Assalamu`laikum warahmatullahi wabarakatuh,

...sambungan dari pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah...

Jadi muslimin muslimat sekelian, bila ibubapa yang hantar anak hafal Quran dikatakan sebagai tadayyun mankus, manakala para artis yang berzikir dalam keadaan membuat maksiat itu pula tidak menerima sebarang teguran, maka inilah yang kita lihat adanya sikap double standard dari golongan ulama` dalam negara kita. Tak la semua, tetapi sebahagian daripada mereka bersikap begitu. Disebabkan ulama` yang bersikap beginilah, maka hari ini kita tengok masyarakat menjadi semakin bercelaru. Mereka tak boleh dah nak beza diantara orang yang betoi-betoi soleh dengan orang yang fasik. Ini semua adalah angkara orang yang diamanahkan bercakap hal agama dalam tv kerana dianggap berilmu, tetapi bila dia buka saja mulut, kita kerap dengar kenyataan-kenyataannya sering menyimpang daripada ajaran agama.

Tuan-tuan, kalau kita kaji sejarah tokoh-tokoh ulama` besar Islam, kita akan dapati sebenarnya tindakan ibubapa yang hantar anak mereka umur 5-6 tahun pi hafal al-Quran adalah bertepatan dengan amalan tokoh-tokoh ulung Islam zaman yang terdahulu. Berikut adalah senarai tokoh-tokoh Islam:

i) yang pertamanya kita tengok sejarah Ibn Sina. Nama sebenarnya ialah Abu Ali Hussein bin Abdullah bin Hassan bin Ali Sina. Beliau dilahirkan di Bukhara pada tahun 980 masihi. Beliau menghafal al-Quran pada usia 10 tahun. Pada usia semuda itu juga beliau telah mempelajari ilmu tafsir, fekah, usuludin dan tasawuf. Kemudian baru dia belajar ilmu mantiq, sains, matematik, fizik, geomatrik, ilmu kaji bintang dan falsafah al-Farabi. Selepas itu, ketika berusia 17 tahun, barulah beliau mempelajari ilmu perubatan. Dan pada usia 18 tahun, beliau telah berjaya mengarang kitab "al-Qanun fi-Tib". Ini bermakna dalam masa setahun sahaja beliau telah berjaya menguasai ilmu perubatan dan sebagai hasilnya, kitab "al-Qanun fi-Tib" dikarangnya. Dan al-Qanun fi-Tib ini menjadi teks pengajian fakulti perubatan di univ-univ di benua Eropah selama 600 tahun. Tuuu dia tuan-tuan. Masa saya tulis ni pun, berdiri habih bulu roma...Nak bagitau apa?...Nak bagitaunya ialah kita dengan ! Ibn Sina teramat-amatlah jauh bezanya seperti langit dengan bumi, tuan-tuan.

Nampak tak tuan-tuan macamana orang zaman dulu punya stail pendidikan. Depa hantaq anak pi hafal Quran dulu. Bila kecik-kecik budak dah hafal Quran, ini bermakna satu asas yang cukup kuat sudah ditanam dalam minda. Lihat saja Ibn Sina, bila habis hafal Quran, baru dia belajar ilmu-ilmu lain sehingga akhirnya dunia keseluruhannya kagum dengan pencapaiannya. Inilah dia kehebatan yang dimiliki oleh orang yang hafal Quran sejak daripada kecik. Selain daripada dia boleh bagi syafaat kepada ibubapanya, dia juga berjaya menguasai ilmu-ilmu dunia khususnya ilmu perubatan. Dalam usia 18 tahun sahaja, beliau dah khatam bab perubatan. Padahal kita hari ini, umur 25 tahun baru keluaq daripada fakulti perubatan. Kemudian setahun lagi buat apa ka, lepas tu umur 26 tahun baru boleh keluaq jadi doktor. Tetapi Ibn Sina, belum lagi mencecah 20an, tapi bukan kata jadi doktor, malah dapat mengarang satu kitab yang menjadi teks perubatan di benua Eropah selama 600 tahun.

ii) Ibn Rushdi : Beliau mengaji Quran, bahasa Arab, sastera, fekah, usuludin sejak daripada kecik. Sehingga beliau dapat menghafal kitab al-Muwatta`karangan Imam Malik rahimahullahu ta`ala. Kitab al-Muwatta` tu kitab hadith, tuan-tuan. Kemudian baru dia belajar ilmu matematik, perubatan, astronomi dan sains. Lepas tu baru dia jadi doktor peribadi kepada Abu Yusof Ya`kub al-Mansur pada tahun 1182 masihi.

iii) Ibn Khaldun : Beliau juga menghafal Quran sejak daripada kecik. Kemudian mendapat pendidikan awal di Masjid al-Kuba` di Tunis. Disitulah beliau belajar tafsir, hadith dan mantiq. Kemudian daripada itu, terus beliau belajar sirah, bahasa Arab, sastera dan balaghah. Akhirnya beliau berjaya mengarang sebuah buku yang dipanggil sebagai "al-Muqaddimah", yang juga menjadi teks pengajian di benua Eropah selama beberapa abad lamanya.

iv) Shah Waliyullah : Beliau adalah seorang tokoh mujadid (pembaharuan) Islam. Beliau hafal Quran ketika usia 7 tahun. Tuuu dia, tuan-tuan. Budak-budak kita la 7 tahun buat apa, tuan-tuan?...Depa nanti bawa walkman, letak earphone kat telinga, lepaih tu satu macam punya dok angguk angguk angguk. Macam ni kah generasi yang mid man ngan bos dia nak tengok, sampai nak kacau habih budak-budak yang nak pi hafal Quran?

v) Jamaludin al-Afghani : Beliau yang dilahirkan di Kabul, Afghanistan adalah seorang tokoh penentang penjajah British pada tahun 1862 masihi dulu. British sehingga sekarang, tak mau langsung cerita tentang sejarah cubaan mereka untuk menakluki Afghanistan. Sebab apa?...Sebab waktu tu British kalah teruk di bumi Afghanistan. Diantara tokoh yang bertanggungjawab menghalau British waktu itu ialah Jamaludin al-Afghani. Sama la jugak dengan Amerika; yang kalau boleh tak mau cerita tentang sejarah Perang Vietnam. Kalau dia cerita pun, dia akan cerita seolah-olah dialah yang menang, sebagaimana yang kita lihat seperti filem-filem Rambo dan sebagainya. Padahal dalam sejarah Perang Vietnam, Amerikalah yang cabut lari pasai kalah dalam keadaan yang mengaibkan. Berbalik kita kepada Jamaludin al-Afghani; beliau menghafal Quran pada usia 12 tahun. Lepas tu, beliau pergi menuntut di Najd mempelajari ilmu tafsir, hadith, ilmu kalam, falsafah, mantiq, perubatan, matematik, ilmu falaq da! n sebagainya. Nampak tak tuan-tuan, macamana orang zaman dulu belajaq. Dia start dengan hafal Quran dulu, lepas tu baru dia belajaq ilmu-ilmu lain, sehingga dapat menguasai kesemua ilmu-ilmu tersebut. Mana kita nak cari orang lagu ni kalau ada pemimpin perangai macam mid man?...Dengan pimpinan Jamaludin al-Afghani yang hafal Quran sejak dari kecik inilah, para mujahidin Afghan berjaya menewaskan penjajah British pada tahun 1862 masihi.

vi) Muhammad Abduh : Beliau juga seorang penghafal Quran sejak daripada kecik, dan seterusnya melanjutkan pelajaran sampai ke al-Azhar dan sebagainya. Beliau adalah anak murid kepada Jamaludin al-Afghani. Dan daripada Jamaludin al-Afghani lah, Muhammad Abduh ditanami semangat jihad yang amat jitu.

...Nampak tak tuan-tuan apa yang saya nak bagitau?...Sebenarnya apa yang mid man nak bagitau kat kita ialah kalau sistem pembelajaran yang lain kita ikuti daripada yang disediakan oleh kerajaan umno/bn yang diwarisi mereka daripada penjajah British, maka sistem yang kita gunakan itu adalah menyeleweng daripada ajaran agama. Padahal samada dia sedar ataupun tidak, sejak dari dulu lagi, dialah orang yang banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan umat Islam.

Sepatutnya sebagai seorang ulama` yang diikhtiraf, dia hendaklah mengalu-alukan rakyat M`sia yang semakin bersemangat untuk hantar anak masing-masing pi hafal Quran. Ingat tak tuan-tuan pada tahun 1987 ketika ekonomi merudum jatuh?...Waktu tu, berapa ramai anak-anak kita yang belajar engineering khususnya dalam civil eng daripada US dan Australia, yang balik ke negara kita sebagai penganggur?...Waktu itu, ada ka tidak kita dengar pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengatakan bahwa berenti belajaq civil eng, pi belajaq benda lain?...Mana ada, tuan-tuan. Sekoq pun tak berani bukak mulut. Sapa pun tak kata, "Haa! Ini dia tadayyun mankus. Hanya sibuk dok belajaq kejuruteraan saja, sampai tak mau belajaq ilmu-ilmu lain!"...Ada kita dengaq sapa-sapa sebut lagu tu?...Takdak, tuan-tuan; walaupun proven pada tahun 1987 bahwa ramainya anak-anak muda kita yang menganggur akibat terlalu ramai yang ambik pengajian civil eng. Tapi tiba-tiba hari ini, bila ada ibubapa yang hantaq an! ak-anak depa pi hafal Quran, ada saja suara-suara pemimpin yang mengutuk, mencela dan mengkritik tindakan ibubapa tersebut. Ini menandakan bahwa ada satu benda yang tidak kena pada jiwa golongan-golongan seperti midman ini, sehingga mereka tidak senang kepada golongan yang committed dengan agama.

Jadi, kalau kita relate cerita undang-undang hudud/qisas di T`ganu tadi dengan cerita tadayyun mankus ini, kita akan dapati ada persamaannya. Sebenarnya, hati merekalah yang tak suka dengan benda-benda lagu ni. Sehingga mereka sanggup bermati-matian mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menunjukkan bahwa mereka tidak senang kepada benda seumpama itu, walaupun apa yang diperuntukkan dalam undang-undang kerajaan negeri T`ganu itu sebenarnya adalah lebih kurang sama sahaja dengan undang-undang syariah negeri P.Pinang dan Kedah dalam masalah "orang yang mendakwa dia dirogol mesti bagi bukti".

Mari kita ulang balik apa yang ust Jailani sebut tentang kes rogol ini supaya kita jelas sejelas-jelasnya. Okay, kalau ada sapa-sapa kena rogol, antara perkara yang perlu kita buat ialah mula-mula sekali, kita kena buat laporan polis. Tapi mesti diingat, kalau kita buat laporan palsu, kita pula akan dikenakan tindakan. Contohnya, selepas kita launch a police report, tiba-tiba selepas polis buat siasatan, didapati bahwa tidak ada satu bukti pun untuk menyatakan bahwa kita dirogol. Maka sabit dengan itu, kita boleh dikenakan tindakan undang-undang sekular. Katalah kita anak dara, tiba-tiba bila dihantar untuk buat vagina examination, doktor mendapati bahwa selaput dara masih tidak koyak. Begitu juga dengan pemeriksaan lain; seperti tidak ada kesan pergelutan ataupun tidak ada kesan air mani, maka orang macam ni akan mendedahkan diri dia kepada kemungkinan dikenakan tindakan kerana membuat laporan palsu kepada polis. Ini yang pertama.

Manakala yang keduanya, bila dia sebut nama orang yang didakwa merogolnya, sedangkan dia langsung tidak ada bukti, maka itu bermakna dia telah buat fitnah kepada penama tadi. Oleh itu, penama tersebut boleh saman dia mengikut undang-undang sivil, ataupun pihak polis sendiri boleh saman dia mengikut undang-undang fitnah jenayah. Nampak tak tuan-tuan, sebenarnya serupa saja. Undang-undang sekular kata macam tu. Undang-undang syariah pun kata lagu tu juga. Jadi, apa yang peliknya?

Okay sekarang kita tengok pula kalau dia ada bukti. Dalam undang-undang syariah, kalau dia ada bukti, kita kena tengok 2 perkara. Iaitu kita kena tengok samada bukti itu cukup untuk mensabitkan si perogol itu, ataupun bukti itu jelas (primafacie) tetapi tidak cukup untuk mensabitkan si perogol itu.

i) kalau bukti itu cukup untuk mensabitkan si perogol itu seperti si perogol itu mengaku (iqrar), atau ada saksi 4 orang nampak betoi-betoi dia rogol budak perempuan; maka si perogol itu hendaklah dihukum bunuh. Sebab daripada apa yang kita belajar sebelum ini, kalau kita berpendapat bahwa perogol itu dihukum sebagaimana zina; maka perogol itu hendaklah dirotan 100x, kemudian dia direjam dengan batu sampai mati.

ii) kalau ada bukti tapi tak cukup kuat untuk sabitkan si perogol. Misalnya, ada kesan air mani, ataupun berlaku koyakan selaput dara, ataupun ada kesan kuku atau bulu si perogol itu pada tubuh mangsa; maka ini semua kita sebut sebagai bukti primafacie. Bukti primafacie, kita tak boleh sabitkan penjinayah, walaupun ia adalah bukti yang jelas. Bila tidak dapat sabitkan si perogol, maka tidak boleh dihukum hudud. Tapi walaupun tidak boleh dibunuh si perogol itu dengan bukti primafacie, dia tetap boleh dikenakan hukuman ta`zir.

Kalau tuan-tuan pi mahkamah hari ini, kes-kes rogol tertentu dimana Yang Arif Timbalan Pendakwaraya merekomenkan supaya perogol dikenakan 2 pertuduhan. Pertuduhan yang pertama ialah rogol. Dan pertuduhan yang kedua ialah mencabul kehormatan. Ini adalah kerana kalau si perogol itu terlepas daripada dakwaan merogol kerana tak cukup bukti, dia tetap akan menghadapi dakwaan mencabul kehormatan pula.

Jadi apa yang yang ust Jailani nak bagitau ialah kaedah undang-undang sekular pun sama saja dengan syariah. Iaitu kalau bukti tidak cukup, charges akan reduce daripada rogol kepada yang lebih ringan iaitu mencabul kehormatan. Tapi awat orang tak pertikai pun?...Depa tak nampak ka dalam undang-undang syariah pun lagu tu juga?...Kalau tahap bukti tu tak cukup kuat, ia akan diturunkan daripada hudud kepada ta`zir. Seperti penjarakan dia 10 tahun atau 20 tahun, atau sebat dia jangan sampai 40x; inilah ta`zir.

Tapi kalau langsung tidak ada bukti; seperti selaput dara masih ada, kesan air mani takdak, kesan pergelutan pun takdak, elok saja, takdak apa pun; maka ini bermakna perempuan itu telah membuat tuduhan tanpa asas. Dengan ini, dia terdedah kepada hukuman mengikut undang-undang Islam.

Jadi kalau kita dengaq sapa ka kata, "Kesian la pompuan tu. Dah la kena rogol. Bila bukti takdak, dia pulak yang kena hukum."...Kita mau bagitau kat kawan yang kata tu, "Nie Sheikh! cakap pakai akai la!...kalau pompuan tu kena rogol, paling takdak pun, salah satu bukti yang kita sebut tadi mesti ada punya. Hang tau ka? Ucapan yang hang sebut tu cukup bahaya, sebab ia boleh mengelirukan pandangan layman, iaitu orang awam yang tak tahu berkenaan undang-undang."

Jadi, oleh sebab itu tuan-tuan; kalau kita belajaq benda-benda macam ni, InsyaALLAH, kita akan mendapat clear picture tentang keadaan yang sebenar. InsyaALLAH, dengan ilmu yang kita dapat tu juga, kita boleh membezakan diantara golongan yang mana hanya bertopengkan agama (berpura-pura baik) dengan golongan yang benar-benar memperjuangkan agama ALLAH.

Bila sebut saja "memperjuangkan agama ALLAH", maka istilah jihad pasti akan muncul dalam benak kita sebab tugas ini adalah sambungan daripada tugas para rasul a.s.. Jadi siapa yang berjihad di jalan ALLAH, maka dia secara langsung memikul amanah para rasul a.s.. Ini kemuliaan, tuan-tuan. InsyaALLAH, kalau kita mati dalam jihad memperjuangkan agama ALLAH, pasti ALLAH akan tunjuk tanda-tanda kemuliaan itu. Bukankah dalam Quran, ALLAH telah bentangkan keadaan macamana orang-orang yang kuffur kepadaNya mati?...Dan begitulah juganya dengan orang-orang yang syahid mati?...Untuk apa ALLAH bentangkan kematian mereka yang kuffur seperti Firaun, isteri Nabi Nuh, anak Nabi Nuh, isteri Nabi Luth dll ini kepada kita, tuan-tuan?...Tak lain tak bukan, untuk kita berfikir, tuan-tuan. Begitulah juga halnya dengan orang-orang yang mati syahid seperti ahli-ahli sihir Firaun yang dikisahkan ALLAH dalam Suratul A`raaf, walaupun pada peringkat awalnya, depa bukan main lagi bodek Firaun.! Dalam ayat 113, ALLAH menceritakan bagaimana ahli sihir mendatangi Firaun sebelum diadakan perlawanan menentang Nabi Musa a.s.. Lalu ahli sihir tanya Firaun, "Wahai Tuanku Firaun! Adakah kami akan mendapat habuan kalau kami dapat kalahkan Musa?"...Maksudnya, boleh projek dak kalau boleh kalahkan Islam?...Kalau takdak projek pun; hang offer kat kami RM7000/- sebulan, kereta Merc sebijik ngan drivernya sekali, lepas tu minyak mau free pun kira okay jugak tu.

Lalu Firaun jawab, "Ya, kalau kamu dapat kalahkan Musa (mengalahkan Islam) dengan sihir kamu sehingga aku dapat mengekalkan kuasa lagi sebab Musa datang nak kacau pemerintahan aku, bukan sekadar upah yang aku akan bagi, malah kamu termasuk dikalangan orang yang hampir dengan aku (kroni)."...Inilah dia ayat kroni, tuan-tuan. Sebab tu, kita tengok sampai teriak rempoh sakan hari tu. Jangan buat main-main tu. Cuma yang kita herannya; awat pi teriak awai sangat?...Okt 2003, lambat lagi. Naik risau jugak kita pun bila tengok puak-puak ni pi teriak awai.

Ahli sihir Firaun pun pada peringkat awalnya, begitulah jugak. Tetapi setelah melihat kebenaran, mereka pun jatuh tersungkur lalu beriman kepada Tuhan Nabi Musa/Harun a.s.. Disebabkan itu, mereka disiksa sebelum dibunuh oleh Firaun. ALLAH ceritakan kematian mereka sebab walaupun mereka baru saja beriman, tetapi kematian mereka cukup mulia kerana berjuang di atas kebenaran.

