Begin forwarded message:

From: [EMAIL PROTECTED]
Date: Sat Aug 10, 2002 12:43:52 PM Australia/Perth
To: Warga Kampus Kesihatan USM <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [USERS] fwd:100 sebat boleh ubati penghidap HIV,
Reply-To: <[EMAIL PROTECTED]>

sumber dipetik dari Berita Harian 9/8/2002:
  
KOTA BHARU, Khamis – Saintis Islam yang melakukan penyelidikan mengenai hukuman 100 kali sebat terhadap penzina yang belum berkahwin, mendapati cara itu boleh mengubati HIV dan Aids.
 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata hukuman itu wajar dikenakan terhadap penghidap penyakit berkenaan jika terbukti
melakukan kesalahan itu kerana mereka mempunyai sel yang mampu melawan penyakit berkenaan.
 
Beliau berkata, ini kerana antibodi T4 Limfosit bagi orang belum berkahwin masih bertenaga, tetapi apabila diserang HIV atau Aids, antibodi itu akan musnah.
 
Katanya, serangan itu menyebabkan sum-sum tulang belakang lumpuh dan gagal menghasilkan sel T4 yang baru menyebabkan sindrom kurang daya tahan penyakit menyerang.
 
“Pesakit seperti ini masih mempunyai peluang disembuhkan tetapi dia mesti didera dan badan mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi merangsang sel T4 yang baru dan boleh menyembuhkan Aids selepas antibodi T4 Limfosit dihasilkan,” katanya.

Reply via email to