*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sambungan pengajian kitab Qanun Jinayah Syar`iyah perkara 58-61.

Perkara 58: Minum Arak.

1) Arak, ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan "Khamar" berasal 
dari kata "Khamara" ertinya menutupi.

2) Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya, 
tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan ALLAH SWT. 

Perkara 59: Hukum minum arak (Khamar).

Minum arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau pun tidak, 
kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman ALLAH SWT yang 
bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan 
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor 
(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu 
berjaya." (Surah al-Ma`idah: 90) 

[ Perkara yang ke 58/59 di atas menceritakan kepada kita serba sedikit tentang 
kesalahan meminum arak. Ia merupakan salah satu daripada kesalahan di bawah hudud 
mengikut undang-undang jinayah Islam. Kerana khamar itu sendiri, ijmak dikalangan 
ulama` bahwa ianya adalah haram. Tidak ada seorang pun ulama` yang kata bahwa khamar 
itu adalah harus untuk diminum. 

Arak dalam istilah kita orang Melayu adalah merujuk kepada minuman keras, yang dibuat 
hasil daripada campuran bahan kimia. Disini ada sedikit perbezaan pendapat dikalangan 
para ulama`. Dalam mazhab Imam as-Syafie kita mengatakan bahwa ianya adalah haram. 
Manakala ada mazhab-mazhab yang lain yang mengharuskan meminumnya dengan syarat ia 
tidak memabukkan. Walaubagaimanapun, kesemua mazhab dalam ajaran Islam, sepakat 
mengatakan bahwa kalau khamar yang diperbuat daripada perahan anggur, itu adalah 
haram. Ini adalah ijmak dikalangan para ulama` Islam. Tidak ada perbezaan pendapat 
tentang perkara itu. 

Didalam mazhab al-Imamul as-Syafie rahimallahu ta`ala, kesalahan minum arak itu 
diletakkan sebaris dengan kesalahan-kesalahan seperti berjudi, memuja berhala dan 
tenung nasib. Ini menunjukkan bahwa betapa besarnya dosa apabila melakukan kesalahan 
meminum arak. ]



Perkara 60: Hukuman orang yang minum arak.

Dalam qanun jinayah Syar`iyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau 
sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan 
hukuman sebat tidak lebih dari 80x sebat dan tidak kurang dari 40x sebat, hukuman ini 
adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib 
r.a. yang bermaksud :

"Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan hukuman sebat bagi peminum arak sebanyak 40x 
sebat, manakala Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40x sebat juga, dan pada 
zaman pemerintah khalifah Umar peminum arak disebat sebanyak 80x sebat. Kesemuanya 
adalah sunnah Rasulullah s.a.w.. Tetapi yang dibuat oleh Saidina Umar tadi lebih aku 
sukai." (HR Muslim)

[ Saya ingat, Matdet kalau jumpa la hadith ni, mungkin dia nanti kata, "Hadith ni tak 
sahih kot. Ada ka Saidina Umar boleh ubah hudud ALLAH TA`ALA."...Bukan apa tuan-tuan, 
2 minggu sudah dalam paper, dia kata, "Macamana k`jaan negeri K`tan dan T`ganu nak 
buat hudud?...Benda yang depa nak buat tu ada yang tak serupa!...Puak-puak ni 
memandai-mandai nak ubah hudud ALLAH SWT pulak...."...Nampak tak tuan-tuan, jahilnya 
orang tua tu tentang agama. Kenyataannya itu menggambarkan bahwa dia memang tak 
mengaji. Kalau sapa jumpa matdet, tolong bagitau kat dia tentang hadith di atas. 
Memang tak serupa apa yang dilakukan oleh Nabi s.a.w./Saidina Abu Bakar dengan apa 
yang dilakukan oleh Saidina Umar/Ali r.a.. Maknanya ada perbezaan dari segi amalan. 
Tapi kesemua itu adalah sunnah. 

Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah kalau kita nak cakap tentang agama, make sure 
kita mengaji dan faham betoi-betoi dulu. Jangan buat main-main bab agama ni. Sebab 
kalau kita tersilap bercakap tentang agama, dikhuatiri boleh tergelincir aqidah. 

Kemudian bila dia kata lagi, "...hukum Islam ini mana boleh ubah mengikut zaman dan 
tempat..."...Apa punya tak reti la dia ni. Kita nak bagitau, kalau tuan-tuan ambik 
jurusan undang-undang Islam, dan apabila tuan-tuan mengaji kitab-kitab yang muktabar, 
InsyaALLAH tuan-tuan akan jumpa dengan ungkapan-ungkapan yang biasa ditulis oleh para 
ulama`. Antara ungkapan itu ialah syariat Islam ini ada 2. Yang pertamanya ialah hukum 
Islam yang tidak akan berubah dengan perubahan zaman dan tempat. Misalnya dalam 
masalah aqidah. Seperti kepercayaan terhadap syurga/neraka, keEsaan ALLAH dan 
sifat-sifatNya dan kepercayaan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah nabi terakhir. 
Termasuklah benda-benda yang ada nas qot`i seperti haramnya arak, hukumnya tidak 
berubah. Dalam bab munakahat pun ada juga hukum yang tidak berubah seperti tidak ada 
jalan lain bagi lelaki untuk bersetubuh dengan wanita melainkan dengan jalan akad 
nikah. Ini semua adalah hukum Islam yang tidak akan berubah dengan perubahan zam!
an dan tempat. 

Tetapi ada satu bab lagi yang dipanggil sebagai bab syariat Islam yang berubah dengan 
perubahan zaman dan tempat. Maksudnya, kalau zaman berubah, hukumnya turut boleh 
berubah. Begitu juga dengan tempat. Kalau tempat berubah, hukum dia juga boleh 
berubah. Benda-benda ini melibatkan nas-nas zonni yang tertakluk kepada ijtihad para 
ulama`. 

Contohnya, seperti isu hukum hudud yang nak dilaksanakan di T`ganu. Hukuman had zina, 
mencuri, murtad dll adalah jelas sebab ada nas qat`i. Memang tak boleh pertikaikan. 
Tapi isu yang timbul sekarang ni ialah apakah hudud itu akan dikenakan kepada orang 
Islam dan bukan Islam ataupun kepada orang Islam sahaja?...Perkara ni ada 2 pendapat 
dikalangan para ulama`. Pendapat yang pertama kata, hudud wajib dilaksanakan ke atas 
orang Islam dan juga kepada orang bukan Islam sebab mereka juga adalah rakyat kepada 
negara Islam. Manakala pendapat yang kedua pula mengatakan bahwa hudud hanya 
dilaksanakan kepada orang Islam, dan kepada orang bukan Islam pula mereka diberi 
pilihan. Bila ada 2 pendapat macam ni, kita sebagai pemerintah boleh memilih diantara 
2 pendapat ini apabila keadaan memerlukan kita buat demikian. 

Mungkin kita berpendapat bahwa pendapat yang pertama lebih kuat. Tetapi atas kedudukan 
tertentu, misalnya fitnah yang mungkin timbul daripada orang bukan Islam dan 
sebagainya, maka dibenarkan kepada kita untuk ambik pendapat yang kedua. Sebab 
pendapat yang kedua itu juga adalah pendapat daripada ulama` yang muktabar. Maknanya 
ini benda khilafiyah, iaitu samada nak buat atau tak nak buat ke atas orang bukan 
Islam. Ini ada perbezaan pendapat. Tetapi atas orang Islam, tidak ada khilafiyah, 
iaitu wajib dilaksanakan. 

