun BN,  YB Osman Abdul dalam satu kenyataannya dalam 
akhbar Mingguan Malaysia semalam 
(22/7). Beliau menyatakan peningkatan peratus yg keluar mengundi daripada sekitar 80% 
pada tahun 1999 kpd 86% baru-baru ini 
memberi kelebihan kpd BN.

Jika ditanya kpd orang-orang Pendang, siapakah yg extra 6% itu, selain drpd pengundi 
hantu dari luar yg terlepas masuk, 
majoriti drpd golongan 6% ini ialah kaum Siam, Cina dan lain2 bangsa bukan Melayu. 
Mereka ini secara lumrahnya tidak begitu 
mengambil berat mengenai p/raya kerana bagi mereka p/raya di kawasan tersebut adalah 
isu antara Melayu lwn Melayu; seperti 
mana juga keadaannya jika kita sendiri tercampak ke Pulau Pinang, katakan di kawasan 
tersebut DAP lwn Gerakan untuk 
kerusi Dewan Undangan Negeri. Bagi kita, DAP ka Gerakan ka, dua-dua sama sahaja, siapa 
menang pun Penang masih tetap 
diKetua-Menterikan oleh Cina; maka di ketika hari mengundi itu jika ada kawan mengajak 
pergi fishing ke Pulau Banding atau 
pun ke Pulau Somsong, kita tentunya lebih berminat untuk pergi memancing drpd pergi 
turun mengundi. Maka begitu juga 
senarionya di Pendang pada pandangan kaum Cina, India dan Siam; adalah dirasakan 
orang-orang Siam di kampong-kampong 
pedalaman itu lebih berminat untuk turun ke Sungai mencari Labi drpd turun beratur dlm 
panas terik untuk membuang undi - 
kecuali jika ada ganjaran yg lumayan dan jika ada orang yg sanggup masuk ke kampong 
mereka membawa mereka pergi dan 
balik dari pusat mengundi.

Inilah yg telah berjaya dilakukan UMNO dengan jayanya pada hari mengundi di Pendang 
tempoh hari. Daripada sumber yg rapat 
dengan kem UMNO yg dikawal oleh Datuk Mustapa Mohamad tempoh hari, saya dimaklumkan 
bahawa setiap pemandu yg 
ditugaskan mengangkut pengundi diberi habuan RM1000 sehari, dan setiap pengundi yg 
diangkut pulak diarahkan diberi RM50 
seorang kpd pengundi berkenaan. Untuk makluman, maklumat drpd SB PAS pada hari 
mengundi, kita dimaklumkan bahawa 
setiap pengundi Siam itu diberi RM25 seorang dan bukannya RM50 seperti yg diarahkan; 
bermakna kata pemandu kereta BN itu 
sudah makan pun RM25 satu kepala; maka macam tu lah orang2 UMNO dok ada; bukan setakat 
tender project saja mereka 
'mark-up'; upah RM50 itu pun depa boleh bahagi dua!!

Sebetulnya, UMNO begitu jenuh menabur duit pada p/raya kecil ini, Datuk Mustapha 
Mohamad sendiri diberitakan membawa 
turun dana khas sebanyak RM1.3 Juta; itu baru beliau,  Menteri2 lain masih belum 
dikira. Sikit punya banyakkah UMNO melabur 
baik dari segi wang ringgit, belanja pentadbiran, jentera kerajaan dan sebagainya, 
kemenangan tipis 281 undi itu tidak berbaloi 
sebenarnya!

Persoalannya, mampukah UMNO terus melaburkan jumlah pelaburan yg sama (atau pun lebih) 
pada p/raya umum di kawasan 
Pendang akan datang? Jika tidak, maka jumlah peratusan yg keluar mengundi akan kembali 
ke tahap yg biasa, kerana 
Siam-Siam di sana tentunya lebih berminat untuk masuk hutan menjerat babi atau pun 
menyusur batas ban mencari Labi jika 
pulangan untuk keluar mengundi tidak selumayan jumlah yg diterima baru-baru ini. 
Mereka-mereka yg menjadi pemandu pada 
hari mngundi juga tentunya menjadi 'tidak rajin' jika jumlah yg diberi bukan sebanyak 
yg diterima kali ini.

Persoalan ini walaupun nampak susah, tapi semua orang tahu jawapannya; pada p/raya 
umum akan datang, Datuk Mustapha 
akan kembali sibuk di Jeli dan begitu juga dengan menteri2 kabinet yg lain, mereka 
akan kembali sibuk di kawasan masing2; 
maka pada ketika itu Pendang akan kembali kpd suasana p/raya tahun 1999 yg lalu, 
insyaallah pada ketika itu nanti Pendang 
akan kembali ke tangan kita. Tambahan pula, jumlah 800 lebih pengundi yg hilang yg 
rata2nya org PAS akan kembali semula ke 
dalam daftar pemilih, maka pada ketika itu, kita yakin jumlah majoriti yg akan PAS 
terima kalau tidak banyak pun, insyaallah 
akan mencecah angka yg diperolehi oleh almarhum Presiden kita.

Apa-apa pun, p/raya kecil Pendang sudah berlalu, rata-rata orang PAS yg saya temui 
tidak begitu rasa kecewa kerana mereka 
semua beranggapan PAS menang walau pun kalah memandangkan kita berhadapan dengan 
seluruh jentera kerajaan, 
orang-orang UMNO juga tentunya gembira dengan kemenangan mereka ini, dan sama ada suka 
atau tidak kita terpaksalah 
ucapkan tahniah di atas kemenangan mereka; cuma yg agak kesal dan sedih dengan 
kemenangan ini tentunya 
pegawai-pegawai imigresen di Bukit Kayu Hitam; diberitakan selepas diumumkan BN menang 
di Pendang, pintu masuk keluar 
sempadan dibuka hingga ke pagi bagi membolehkan penyokong-penyokong BN keluar masuk 
untuk 'menyambut' kemenangan di 
sana.

Macam Tu Lah Dok Ada!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi

_________________________________________________________________
    http://fastmail.ca/ - Fast Secure Web Email for Canadians

Kirim email ke