Kemudian dalam Surah Yunus, ALLAH ceritakan pulak tentang kematian Firaun yang dikatakan hebat sangat tu. Awat tak hebat, tuan-tuan?...Istana dia ada, segala polis, askar, kementerian, kesemuanya di bawah kekuasaan dia. Tapi bila dia mati, ALLAH SWT cerita dalam ayat 90 macamana keadaan dia. Sewaktu tenggelam timbul dalam laut, barulah dia kata, "Aku beriman kepada Tuhan sepertimana berimannya Bani Israil..."...Ayat inilah yang Astora Jabat kata Firaun pun beriman. Padahal para mufassirin telah membahaskan bahwa iman Firaun ketika itu sudah pun ditolak ALLAH SWT. Ini dia keputusan jumhur ulama`. Takke bangang pi kata Firaun pun beriman?

Tapi inilah dia Firaun. Orang yang punya kuasa. Yang dicium tangannya selama 500 tahun. Hangpa nak apa?...Habaq saja, dia bagi semua. Tambah yang bergelar ahli sihir, kaya raya semuanya. Merc mata belalang sorang sebijik dia bagi. Tuuu dia Firaun, tuan-tuan. Tapi bila dia mati, ALLAH kata, "Jangankan kata orang nak menangis, langit dan bumi Aku pun tak kebuloq nak menangis!"...ALLAH SWT perli tu, tuan-tuan. Sebab selama 500 tahun dia hidup, takdak kerja lain, nak lawan Islam aje kejenya.

Cuba tuan-tuan tengok semasa kematian Allahyarham Dato` Hj Fadzil Mohd Nor. Kawan-kawan kita yang jaga toll bagitau bahwa 300,000 kenderaan memasuki toll pada hari tersebut. Ada sapa bagi duit suruh depa mai ka hari tu?...Peristiwa tersebut bukan saja menjadi sejarah bagi M`sia, malah bagi dunia, tuan-tuan oiii!...Diberitahu sewaktu di HUKM, sembahyang jenazahnya saja dibuat 7x. Sekali buat, 1000 orang. Pernah Nabi s.a.w. bersabda (mafhumnya) bahwa, "Sekiranya cukup 40 orang yang beriman dan yang bertaqwa menyembahyangkan jenazah kamu, maka kamu akan selamat di alam barzakh."...Jenazah ust Fadzil, bukan 40 orang sembahyang tuan-tuan, suratkhabar cina melaporkan hampir sejuta orang. Bila kita tengok polis yang jaga vip (yang ada paku-paku bunga padi tu) turun, kita pun tanya, "Cikgu, berapa ni?"...Dia pun tengok-tengok, dia kata, "500,000!"...Y! ang tu memang kerja dia la, pasai besa dok hantaq FRU. Nampak tak tuan-tuan, figure dia tak lari.

Saya sendiri ALLAH pegang hati saya suruh pi. Lepas call kawan saya 2 orang, kami pun bertolak dari Penang pukoi 2 pm, masuk saja pekan Lanngar, dia mula jamned. Kesot punya kesot, 3 jam baru sampai pekan Pokok Sena. Padahal kata orang Kedah, sepatutnya pada hari-hari biasa, dari pekan Langgar ke Pokok Sena, 15 minint saja. Tapi hari tu, 3 jam!...Bila sampai di Muassasah Darul Ulum dalam pukoi 6 pm, ada sahabat bagitau bahwa kesesakan sudah pun menular hingga ke Lebuhraya Sg Perak (Taiping-Kuala Kangsar nuuu!). Sampai ada sahabat dari Perak send sms, kata depa bayaq toll kat Juru, kemudian terpaksa u-turn balik Taiping. Tak boleh pi dah.

Inilah dia `izzah dan kemuliaan yang ALLAH tunjuk. Sekiranya kamu berjuang atas dasar ALLAH, inilah dia yang ALLAH tunjuk di hari kematian kamu. Apalah sangat yang ada pada Allahyarham?...Mata pun ceme sebelah pasai kencing manis. Buah pinggang pun bungkuih. Darah tinggi jangan cakap la tuan-tuan, pasai makan takdak pantang punya. Sehingga doktor beritahu bahwa kalau betoi-betoi ikut record perubatan dia, sepatutnya dia dah meninggal 10 tahun yang lalu. Tapi ALLAH panjangkan sikit usianya kerana jihad yang dipimpinnya. 13 tahun dia menjadi Presiden, 13 tahun itulah dia sentiasa berada bersama-sama dengan pejuang-pejuang agama ALLAH. Sehingga kata Dr Amar (anak Allahyarham), "Kami keluarganya hanya dapat bersama dengannya selama 13 hari saja. Sedangkan pengikut/ahli Pas bersama dengannya selama 13 tahun. Tapi kami tetap redha..."...Kesedihan sehingga ke hari ini masih lagi menyelubungi pengikut-pengikutnya, walaupun terubat sikit bila menang di Anak Bukit kelmarin. !

Sayangnya orangramai kepadanya, sehingga jenazah yang diusung daripada rumahnya untuk masuk ke musolla, kelihatan sebijik macam syuhada Palestin meninggal. Masa pasing memassing tu, saya tengok keranda dia pelan lama pelan senget. Kalaulah unit amal tak kawal time tu, boleh relai, tuan-tuan. Saya tengok seolah-olah nak jadi macam di Mekah pulak dah. Lepas saja sembahyang jenazah, bila usung tu, orang pakat cuit sorang sikit. Punyalah sayangnya orang kat dia. Apa ada kat dia, tuan-tuan?...Dia takdak kementerian. Dia takdak askar. Dia takdak polis. Malah dia pernah di"tendang" daripada UTM selama 4 tahun kerana bertanding di Alor Merah. Selama menganggur 4 tahun itu, dia pernah jual kain pelikat/beras pulut untuk menanggung anak bini dia. Bila bawa kes pemecatannya itu ke mahkamah, hakim pada waktu itu, Tan Sri Raja Azlan Shah (paduka Sultan Perak sekarang) menyatakan bahwa pemecatan itu tidak sah. Maka UTM kena ambik dia balik dan bayar pampasan. Dengan duit pampasan itula! h beliau beli rumah dia sekarang ni di Jalan Borhan, Alor Malai, Alor Setar.

Jadi sebelum ini, 4 tahun dia sewa di Padang Balang. 4 tahun dia jual beras pulut. 4 tahun dia jual kain pelikat. Punyalah dia berjihad. Akhirnya, ALLAH bayar pada hari kematiannya. Walaupun dia dimaki dan dihentam siang malam, akhirnya ALLAH tunjuk pada pejuang sekular, "Kamu tengoklah! Inilah dia kematian seorang yang berjuang di atas dasar Islam!"...Kalau puak-puak sekular tak yakin lagi dengan perjuangan Islam, saya pun tak tahulah nak kata apa dah. Depan mata depa ALLAH tunjuk. Sampai sorang pakcik kata kat saya, "Bila pakcik tengok orang ramai jalan kaki menuju ke Darul Ulum ni, pakcik teringat masa kat Mina dulu."...Tuuu dia tuan-tuan, nak kata ramainya orang time tu. Sampai TG Nik Aziz memaklumkan pada ust Halim Nasir bahwa ada sorang cina DAP pun nak masuk sama dalam musolla untuk sama-sama nak sembahyangkan jenazah Allahyarham. Sehingga pimpinan kita tolak dia keluaq, "Aeiya! Lu mana boleh masuk. Lu cina..."...Punyalah kasihnya orang kat ust Fadzil! . Inilah dia contoh mati di atas jihad mempertahankan Islam bukannya mati sia-sia. Dia bukannya seperti Firaun yang punyai kerajaan besar. Dia hanyalah sebagai seorang yang menegur pihak kerajaan untuk "check n balance" dalam pentadbiran . Itu saja. Tapi ALLAH tunjuk, bukan 40 orang, malah ratusan ribu yang menyembahyangkan jenazahnya. Itulah dia ust Fadzil Mohd Nor. Maknanya, dia dah cuci tangan dalam memperjuangkan Islam. Kita ni pulak lagumana?...

WALLAHU TA`ALA `ALAM.



Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better

Reply via email to