Ingat tak tuan-tuan semasa k`jaan negeri K`tan mengemukakan draf hudud suatu masa 
dulu?...Dalam draf tersebut ada satu cadangan supaya dilaksanakan hukum hudud meliputi 
keseluruhan rakyat negeri K`tan termasuklah orang bukan Islam. Waktu tulah tiba-tiba 
matdet boleh baca sepotong ayat al-Quran yang bermaksud, "...tidak ada paksaan dalam 
agama..."...Maksudnya, mana boleh paksa orang bukan Islam terima undang-undang Islam. 
Kemudian yang peliknya, pendapat pakai akai si matdet tu disokong pula oleh 
ulama`-ulama` kerajaan. Padahal takkan depa tak tahu maksud sebenar ayat "tidak ada 
paksaan dalam agama" tu?...

Sekarang bila datang k`jaan negeri T`ganu ingin melaksanakan hudud, maka kita cuba 
gunakan pendekatan yang kedua pula. Kita gunakannya di atas kelonggaran yang ada dalam 
hukum syara`. Hari tu bila kita ambik pendapat yang pertama, puak umno tentang. 
Sekarang bila kita ambik pendekatan yang kedua, orang tua tu kata pula bahwa ianya 
zalim. Sebab orang Islam saja yang kena, orang bukan Islam tak kena. Nampak tak 
tuan-tuan, macamana putarrr belitnya paria sekoq ni...Nie sheikh! hang bagitau mai 
sat, lagumana yang hang mau!...Mula-mula kita nak buat dengan sekali orang bukan 
Islam, hang tak bagi. La ni kita nak buat yang hat orang bukan Islam tak kena, pun 
hang tak setuju jugak...Nieee apa ni?...Hat betoinya lagumana?...

Tuan-tuan nak tau jawapannya?...Tuan-tuan pernah dengaq tak cerita seorang bapa, anak 
dan seekor keldai di zaman Lukmanul Hakim?...Kalau tuan-tuan pernah dengaq, maka 
itulah dia jawapannya. Bapa naik keldai, anak tarik, orang kata bapa tu bangang pasai 
dera anak dia. Kemudian bila anak naik, bapa pula tarik, orang kata kat si anak, "Apa 
punya anak la hang! tarak respect kat orang tua ka?"...Salah belaka. Bapa naik anak 
tarik pun salah. Anak naik bapa tarik pun salah. Lalu kedua-dua anak beranak tak naik. 
Bila orang tengok depa tak naik, orang kata, "Apa punya bodo la hangpa! Ada keldai 
tapi tak mau naik."...Last sekali si bapa tu ambik keldai, pikul atas belakang dia; 
apa lagi orang gelak la kata dia gila...Nampak tak tuan-tuan, semuanya salah. 

Bila kita ambik pendapat yang pertama masa negeri K`tan nak buat hudud, dia bantah 
dengan mengatakan "tidak ada paksaan dalam agama". Apa punya tak mengaji la puak-puak 
ni. Maksud ayat tu ialah kita tak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam. Dalam 
lain perkataan, kita tak boleh paksa orang kapiaq yang kuffur kepada ALLAH untuk 
beriman kepada ALLAH TA`ALA. Itu maksud dia. Bukannya tak boleh paksa depa terima 
undang-undang Islam. Jadi, misi kita gagal time tu. Okay sekarang bila kita nak ambik 
pendapat yang kedua, yang tidak dikenakan kepada orang bukan Islam, pun barua tua tu 
kata salah jugak...Apa kita nak kata lagi kat orang tua ni, tuan-tuan?

Sebenarnya tuan-tuan, memang puak-puak karat ni depa tak mau kepada undang-undang 
Islam. Itulah jawapan sebenarnya. Depa cari jalan dengan berbagai-bagai alasan, 
sehingga kekadang tu alasan yang diberi cukup sedap kita dengaq. You should know how 
to say no, without saying no. Inilah dia al-kisah sebenarnya, tuan-tuan. Depa punya 
tak suka kat Pas sehingga sanggup kata bahwa hudud yang negeri T`ganu nak bawa ni 
bukan hudud ALLAH. Okay kalau hangpa kata yang tu bukan hudud ALLAH, bawa mai sat kat 
kami nak tengok yang kata hudud ALLAH tu macamana?...Daripada tahun 1957 kita merdeka, 
sampai sekarang tahun 2002; ada depa tunjuk hudud ALLAH?...Sampai sekarang, takdak. 
Boleh tak orang yang tak pernah sembahyang, nak kritik orang sembahyang?..."Nie 
sheikh! hang rukuk tak betoi tu. Hang punya sujud pun tak betoi tu. Sembahyang sunat 
hang pun tak betoi tu...."; padahal dia sendiri sembahyang sunat pun tak buat, 
sembahyang fardhu pun tak buat. Patut tak kita maki orang yang berperangai !
macam ni, tuan-tuan?...Bagi saya bukan kata patut lagi dah, malah wajib jadinya. 

Okay bagi puteri-puteri umno yang nak tahu sangat, boleh tak dalam Islam memaki 
hamun?...Tolong pay attention sikit. Bukan pasai apa; hari tu masa dok bertoje dengan 
depa di Anak Bukit, mana ada masa time tu nak explain. Melainkan kita suruh depa pi 
mengaji aje le. Okay la ni mai kita nak explain, jadi tolong ambik perhatian. Bila dah 
paham nanti, lain kali jangan dok bawa mai isu remeh temeh macam ni lagi. Lain kali 
seperti yang disyorkan oleh penganalisa politik dalam tv1 (depa sempat buat forum masa 
dok tunggu keputusan di Anak Bukit hari tu), kalau nak lawan dengan Pas, tolong bawa 
mai isu yang lebih mencabar sikit. Kalau takdak, lebih baik hangpa menyanyi aje le 
daripada dok merapu tak tentu hala.

Okay dalam isu boleh maki ke tidak, sebenarnya dia ada 2. Ada maki hamun yang tak 
boleh dan ada maki hamun yang boleh. Maki hamun yang haram hukumnya ialah apabila kita 
memaki hamun tanpa sebab yang kukuh terhadap orang yang baik dan orang yang soleh. 
Tapi kalau orang tu jenih jahat, tak sembahyang, ahli maksiat; kalau kita maki hamun 
dia dengan sebab dosa yang dia buat, itu tidak menjadi kesalahan. Samalah juga kalau 
kita pulau seseorang. Kalau dalam masa 3 hari kita tak bercakap dengan seseorang tanpa 
alasan yang kukuh, maka haram hukumnya. Tetapi kalau orang tu tak sembahyang, kaki 
zina, kaki judi; lalu kita pakat dengan orang kampung untuk pulau dia sehingga dia 
insaf dan bertaubat. Apakah haram kita berbuat begitu?...Tidak haram, tuan-tuan. Malah 
ada pendapat yang sampai ke tahap wajib kita pulau orang macam tu, supaya boleh 
memberi pengajaran kepada dia. Nampak tak tuan-tuan, macamana kita kena faham konsep 
hukum tersebut. Iaitu ada ketikanya ia haram. Dan ada ketikany!
a ia harus. Dan kadang kala sampai ke tahap wajib. 

