*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Catatan Kenangan Keluang Man Ketika Bertugas Di Pendang dan Anak Bukit

Sejak dari malam hari penamaan calon lagi aku dapat merasakan Allah akan memberi 
kemenangan kepada Islam dalam pilihan raya kecil Pendang dan Anak Bukit. Suasana ini 
amat terasa lagi bila tiba malam hari pembuangan undi. Suasana kemenangan pada pilihan 
raya kecil Arau 1998, Permatang Pauh 1999 dan Lunas 2000 seolah olah menjelma kembali 
pada petang rabu itu. Aku nyatakan perasaan ini semasa aku memberi taklimat kepada 
kumpulan aku bahawa InsyaAllah kemenangan adalah milik kita. Sesungguhnya Allah telah 
menurunkan para tenteranya untuk membantu kita menghadapi pihak musuh.

Sejak sehari dari hari penamaan calon aku telah berulang alik ke Pendang, walaupun 
petugas PAS Pulau Pinang di arahkan semuanya ke Anak Bukit namum kumpulan kami 
diarahkan ke Pendang untuk bertugas di sana. Di Pendang kami sentiasa menerima arahan 
yang tak menentu dari pihak Markas Besar sehingga kami sendiri keliru apakah tugasan 
khusus untuk kami. Adakalanya aku merasa bosan dengan sikap mereka yang memberi 
arahan. Bukan kerana memilih kerja tapi untuk apa kami habiskan wang ke sana jikalau 
untuk meronda. Setelah memprotes perkara ini kepada Tok Ayah malam berikutnya team aku 
diberi tugas untuk memantau ke UPU Padang Pusing dan mengambil laporan dari Ketua UPU 
di sana.

Sampai saja ke UPU Padang Pusing aku terus mencari ketuanya tapi malang tiada. Aku 
lihat di situ beberapa pemuda yang berkain pelikat berborak borak seolah sedang 
berlaku gencatan senjata di Pendang. Aku terus ambil laporan dari petugas yang 
bertugas di sana. Setelah 20 minit berada di sana Dr Hatta tiba untuk berceramah di 
situ. Malangnya UPU Padang Pusing tidak membuat apa apa persediaan untuk program itu. 
Akhirnya aku berjumpa dengan ketua keselamatan dari Bagan Serai yang bertugas di situ. 
Menurutnya organisasi di situ tidak dapat bergerak dan sebagai orang luar dia takut 
untuk belagak pandai di situ. Bayangkanlah sebuah UPU yang berada di tepi jalan utama 
tidak dapat bergerak sedangkan parti kapir UMNO terus menjalankan propaganda pada 
setiap malam.

Dalam waktu yang sama aku mendengar cerita yang Anak Bukit di serang hebat oleh UMNO. 
Kumpulan kami telah di arah semuanya ke Anak Bukit bagi membantu jentera PAS di sana 
tapi aku bersama 3 orang lagi sahabat masih di arahkan untuk terus berada di Pendang. 
Sehinggalah apabila aku naik ke pejabat Markas Besar untuk memberi laporan dan 
diberitahu yang khidmat kami sudah tak diperlukan lagi di sana. Alasannya adalah 
kerana kami tak dapat memberi komitmen kepada tugas. Pihak Markas Besar mahu kami 
terus berada di sana dan bukannya berulang-alik ke rumah. Apakan daya orang susah yang 
macam kami ni masih belum mampu untuk menimfakkan diri sepenuhnya lagi kepada Islam. 
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan iman kepada kami. Tiada daya upaya melainkan 
dengan pertolongan Allah. Malam itu juga kami terus memecut ke Anak Bukit untuk 
melaporkan diri di sana. Badan terasa letih betul kerana tak cukup rehat. Sampai saja 
di Anak Bukit kami terus ke UPU Gunung tempat penginapan petugas dar!
i Permatang Pauh. Aku tak masuk ke sana kerana terus saja di bawa ke UPU Kubang Raja 
untuk mesyuarat dengan petugas di sana. Jam sudah pukul 2.00 pagi semasa aku tiba di 
sana tetapi masih ramai petugas yang berlegar legar di hadapan pos. Antara yang sempoi 
dalam mesyuarat tu ialah kami di kehendaki menangkap Ustaz Zulkifli Shaari. (“Sorry la 
ustaz pasal sebut nama ustaz dalam ruangan ni. Apa pasal ustaz buat spoil kat sana.”) 
Setelah selesai mesyuarat aku terus tertidur di situ, tak tahan betul rasa 
mengantuknya. Esoknya aku mengambil keputusan untuk berehat selama dua hari kerana 
untuk berulang-alik ke Anak Bukit bukan sahaja jauh tetapi memerlukan kos yang banyak .

Setelah selesai urusan peribadi di rumah, aku terus bertolak ke Anak Bukit pada pagi 
hari Selasa. Aku buang segala urusan dan ingatan di rumah dan tempat aku mencari 
rezeki. Hati ini hanyalah teringatkan Anak Bukit dan apakah situasi di Indera Kayangan 
juga akan menjelma di Anak Bukit. Aku terbayangkan bagai mana sewaktu aku menjaga 
keselamatan muslimat di Padang Katong Indera Kayangan semasa merayu undi dari rumah ke 
rumah bila lebih kurang 150 orang samseng parti kapir UMNO menjerit jerit sambil 
menghalau kami keluar dari situ. Bayangkanlah kami seramai 5 orang lelaki dan 10 orang 
muslimat terpaksa berhadapan dengan golongan musrikin yang, insyaAllah nerakalah 
tempat mereka kalau mampus tak sempat bertaubat. Di Indera Kayangan juga sewaktu 
mengawal Dr Lo’Lo’ merayu undi bersama dengan pelajar Darul Ulum kami dimaki dengan 
bermacam ayat yang terdapat dalam kitab suci parti kapir UMNO. Apakah ianya akan 
berlaku lagi di Pendang dan Anak Bukit? Apakah Mahaguru Tempang Tiga Suk!
u Omar Din akan membawa anak buahnya yang selalu aku jumpa di kedai-kedai minuman 
keras, datang lagi ke Anak Bukit untuk membuat kacau. Apa pun aku tak pernah untuk 
merasa gentar untuk berhadapan dengan tentera ahzab ini.

Setiba ke Anak Bukit tengah hari tu aku terus ke UPU Gunung. Kebetulan makan tengah 
hari hari tu nasi briani yang tukang masaknya di import khas dari Pulau Pinang. 
Entahlah dah berapa kali aku menghadapi pilihan raya bersama PAS tapi yang paling 
istimewa sekali dalam PAS ni ialah makan tak pernah koman. Lepas makan aku terus ke 
UPU Kubang Raja tapi aku tak bertemu pun dengan petugas Bukit Mertajam yang sepatutnya 
bertugas di sana. Setelah solat jamak di situ aku terus ke UPU Padang Hang. Di sana 
aku bertemu ramai petugas dari Bukit Mertajam yang mungkin ada antara mereka yang 
sudah berada di sana sejak hari pernamaan calon lagi. Sementara menanti kedatangan Tok 
Ayah aku berehat sebentar. Selepas mandi dan menanti taklimat pada jam 5 petang 
Timbalan Pesuruh jaya PAS Pulau Pinang Ustaz Shuid  memberi sedikit tazkirah sementara 
menanti tok Ayah datang. Sebenarnya sewaktu taklimat aku keluar ke pekan Anak 
Bukit.Saja untuk meronda sambil membuat tinjauan ke ke bilik gerakan UMNO.

Cara aku berpakaian hari tu memang orang tak kata yang aku ni petugas PAS malah pernah 
masa aku selesai solat maghrib terdengar suara dari orang PAS yang berkata “UMNO ni 
pun sembahyang juga” masa tu aku kira bangga la pasal orang kata aku UMNO. Masa kat 
markas PAS pun ramai yang perhatikan aku semacam je. Mungkin dia orang ingat aku ni SB 
kot. (ceh perasan) Munkin ada yang kurang senang cara aku berpakaian dan menyimpan 
rambut panjang dan warna sedikit perang. Aku meronda di segenap markas parti kapir 
UMNO tapi takut juga kalau-kalau bertemu dengan orang kampung aku. Aku juga bertemu 
dengan kumpulan PAKIDA yang juga turut berkempen untuk parti kapir UMNO. Aku mohon 
maaflah kalau ada yang membaca ni dari kumpulan tu. Aku tahu ramai ahli dari kumpulan 
PAKIDA ni menyokong BA tapi di mana sebenarnya kewala’kan yang kamu mesti berikan 
antara pimpinan PAS dengan pimpinan PAKIDA yang secara terang-terang menyokong parti 
kapir UMNO ni. Tak banyak maklumat yang aku perolehi dari tin!
jauan ke markas parti kapir UMNO. Kebanyakkan mereka adalah petugas syaitan dari luar. 
Tak nampak pun kesungguhan pada wajah mereka untuk memenangkan parti kapir UMNO. Aku 
tak meluat sebenarnya tengok anak anak muda yang berada dalam bilik neraka UMNO ni. 
Yang aku benci sebenarnya pada tok-tok lebai yang kepala mangkok hayun. Tok-tok lebai 
macam nilah manusia paling korang ajaq sekali dalam parti kapir UMNO. Mereka ni 
sebenarnya telah murtad lebih dari tiga ratus tahun yang lalu sebelum wujud Dragon 
Ball lagi. Sebenarnya mereka ni kopiah putih saja di kepala tapi bodo nak mampuih bab 
ilmu agama ni.

Malam tu aku ditugaskan untuk meronda dan mengambil laporan daripada semua ketua UPU 
dan ketua keselamatan di setiap pos di kawasan  Padang Hang, Kubang Raja, Kampung 
Huma, Gelong Air dan Alor Jangus. Aku meronda dengan kereta bersama seorang lagi 
teman. Setiap pos yang aku lawati begitu lemah dari segi keselamatannya. Aku tak tahu 
mengapa ini terjadi. Penglibatan orang tempatan terlalu kurang. Bukan sahaja kawalan 
keselamatan di setiap pos tidak ketat malah kawalan keselamatan di markas UPU Padang 
Hang sendiri terlalu longgar. Kereta dan orang ramai boleh keluar masuk tanpa sebarang 
halangan. Entah berapa banyak SB dan orang UMNO yang masuk ke situ, aku tak tahu. Aku 
tak mahu beri arahan sebab yang berada kat situ semuanya kira hard core PAS belaka. 
Nanti dikatakan memandai dan melebihi ketua pulak. Sudahlah aku ni kira black list di 
Kawasan. Aku terus pulang ke UPU Gunung untuk laporkan kepada Tok Ayah tapi sampai 
saja kat sana kepala terus terlena. Letih betul hari tu. Ni!
at di hati nak bertugas sampai pagi tapi apakan daya Allah dah takdirkan aku terlena 
jam 2.00 pagi tu.

Aku dikejutkan jam 5 pagi kerana diarah untuk mengutip semua risalah yang di buang di 
tepi jalan oleh pemuda upahan parti kapir UMNO. Aku ni selalunya kalau bangun pagi 
mesti nak tidur lagi tapi hari tu kira punya segar. Bangun terus capai kunci kereta 
tanpa basuh muka pun. Kira operasi pagi tu mencapai kejayaan 90% la. Daripada cara 
mereka yang buang risalah tu cukup nampak yang mereka buat kerja ni dalam keadaan yang 
kalam kabut dan tak teratur. Kami terus meronda sehingga ke sekolah Menengah Sri 
Gunung. Tiba-tiba kami bertemu dengan sekumpulan syaitan yang baru saja selesai 
menjalankan tugas. Jumlah mereka lebih kurang 30 ekor. Kawan ku yang di sebelah 
bersuara kalau apa nak jadi jadilah pagi ni. Kami terus melintasi tempat mereka 
berkumpul. Nampak gaya hari ni aku tak boleh lagi nak bertugas sebab kena tidur kat 
hospital dan kereta aku pakai jadi kereta Super Bang la kena hentam dengan syaitan ni. 
Sampai di penghujung jalan kami berpatah balik. Di hati aku kalau dia taha!
n saja aku buat gila dengan kereta aku ni macam Super Bang yang aku naik kat komtar 12 
tahun yang lalu tapi apa yang bermain di fikiran kami ni sebenarnya tak berlaku. 
Kumpulan tu semuanya lari berselerak kerana takutkan kami. Mungkin kami ni tahap wali, 
aku tak tau la. Rupannya manusia takutkan hantu dan hantu pun takutkan manusia. Macam 
cerita P Ramlee “Nang Bo Ti Nang Kui Bo Ti Kui” Jampi ni yang selalu Ustaz Halim Nasir 
baca. Balik ke markas dan lepas solat subuh aku terus tertidur sampai matahari naik.

Pagi Rabu tu aku tak bertugas sebab Keluang Man macam aku ni keluar waktu malam je nak 
tangkap penyamun. Oleh kerana tak ada apa apa tugas pagi tu aku ke Markas Keadilan 
jumpa kawan aku dari Johor. Sebenarnya mereka dah sampai sini sejak hari Isnin lagi. 
Lepas minum dekat markas Keadilan aku meronda masuk ke Markas Puteri UMNO dan 
kebetulan aku berselisih dengan si Azlina seks songsang tu. Aku senyum je padanya 
kerana masa tu aku tak tahu yang dia tu Azlina. Wajahnya nampak muda dari yang aku 
tengok dalam majalah dan akhbar. Mungkin semalam dapat anak dara kot. Seperti semalam 
aku tak dapat banyak maklumat di situ kerana si puteri banyak bercakap soal lain dari 
pilihan raya. Lagi pun aku pun tak berani lama lama kat situ. Terasa macam 
diperhatikan saja. Mampus aku kalau dia tahu yang aku ni Keluang Man dan kawan aku 
yang sorang lagi tu Tiong Man.

Habis meronda di sana aku terus balik ke UPU Gunung untuk makan tengah hari. Lepas 
saja makan aku terus ke UPU Padang Hang kerana dapat maklumat yang Khir Toya nak 
datang ke sana. Aku cerita sikit pasal Padang Hang ni. Seumur aku dan dah berapa kali 
berada dalam pilihan raya termasuk masa dengan parti kapir UMNO dulu tak pernah aku 
berjumpa dengan kubu PAS paling kuat sekali. Padang Hang bukan saja terkuat dalam 
Kedah tapi aku rasa terkuat dalam galeksi Bima Sakti. Kuat bukan dari segi organisasi 
tapi kuat dari segi tradisi meluat kat parti kapir UMNO. Bayangkanlah satu poster BN 
pun aku tak jumpa dalam kampung tu. Masa Khir Toya datang pada hari tu pun yang datang 
cuma 10 orang sahaja. Betapa punya malu bila seorang MB ceramah cuma di hadiri 10 
orang saja.

Aku berada di hadapan sekolah sejak dari pukul 2.00 menanti kedatangan Khir Toya. 
Sekeliling jalan masuk ke sekolah di lekat poster dan risalah tentang si kepala toya 
ni. Lebih kurang jam 3.00 petang maka masuklah kumpulan samseng yang di bawa oleh MB 
Selangor ni. Jumlah mereka lebih kurang 50 orang dan terus saja mengoyak dan membakar 
poster yang ada di sekeliling tu. Aku dan lebih kurang 15 orang lagi yang berada di 
situ tak terkata apa. Apo nak di kato kalau yang datang tu gila punya badan. Rupa 
rupanya lebih kurang 40 orang pesilat lancau dah bersedia di dalam sekolah. Apabila 
datang saja si Toya mereka ni pun keluar. Suasana ketika tu jadi sunyi. Bukan kata 
Keluang Man tapi kalau Batman pun pakai blah saja. Jumlah si laknat parti kapir UMNO 
sekarang aku rasa dah lebih dari 100 orang. Lebih kurang ½ jam kemudian barulah ramai 
puak PAS yang datang. Bila melihat jumlah kami yang ramai mereka agak perlahan sikit. 
Sebenarnya perkara ni dari awal lagi boleh diatasi kalau yang!
 setiap ahli PAS dapat menerima arahan.Sebelum tu aku dah minta semua yang berada di 
Markas Padang Hang mengubahkan kenderaan mereka dan di letakkan di persekitaran 
kawasan sekolah. Dengan itu maka tak ada satu kereta pun dapat masuk ke Padang Hang. 
Aku tahulah kalau aku yang arahkan mesti ahli PAS yang mangkok hayun ni tak ikut punya 
jadi aku suruh Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Mertajam yang beri arahan. Malang 1000 X 
sayang  yang ada di situ bukan datang untuk bertugas tapi datang untuk melawat sambil 
membuat ulasan dan ramalan sama ada menang atau kalau esok. Aku kalau ahli PAS yang 
mangkok hayun ni memang aku cukup cam muka mereka. Bila keadaan dah terdesak baru jadi 
kelam kabut. Walau kehadiran Khir Toya pada hari tu tak mendapat sambutan tapi maruah 
PAS dah tercemar. Aku mesti buat sesuatu untuk menuntut bela. Jadi aku dah plan 
sesuatu yang aku tak boleh cerita kat sini. Bukan apa nanti batal pula kemenangan di 
Anak Bukit.

Petang tu aku menanti kawan dari kampung aku datang untuk beri taklimat pasal ops 
malam terakhir. Hujan mula turun waktu maghrib. Hati ini terasa seolah olah kemenangan 
sudah pasti di esok hari. Setelah selesai aku memberi taklimat kami di beri sekali 
lagi taklimat oleh Tok Ayah untuk tugasan pada malam terakhir ni. Aku dan Tiong Man di 
tugaskan untuk mengambil laporan di setiap pos dan UPU. Aku tak mahu cerita pasal 
lawatan ke setiap pos kerana jari aku ni dah tak larat nak menaip lagi. Dari segi 
keselamatan malam tu kira okeylah  tapi yang aku nak cerita di sini kisah si mangkok 
hayun ahli PAS ni. Sewaktu mengambil laporan di UPU Padang Hang aku berjumpa dengan 
sekumpulan pemuda PAS dari Bukit Bendera yang nak nak berangkat ke rumah kawan untuk 
tidur. Alamak orang datang nak bertugas dia orang datang nak tidur. Sudahlah tidur pi 
cari tempat selesa pula nak tidur. Awat hang tak tidoq kat ghumah cek oii…kan kat 
Bukit Bendera tu lagi sejuk. Kalau ya pun nak bertugas esok hari!
 apa salahnya kamu tidur kat markas saja. Itu pun nak ada hati nak bertanding Parlimen 
Bukit Bendera. Pakai tinggal calon dan wakil calon jelah. Malam tu hujan turun dengan 
lebatnya. Yang aku peliknya angin begitu kencang bila aku lalui di Bilik gerakan BN 
sehingga poster dan kain rentang kebanyakan jatuh ke bumi. Inilah yang berlaku semasa 
pilihan raya di Arau 4 tahun yang lalu. Inilah tandanya pertolongan Allah telah tiba.

Aku terima panggilan dari Tok Ayah lebih kurang jam 2.30 pagi untuk ke stesyen minyak 
Caltex yang aku tak ingat lagi nama tempatnya sebab dah dapat tangkap 3 biji bas 
pengundi hantu syaitan. Oleh kerana yang ada kat markas selain dari mengawal semuanya 
tidur dengan nyenyaknya, maka aku terus call team kami yang ada di tempat yang di 
tugaskan. Aku bukan nak puji tapi kalau nak beri pingat maka team kampung akulah yang 
patut di beri pingat. Bukan kerana apa cuma mereka ni tak turun dari Bukit Uhud. Bila 
sampai saja di Caltex aku dapati 4 biji buah bas di sana. Semua penumpang bas telah di 
angkut masuk ke Anak Bukit dan yang tinggal hanya sebuah bas yang belum dapat masuk ke 
Anak Bukit. Petugas PAS semakin ramai ke situ. Aku berbual dengan seorang dari hantu 
yang di tahan tu. Katanya datang dari Gombak dan dipaksa datang ke situ dengan bayaran 
RM30 seorang. Bila susana jadi semakin tegang polis pun datang dan seperti biasa yang 
salahnya kamilah. Yang aku meluatnya tak seorang p!
un pimpinan PAS yang datang. Sekurang kurangnya ketua keselamatan mesti turut berada 
sama. Lepas tu terima lagi panggilan supaya ke Jitra pula kerana kat sana dapat 
tangkap lagi hantu. Belum lagi sampai kesana kami bertembung lagi dengan sebuah bas di 
hadapan istana Anak Bukit. Bas tu dapat di tahan juga tapi macam biasa bila polis 
datang maka lepaslah hantu tu dari botol. Aku dapat maklumat yang semua bas berada di 
stadium Darul Aman. Aku dah meluat nak ke sana kerana aku tahu tak guna kalau ke sana 
pun jika tak ada seorang pun pimpinan yang mahu turut serta lagi pun banyak lagi tugas 
yang aku mesti bereskan sebelum masuk waktu subuh. Aku terus ke Padang Hang untuk ops 
balas dendam. Sampai di sana kami di tahan oleh petugas di sana. Aku menunjukan pas 
dan menerangkan tujuan kami datang ke situ. Aku minta ketua pos di situ untuk 
memanggil semua petugas di situ untuk taklimat. Mereka agak terkejut bila mendengar 
ops yang kami nak buat malam tu. Mereka tak berani untuk beri ke!
rjasama dan minta aku berhubung dengan YDP. Aku berkeras untuk tidak berhubung dengan 
sesiapa pun kerana ops ni mesti aku selesaikan dalam masa 15 minit sahaja. Oleh kerana 
mereka tak mahu juga memberi kerjasama maka aku bersetuju berhubung dengan Tim Ketua 
dewan Pemuda PAS N.T. Nasib baik dia tak mangkok hayun macam depa. Dia memberi 
persetujuan untuk ops yang kami nak buat ni dengan syarat berhati hati. Tanpa buang 
masa kami terus jalankan apa yang dirancang tanpa di bantu oleh petugas yang ada di 
situ. Selesai tugas aku terus balik ke markas Gunung dan selesai solat subuh terus 
terlena sehingga jam 9.00 pagi.

Hari ini adalah hari penentu kepada keangkuhan parti kapir UMNO. Aku tak turun awal ke 
tempat mengundi. Setelah makan Tengah hari aku ke pusat mengundi di Sek.Keb.Gunung. 
Suasana di situ 50-50 perayu undinya. Aku tak mau turut serta dalam hiruk pikuk perayu 
undi dari kedua ­ dua parti tu. Lagi pun aku bersama Timbalan Pesuruhjaya, nanti apa 
katanya pula kalau aku terus maki puak puak UMNO ni. Dari situ aku bertolak pula ke 
pusat mengundi si Sek. Men. Sri Gunung dan sebelum sampai ke sana aku singgah di 
masjid untuk solat jamak. Sebelum masuk waktu sempat juga aku berbual dengan Imam 
masjid tersebut. Katanya dia adalah sepupu dengan syaitan bisu si Hamid Zainal Abidin. 
Bila aku Tanya dia sebelah mana, dia nampak tak berani nak tunjuk pendiriannya. Aku 
terus mendesak dengan cara baik untuk mengetahui Tok Aji ni Pas atau umno. Setelah isu 
agama aku tak boleh nak tackle aku masuk pula nasib bangsa Melayu di Pulau Pinang. 
Nampaknya dia sensitive pasal bangsa, lalu dia pun mula ce!
ramah kat aku pula betapa orang Melayu yang kena tindas sekarang. Last sekali aku 
Tanya kat dia apa yang dia nak undi nanti, terus dia kata mesti undi PAS.

Lepas solat aku terus ke Sek.Men. Sri Gunung. Waktu sampai di sana suasana berpihak 
kepada BN. Teruk juga perayu undi PAS kena kutuk. Perayu undi Pas di sana aku ingat 
ada tak sampai 50 orang termasuk muslimat. Walau teruk kena kutuk tapi aku salute kat 
budak budak muda ni kerana tak berganjak lansung di situ. Begitu juga dengan muslimat 
tetap berdiri umpama kelapa bali, tegak berdiri kental diri.

Waktu tu aku rasa perayu undi PAS kalah kerana kekurangan orang dan tak ada leader 
untuk membalas balik serangan dari UMNO. Kesian juga aku tengok perayu undi PAS 
dikutuk dengan si puteri UMNO ni. Apa pun semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka 
kerana berani di saf hadapan berbanding dengan Ustaz-ustaz pakar dekat Pulau Pinang 
ni. Dari sebelum hari penamaan calon sehingga habis pilihan raya aku tak jumpa pun 
Ustaz-ustaz pakar yang bising dekat Masjid Batu (masjid Batu adalah masjid yang paling 
top kuliah di Permatang Pauh) Aku tak bermaksud ustaz pimpinan Negeri Kedah dan Pulau 
Pinang yang mengajar di situ. Yang aku jumpa di sana ialah ustaz Zakaria Hamzah, Ustaz 
Fahmi dan  lain pada tu mungkin mereka sibuk dengan kuliah. Aku confirm ustaz mangkok 
hayun yang penakut dan penting diri sendiri ni aku tak pi punya kuliah depa. Mengapa 
pula aku nak belajar dengan mereka sedangkan aku ni lebih alim dari mereka. Inilah 
golongan ustaz yang selalu memandang rendah kepada golongan!
 pemuda. Bagi mereka yang baik ialah yang selalu datang ke masjid dan yang selalu 
hadiri kuliah mereka sedangkan kerja kerja peringkat bawah ni mungkin bagi mereka 
hanya layak untuk orang orang yang tak alim seperti mereka.

Suasana mula berpihak kepada PAS bila semakin ramai perayu undi PAS berkumpul di situ. 
Ustaz Zakaria meneruskan dengan selawat dan takbir. UMNO mula rasa tersentak dengan 
alunan selawat dan takbir. Yang sempoinya ustaz Zakaria berselawat dengan mengunakan 
pembesar suara. UMNO makin sunyi dan ramai juga yang telah mengundur ke belakang. 
Melihat keadaan UMNO yang makin suram aku pun mencapai pembesar suara untuk pulangkan 
paku buah keras dengan menhentam dan nyanyikan lagu “kesian dia” yang UMNO nyanyikan 
pada petugas PAS sebelum ni. Merah padam muka pemuda UMNO dari Perak ni. Apa pun si 
puteri tetap tak berganjak walau dah ada yang menangis kerana tak tahan kena kutuk. 
Jam 5.00 petang masih ada pengundi yang datang mengundi di saat saat akhir. Peratus 
mengundi meningkat sehingga 80% lebih pada hari tu. Aku cuba berhubung dengan 
petugas-petugas di tempat lain dan harapan untuk menang cukup cerah. InsyaAllah kalau 
menang aku dah benazar nak puasa 3 hari. Perayu undi PAS mula me!
rampas tempat petugas UMNO dan polis terpaksa campur tangan dengan meminta semua 
perayu undi PAS ke seberang jalan semula. UMNO mula nampak tanda tanda kekalahan. 
Kalau sebelah pagi mereka garang tapi dah mula sunyi di sebelah petangnya dan akhirnya 
tepat jam 5.30 petang semuanya datang ke petugas PAS untuk bersalam dan memohon maaf. 
Bagi orang PAS biasala kalau dengan lembik tengkok orang UMNO ni. Sedangkan Anwar yang 
berbelas tahun maki dan caci PAS pun dia orang maafkan inikan pula pemuda UMNO yang 
tak tahu apa-apa.

Setelah selesai proses mengundi aku terus pulang ke UPU Gunung dan bersiap untuk 
pulang. Apa pun aku akan pulang bila dapat tahu keputusan. Selesai saja solat aku 
terus berada di hadapan TV tapi yang diberitakan bukan keputusan pilihan raya tapi 
cerita PAS buat ganas. Aku tahu dah kalau begini ceritanya dah confirm PAS menang. 
Kami ambil keputusan untuk tidak terus menanti keputusan dari TV kerana aku tahu dah 
yang PAS menang di Anak Bukit dan Pendang. Dengan kibaran bendera kami konvoi pulang 
ke Pulau Pinang. Di sekitar Alor Setar kami dilambai oleh seluruh warga Alor Setar tak 
kira Melayu atau Cina yang berada di sekitar Bandar Alor Setar. Kami ambil keputusan 
untuk pulang melalui Pendang.

Suasana di Pendang tak seperti di Anak Bukit. Hairan juga mengapa jadi macam ni, tak 
menang lagi ke PAS? Di markas besar Gajah Mati pun keadaan tidak ceria. Aku terima SMS 
dari seorang kawan yang PAS dah kalah di sana dengan majoriti 200 lebih. Aku nafikan 
berita tu mana mungkin PAS kalah di Pendang.Bila tiba di Tol Gurun aku dah tak boleh 
nak memandu kerana terlalu mengantuk, jadi aku bertukar dengan kawan aku untuk memandu 
ke rumah. Lepas pada tu aku dah tak sedar sehinggalah sampai di depan rumah. Sah PAS 
kalah di Pendang. Apa yang nak dikata. Sedih betul bila dapat berita ni. Tak apalah 
dah Allah takdirkan kita tak menang nak buat macam mana.

Apa pun PAS tak perlu nak salahkan UMNO kerana kekalahannya di Pendang. Bukan PAS tak 
tahu yang UMNO akan buat apa saja untuk menang.PAS patut sedar ini dari awal lagi. 
Pimpinan peringkat pertengahan perlu buang tabiat berlagak dengan jawatan yang di 
amanahkan. Aku kesal betul bila Tok Ayah beri laporan kepada ketua keselamatan Pulau 
Pinang Mejar ***** tentang bas penghuni hantu yang di tahan dia menjawab “Anta tak ada 
kuasa untuk menahan mereka”. Bayangkanlah penat lelah berjaga sepanjang malam tidak di 
hargai olehnya. Pimpinan peringkat pertengahan jangan terlalu sombong dan berada di 
markas MTD sahaja. Turunlah tengok kami yang dikatakan nangoi ni di bawah. PAS juga 
perlu ingat bahawa peperangan itu tipu daya, jadi jangan jadi penakut untuk buat 
sesuatu yang bertentangan undang-undang.

Akhir sekali aku mohon maaf kepada semua yang aku kutuk dalam ruangan ini. Tak 
kisahlah kalau nak kata apa pun. Kalau nak hantar virus pun hantarlah sebab aku cuma 
buka address email ni di cyber café. Aku juga ucapkan terima kasih pada semua yang 
terlibat dalam pilihan raya ni, semoga Allah membalasnya dengan balasan pahala yang 
berlipat ganda. Terima kasih pada Dr Zaliha (Ketua Wanita Keadilan Johor) dan S/Unya 
kerana terlalu baik dengan aku. InsyaAllah kalau you all datang Penang I belanja nasi 
kandar kat Desa Damai. Terima kasih kepada yang menimfakkan duit minyak kereta aku 
semasa bertugas di sana. Terima kasih kat mak aku yang sentiasa doakan keselamatan aku 
di sana. Terima kasih pada pemuda yang berani kehadapan berbanding dengan ustaz yang 
berani dalam masjid saja. Terima kasih Ana, Syukry, Izatul, Muhyidin kerana sentiasa 
bersama. Terima kasih penduduk Pendang dan Anak Bukit kerana mengundi PAS. Terima 
kasih Keadilan kerana ceramah tanpa henti. Terima kasih tukang ma!
sak kerana sentiasa mensajikan makanan yang lazat di sana. Terima kasih untuk semua.

Sekian

Keluang Man 
[EMAIL PROTECTED] - 25.07.2002


http://marhaen0.tripod.com/mar_a_pelbagai386.html

















 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke