*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inshallah orang yang hatinya terbuka kepada kebenaran yang nampak
kebenaran tapi sesetengah mereka ini menelan apa yang disogokkan oleh
media masa tv, akhbar dll nya tu.. they just take things at face value dan
membutakan mata yang celik (buta betul-betul nanti baru tau!! atau hati
telah dibutakan? na`uzubillahminzalik..), obviously text ucapan penuh Us
Nik Aziz mereka tak berani nak keluarkan sebab takut nampak pula
kebenerannya kata-kata beliau nanti..
hmm apa hukumnya mereka yang menyembunyikan kebenaran ya.. saya yang tak
berapa reti tentang hukum nak tau sangat laa..

Sudi apa kiranya lah sdr Syazana berkongsi pendapat dan `ilmu' sdr untuk
saya yang kurang berilmu ni.. silakan...??!!!
Well.. syazana am waiting...

Terima kasih.
Allah Hafiz..
am `zonked' as far as syazana is concerned.. :-)

-ZonKamariah


On Mon, 12 Aug 2002, Number wrote:

>
> KUALA LUMPUR 9 Ogos - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa umat Islam
> agar menghormati dan menghargai peranan alim ulama seperti Mursyidul Am Pas,
> Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
>
> Yang Dipertuanya, Abd. Ghani Samsudin berkata, ini sesuai dengan peranan
> mereka mendidik orang Islam termasuk rakyat Kelantan dengan pendidikan
> agama.
>
> Sehubungan itu, beliau berkata, penghargaan kepada ulama rabbani seperti
> beliau perlu dipertahankan demi kebahagiaan bangsa Melayu dan umat Islam.
>
> Justeru, beliau meminta golongan media massa agar menamatkan segera penipuan
> sebelum hukuman Allah melanda seluruh umat Islam.
>
> ``PUM menyeru umat Islam supaya lebih berhati-hati membaca berita dari media
> massa.
>
> ``Ini kerana, ilmuan agama yang berijazah dan ikhlas adalah berautoriti
> untuk memahamkan tafsiran Al-Quran, istilah agama dan nama-nama Tuhan,''
> katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
>
> Abd. Ghani mengulas kontroversi yang ditimbulkan media sejak kebelakangan
> ini mengenai pendirian PUM mengenai isu Islam dan istilah samseng yang
> digunakan terhadap Allah oleh Nik Aziz.
>
> Menurut Abd. Ghani, terdapat gaya pengucapan yang disebutkan dari sudut
> balaghah sebagai musyakalah iaitu satu cara untuk menangkis dengan
> tempelakan yang meminjam istilah lawan tanpa bermaksud untuk memberi makna
> sama dengan istilah tersebut.
>
> ``Sebab itu Allah berfirman di dalam surah seperti Al-Baqarah ayat 15, ayat
> 194, surah Imran ayat 54, surah al-Taubah ayat 79.
>
> ``Dalam ayat berkenaan Allah menghina serta mempermainkan orang kafir,
> menceroboh dan sebagainya,'' katanya.
>
> Kata beliau, dalam konteks musyakalah, Allah itu tidak dimaksudkan dengan
> menipu atau menyuruh orang menceroboh tetapi adalah untuk menunjukkan bahawa
> Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Berupaya.
>
> ``Allah serba maha dan lebih berupaya untuk melakukan kesamsengan untuk
> menutup mulut orang kafir,'' katanya.
>
> Tambahnya, begitu juga dengan pengertian al-Mutajabbir, al-Mutakkabir dan
> al-Muntaqim yang menjelaskan makna nama tersebut bahawa Allah lebih samseng
> dari segala samseng.
>
> ``Dengan itu, maka tidak salah kalau ulama mentafsirkan bahawa Allah lebih
> samseng supaya menimbulkan keinsafan tentang martabat manusia,'' jelasnya.
>
>
> Pengirim: "pakar rujuk"
>
>
>
> COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
> ---------------------------------
> Do You Yahoo!?
> HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

ZKW~
**Verily, only the remembrance of Allah do the hearts find rest


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Zon Kamariah Mohomed Wahie <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke