Syarikat Coca-Cola Yaman mungkin tutup kerana boikot
Wednesday, July 24 @ 07:26:12 MYT


Oleh Rajih Badi
SANAA, 24 Julai (Islamonline) - Syarikat Minuman Sanaa yang merupakan wakil
tunggal Syarikat Coca-Cola di Yaman menanggung kerugian dan mungkin ditutup
akibat dipulau oleh masyarakat Yaman sendiri kerana kempen memboikot
barangan Amerika.

Pengarah Syarikat Coca-Cola Yaman Abdullah Ahmad berkata kepada
"Islamonline" selasa lalu, syarikat berkenaan beroperasi hasil modal rakyat
tempatan 100% dan tiada kaitan secara langsung dengan Amerika dan tidak
membayar apa-apa keuntungan kepada Syarikat Coca-Cola induk di Amerika.
Menurutnya, terdapat kira-kira 650 keluarga di Yaman yang hidup dengan mata
pencarian dari kilang syarikat Coca-Cola. Mereka sekarang menghadapi tekanan
hidup akibat kempen memboikot barangan Amerika di rantau teluk termasuk
Yaman.
Menurut Ketua Persatuan Perlindungan Pengguna Yaman dan Setiausaha Agun! g
Kesatuan Perlindungan Pengguna-Pengguna Arab Hamud al-Bukhaiti menegaskan
bahawa Syarikat Coca-Cola Amerika adalah syarikat Zionis seratus peratus
yang mempunyai agenda tersendiri.
Beliau menambah, Syarikat Coca-cola di Yaman cuba keluar dari permasalahan
yang dihadapi akibat menanggung kerugian dan menyelamatkan 650 keluarga yang
menjadi mangsa pemboikotan barangan Amerika.
Sehubungan dengan itu katanya, Syarikat Coca-Cola induk dan terbesar di
Amerika telah menyumbang kepada Israel kira-kira 600 million dollar Amerika
bagi menghadapi intifadah Palestin.
Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya syarikat Coca-Cola yang berpengkalan
di Yaman menggunakan modal rakyat tempatan 100%, ia perlu memberi penjelasan
agar rakyat seluruhnya menarik balik pemboikotan.
Seorang pelajar yang ditemui Ahmad Hussein, 16 , berkata, pemboikotan itu
berdasarkann elemen agama sepertimana yang telah difatwakan oleh ramai alim
ulama bagi membantu saudar! a-saudara Islam di Palestin.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better

Kirim email ke