Okay sekarang cuba kita tengok apa jawapan TG Nik Aziz apabila beliau bertemu dengan 
salah seorang pegawai tinggi daripada Jakim bila beliau dipanggil untuk memperjelaskan 
isu maki hamun ini. Beliau quote balik apa yang berlaku semasa perjanjian Hudaibiyah. 
Semasa nak menjelang perjanjian Hudaibiyah, Nabi s.a.w. bersiap-siap untuk pergi 
beribadah di Baitillahilharam di Mekah. Sebelum tu Nabi s.a.w. pesan kat sahabat yang 
nak ikut dia, "Pedang yang kamu bawa, tolong bubuh dalam sarung. Jangan dibiarkan 
dalam keadaan terhunus. Maknanya bila orang Mekah tengok, maka tahulah mereka bahwa 
kita datang bukan untuk berperang tapi untuk berdamai dengan niat yang 
baik."...Sebenarnya pergerakan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya itu telah dikesan 
oleh sb-sb Mekah. Lalu bila berita ini sampai ke pengetahuan pemimpin-pemimpin Mekah 
yang kuffur kepada ALLAH ketika itu, maka mereka pun menghantar delegasi mereka untuk 
berjumpa dengan Nabi s.a.w. dan bertanyakan niat yang sebenar untuk a!
pa rombongan Nabi s.a.w. itu berkunjung ke Mekah?...Lalu Nabi s.a.w. habaq dengan 
betoi, iaitu untuk pergi beribadah di Baitillah. Tapi wakil tersebut tak percaya. Dan 
terus salah seorang daripada wakil tu dengan lagak samsengnya pi cekak janggut Nabi 
sambil memaki hamun. Tak ke kurang ajaq tu?...Kalau stail orang kita, macam pi cekak 
leher baju tu. Lalu bila Saidina Abu Bakar as-Siddiq nampak kejadian tu, dia pun 
dengan tangkas menepis tangan samseng tadi...Sapa yang tiba-tiba masuk campur dalam 
kejadian itu, tuan-tuan?...Itulah dia Saidina Abu Bakar as-Siddiq, yang kita kenal 
sebagai seorang lelaki yang mudah menangis dalam sembahyang. Sewaktu Nabi s.a.w. 
sakit, bila para sahabat minta Saidina Abu Bakar ganti tempat Nabi jadi imam, ianya 
dibantah oleh Saidatina Aishah kerana dia tahu bapanya tidak layak sebab dia seorang 
lelaki yang mudah menangis dalam sembahyang. Tapi rupa-rupanya tuan-tuan, Saidina Abu 
Bakar r.a. hanya lembut pada masa-masa tertentu sahaja. Tetapi bila !
masa Nabi s.a.w. dilayan dengan kasar, dialah orang yang bangun menepis tangan samseng 
Mekah itu, lalu berkata dia kepada lelaki tu, "Mulut hang cukup celupar. Mulut macam 
hang ni, baik pi jilat buntut berhala di Mekah nu lagi baguih!"...Kasar tak 
tuan-tuan?...Kasar tuuuu...Kalau zaman kita la ni, "Hang pi balik! Hang pi jilat 
pungkok matdet!"...Tuuu baru betoi!...Agak-agak tuan-tuan kalaulah Saidina Abu Bakar 
ada kat zaman kita la ni dengan diucapkannya kalimah yang sama; agak-agak tuan-tuan, 
paper hentam dia dak?...Wallahu`alam. Tapi nak bagitau, tuuu dia yang kata Saidina Abu 
Bakar r.a. tu. 

Sebab itu kita nak bagitau, tak pedulilah kat sapa pun; kalau kita rasa nak babitkan 
diri bagi komen tentang hal agama, maka tolong la pi mengaji dulu. Jangan main hentam 
kromo je. Jangan bercakap ikut sedap mulut aje tentang agama. Bukan apa tuan-tuan; 
bila cakap sampai takdak tapis langsung, dikhuatiri syahadah boleh terbatal tanpa 
disedari. Itu yang kita takut tu.

Okay berbalik kepada cerita Saidina Abu Bakar tadi; agak-agak tuan-tuan, ada dak zaman 
kita la ni orang macam Saidina Abu Bakar r.a.?...Seorang yang lembut, yang mudah 
menangis tapi bila nampak Nabi s.a.w. dihina, dia bangun dengan beraninya menepis 
tangan dan memaki hamun wakil dari Mekah tu. Kalau kita zaman la ni; ada dak seorang 
yang berwatakkan gentleman tapi sekiranya agama dicabar, dia sanggup bangun memaki 
hamun musuh-musuh ALLAH SWT?...Nak kata takdak pun tak boleh jugak. Tapi sebenarnya, 
hampir-hampir tidak ada. Pasai apa jadi lagu tu?...Sebabnya ialah kita telah diasuh 
supaya menjadi seorang yang pengecut. Kalau tuan-tuan flashback kembali kepada 
kewujudan kolej Melayu Kuala Kangsar dan juga kewujudan sekolah-sekolah institusi 
pengajian tinggi yang ditaja oleh penjajah British, tuan-tuan akan jumpa dengan 
jawapannya. Kenapa pihak British membina sekolah-sekolah yang istimewa untuk anak-anak 
raja dan anak-anak pembesar?...Sebabnya ialah untuk mereka kumpulkan anak-!
anak raja dan anak-anak pembesar yang bakal mewarisi takhta pemerintahan negara, dan 
dari sinilah anak-anak raja/pembesar ini akan dididik "How to be an English 
gentleman". Dalam lain perkataan, anak-anak kita diajar supaya berperangai pondan 
keinggerisan. Maknanya, orang macam ni sekiranya agama dicabar, dia tidak akan terasa 
tercabar dan dia tidak akan bangun mempertahankan agamanya. Itulah yang berlaku di 
tempat-tempat yang ditaja oleh pihak penjajah, yang ditujukan khusus kepada anak-anak 
raja dan anak-anak pembesar Melayu. Sebab itu, pada hari ini kita boleh tengok 
macamana anak-anak raja dan anak-anak pemimpin Melayu, dalam soal mempertahankan 
agama, mereka langsung tidak boleh diharapkan. Dan yang paling menyedihkan, apabila 
diberitakan suatu ketika dulu bilamana ada cadangan kolej Melayu K.Kangsar itu hendak 
dibuka kepada anak-anak kampung, anak-anak petani dan anak-anak penoreh getah, lalu 
bangun seorang pemimpin Melayu berkata dengan nada sombong, "I won`t send my !
son to this school, to study with a slave."...Orang macam ni lah tuan-tuan, bila dia 
pakai baju Melayu masuk kampung untuk berjumpa dengan kita, kita pun pakat serbu salam 
cium tangan dia. Sedangkan orang inilah yang menghina kata kita ini golongan hamba. 
Inilah antara contoh perangai orang Melayu yang sentiasa diperbodohkan oleh 
pemimpin-pemimpin mereka yang khianat. 

Kita sebagai seorang muslim yang cerdik, jangan sampai mudah terpedaya dengan fenomena 
fatamorgana sebegini, tuan-tuan. Biarlah berapa kali dia nak menangis pun, kita jangan 
mudah terpedaya. Sebenarnya orang tua tu hanya baik di depan kita, tapi di belakang 
kita, dialah penjenayah kepada agama. Inilah dia fenomena fatamorgana. Cuba tuan-tuan 
bawa kereta tengah-tengahari kat highway, dalam keterikan panas matahari, tuan-tuan 
akan nampak seolah-olah macam ada air jauh kat depan kita, betoi tak?...Adakah itu 
air?...Ia bukan air. Tetapi ia adalah satu fenomena haba daripada permukaan jalan yang 
meruap naik ke atas, kemudian daripada peredaran udara membuatkan mata kita tertipu 
kerana nampak semacam ada air di depan kita. Bila kita sampai kat tempat yang kita 
nampak macam air tadi, kita tak akan jumpa seperti apa yang mata kita nampak sebelum 
ini. 

Dulu orang Arab melihat fenomena fatamorgana ini sebagai puaka di padang pasir. Depa 
menganggap puaka itu cuba menyesatkan dan menipu mereka dengan mengalih tempat-tempat 
air. Bila depa pi kat tempat yang depa nampak ada air tadi, rupa-rupanya apa pun 
takdak. Bila tengok sekeliling, depa nampak air tu kat tempat lain pulak. Bila pi aja, 
nampak kat tempat lain lagi. Maka mereka menganggap itu sebagai tipu helah daripada 
puaka padang pasir. Akhirnya bila manusia mengkaji, barulah manusia mendapati bahwa 
itu sebenarnya fenomena fatamorgana yang menipu penglihatan kita. Realiti sebenar 
adalah sebaliknya. Dalam bahasa kemanusiaan, ia dipanggil illusi atau paradox. Yang 
menunjukkan kepada kita perkara sebenarnya lagu lain tapi yang ditampilkan kepada kita 
benda yang lain. Kalau nak tau lebih lanjut tentang teknik paradox ni, saya syorkan 
tuan-tuan pi tanya kat tv1, tv2, tv3 dan ntv7. Depa memang expect dalam soal ni.

Muslimin muslimat sekelian. Baru-baru ni ada satu statement daripada Ketua polis 
negeri T`ganu. Dia kata bahwa kalau hudud/qisas dilaksanakan di negeri T`ganu, pihak 
polis tidak akan memberi bantuan. Menurut ust Jailani, dari pengalaman beliau 
pengendalikan kes-kes syariah di negeri P.Pinang dan Kedah; membuatkan beliau tidak 
hairan dengan kenyataan Ketua polis tersebut. Sebab dalam undang-undang syariah negeri 
P.Pinang/Kedah pun, kita tak boleh nak pertikai kalau polis tak bagi bantuan. Sebab 
apa?...Sebab mereka hanya tertakluk kepada undang-undang persekutuan yang digubal oleh 
kerajaan pusat. Dalam undang-undang syariah negeri P.Pinang, pihak polis memang tidak 
tertakluk kepadanya. Kalau pihak polis nak tolong kita pun, dia tolong tu hanya 
melalui budi-bicara. Sebab tu, tuan-tuan boleh tengok sendiri, kalau kes judi, polis 
hambat. Kalau kes dadah, polis hambat. Kalau kes mencuri pun polis hambat jugak. Tapi 
kalau nak tangkap orang khalwat, kita yang kena minta tolong polis!
 bantu kita pi serbu. Bukan polis yang pi tangkap orang khalwat. Sebenarnya, kita 
sendiri yang kena pi tangkap orang khalwat. Polis hanya tolong saja. Pasai apa jadi 
lagu ni?...Pasai Federal governmentlah yang buat undang-undang lagu ni. Sebab itu kita 
nak bagitau, kalau pihak polis negeri T`ganu tidak mahu menolong undang-undang syariah 
negeri T`ganu, kita jangan rasa pelik. Sebab apa?...Sebab amalan sekarang pun, polis 
tidak compulsary untuk menolong undang-undang syariah di setiap negeri. 

Tuan-tuan nak tahu tak, pasai apa kalau dalam kes mahkamah syariah, pihak polis hanya 
menjadi sebagai peneman kita saja?...Sebabnya ialah golongan datuk, golongan Tan Sri, 
golongan pemimpin walaupun tak semua, tetapi kebanyakan daripada mereka terlibat 
dengan kes-kes sebegini. Cuba tuan-tuan bayangkan, adakah golongan orang-orang kampung 
macam kita ni mampu melanggan social escort dengan service charge sampai RM1K-2K 
semalam?...Mana mampu, tuan-tuan. Yang mampu ni sapa?...Sapa lagi kalau bukan 
golongan-golongan yang kita sebut tadi. Golongan-golongan inilah yang dok pekaya 
pompuan-pompuan jalang tu. Oleh sebab itulah, kita tak rasa pelik, bila kita lihat 
pihak yang berkuasa seperti tidak ada kesungguhan langsung dalam perlaksanaan 
undang-undang syariah dalam negara kita hari ini. ] 

...bersambung....



---------------------------------
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->
Free $5 Love Reading
Risk Free!
http://us.click.yahoo.com/NsdPZD/PfREAA/Ey.GAA/wpWolB/TM
---------------------------------------------------------------------~->

///// JIM-IT: Peneraju Dakwah Digital http://www.jim.org.my
//////////////////////////////////

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]
Unsub     : Hantar E-mail kosong ke  
            [EMAIL PROTECTED]

Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".
 

Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/ 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar alkhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke