Lagi bukti usaha kerajaan BN untuk MENGHALANG perlaksanaan hudud...
 

Polis tak perlu patuhi arahan kuat kuasa takzir

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kerajaan Pusat tetap tidak mengiktiraf penguatkuasaan enakmen undang-undang syariah takzir yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas Terengganu kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan kehendak Islam sebenar.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rais Yatim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu mematuhi arahan kerajaan negeri berkenaan kerana ia tidak mendapat persetujuan Kerajaan Pusat.

Kerajaan Pas Terengganu, tegas beliau, sebenarnya tidak berhak mengeluarkan arahan kepada polis supaya menguatkuasakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) negeri itu.

Katanya, arahan kerajaan negeri itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana polis tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

``Apatah lagi kesahihan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Terengganu itu masih dipertikaikan.

``Perlu ditekankan bahawa polis tidak terikat dengan arahan mana-mana kerajaan negeri. Lebih penting, undang-undang yang dicipta oleh Pas itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm


_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke