*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wmt. wbt.

Saya merasa terpanggil untuk menulis di ruang ini, walaupun agak lama juga tidak aktif.

Terpanggil kerana ada isu yang berkaitan TAUHID dan AQIDAH diperbahaskan secara bertali arus oleh media massa dan beberapa Ulama’ yang menjadi penyambung lidah syaitan dan dajal (menggunakan istilah Tuan Hj. Abd. Ghani Samsudin).

Isu “Allah lebih samseng dari segala samseng-samseng!” yang dipopularkan oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, sudah lama menjadi perhatian saya. Dan rumusannya saya begitu faham, tahu dan begitu menghayatinya maksud hakiki di sebalik istilah tersebut. Lantas daripada itu saya MEMBENARKAN segala apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru.

Beliau menggunakan pendekatan ilmu tauhid / usuluddin yang merupakan sebahagian daripada Ilmu KETUHANAN (yakni tasauf). Tafsiran mengikut “musyakalah”.

Saya tidak akan menghuraikannya lagi, kerana segala jawapannya sudah diperjelaskan di dalam dada-dada akhbar, kuliah dan ceramah oleh Tuan Guru sendiri dan Yang Dipertua PUM. Mereka lebih “authority” daripada saya yang hanya insan biasa.

Sebab itu saya sebelum ini selalu menekankan agar kembali kepada mempelajari dan menghayati ilmu ketuhanan ini. Hanya dengan cara ini sahaja kita akan dapat lebih “mengenali dan mengabdikan diri” kepada PENCIPTA!

Itu baru sikit Tuan Guru Nik Aziz “melatah”! Samalah juga dengan “melatah”-nya Mansur al-Hallaj dengan pengucapan “Ana’l Haq” (Akulah YangBenar)!

Hakikatnya, orang yang menyatakan tentangan terhadap pengucapan Tuan Guru Nik Aziz itu (berkenaan isu Allah Samseng) mereka adalah PENDUSTA AGAMA! Atau inilah yang dikatakan “jahil wara’”. Belajar ilmu tauhid, tetapi tidak belajar habis-habisan… tidak betul-betul tahqiq dengan pengisian sebenar yang ada di dalam ilmu tersebut.

Kenyataan ini samalah dengan orang-orang yang menentang jalan KESUFIAN!

Ramai dikalangan kita ini, hebat-hebat belaka ilmu mereka..lulusan Azhar, Texas, Harvard, Jordan dan entah apa-apa lagi lulusan. Tetapi “mandul ilmu”! Sebab apa??? Sebabnya ilmu yang dituntut itu tidak diamalkan (praktik)! Macam mana ilmu itu nak beranak (bercambah)???

Akibatnya, timbullah tafsiran-tafsiran yang sempit dan hujjah-hujjah yang malang. Menghukum orang lain atas kapasiti ilmu orang itu tidak sehaluan dengan kehendak ilmu mereka yang kaum menentang ini. Inilah masalah yang paling besar berlaku sejak dari dahulu lagi. Di zaman-zaman Sahabat dan ahli Sufi.

Berbalik kepada persoalan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tersebut, kepada rakan-rakan yang meminta pandangan saya; secara peribadi saya MEMBENARKAN tentang apa yang diucapkan beliau (Allah Samseng) dari sudut musyakalah! Ini kenyataan peribadi saya. Jikalau ada rakan sealiran yang tersinggung, saya minta maaf!

Saya MEMBENARKAN bukan atas dasar kapasiti Dato’ Nik Aziz sebagai seorang TUAN GURU atau Mursyidul Am PAS! Tatapi atas dasar KEBENARAN ilmu Allah yang dihidupkan beliau, dizahirkan beliau dan ditajallikan beliau!

Zaman sekarang bukan zaman yang perlu kita sorok-sorokkan kebenaran tentang ilmu Allah ini. Kena “open” habis!

Zaman HIDUPKAN ILMU, ZAHIRKAN ILMU DAN TAJALLIKAN ILMU!

Tetapi tidak semudah itu! Jadi, pelajari dan tuntutlah ilmu Ketuhanan selagi hayat dikandung badan!

Seperkara lagi, ketika ini sedang berlangsungnya “Seminar Antarabangsa Dakwah Dan Tariqat Tasawwuf” dari 17-19 Ogos, 2002 (hari ini merupakan acara terakhir). Anjuran Jab. Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Para pembentang kertas kerjanya terdiri daripada beberapa ahli akademik dan organisasi yang terlibat secara langsung dalam aspek dakwah dan tariqat tasawwuf daripada pelbagai negara.

Interesting juga seminar ini. Lebih interesting lagi jikalau penentang tariqat atau kesufian menghadiri majlis seminar ini. Dari situ mereka boleh bersoal jawab secara langsung tentang apa-apa yang mereka begitu jahil!

Fikirkan dan renungkanlah Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.”

[Al-Rad : 4]

Wallahu ta’ala a’lam…….

Al-Fakir Ilallah – Abdul Jamil Lam Al-Qadiri



Send and receive Hotmail on your mobile device: Click Here
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke