Saya sayang Malaysia, negara tercinta.

Malangnya jika kita kibar bendera Malaysia di kereta, rumah atau pejabat kita dianggap bersetuju dangan kezaliman dan kejahatan Diktator Mahathir.

InsyaAllah saya akan kibar semula setelah keadilan kembali di Malaysia.

 

 

 

 

 

Analisis: Mengapa Selepas 1998 Tema "Keranamu Malaysia" Tidak Berubah?

Mengapa anda tidak kibar Jalur Gemilang?

JAWAPAN KENAPA RAKYAT TIDAK KIBARKAN BENDERA

Kalau kita mengimbas kembali sambutan hebat rakyat Malaysia mengibar bendera sempena 31 Ogos adalah pada tahun 1998. Pada tahun itu jualan bendera samada untuk dilekat pada kenderaan atau tempat kediaman serta pejabat mendapat sambutan paling hebat. 

Tahun itu (1998) sambutan malam kemerdekaan diadakan di Pulau Pinang. Hebat Tahun 1998 kita telah saksikan remaja dan penjual bendera mendapat durian runtuh kerana sebahagian besar rakyat Malaysia berlumba-lumba membeli bendera. Terdapat banyak kereta yang melekatkan hampir 10 bendera di atas bumbung keretanya.

Penjual bendera di Lembah Kelang bersusun di bawah payung di tepi jalan raya untuk menjual bendera dan rakyat pula dengan megah dan senang hati memberhentikan kereta untuk membeli bendera. Semua itu telah berlalu. Peristiwa kezaliman pemerintah terutama BAKAL BEKAS PM Dr Mahathir terhadap Anwar Ibrahim, reformis d! an parti pembangkang bermula September 1998 menjadikan 31 Ogos 1999 disambut hambar oleh rakyat dan kempen kibar bendera disambut dingin.

Bermula dari 1999 rakyat mula tidak ambil kisah untuk mengibar bendera maka pada tahun itu sebahagian kecil rakyat yang mengibar bendera hanya kerana diberi percuma atau kerana kereta mereka dilekatkan bendera oleh pihak tertentu. Pada tahun itu MBF Finance menaja beribu-ribu bendera secara percuma. Penjual bendera ditepi jalan sudah tidak ada lagi. Rakyat sudah tidak berminat untuk bermegah dengan mengibar bendera. 

31 Ogos 2000 pula sambutan mengibar bendera menjadi semakin merosot. Tahun 2001 semakin berkurangan dan parah apabila rakyat tidak menyahut seruan pemerintah supaya mengibar bendera pada kenderaan atau pun tempat kediaman. Mat-mat motor tidak lagi berbondong-bondong membawa bendera berkumpulan dengan motor masing-masing apabila detik 12 malam 31 Ogos bermula. 

Di KL gelagat mat-mat motor ini suda! h tidak ada lagi seperti tahun-tahun sebelum 1998. Malam 31 Ogos sudah hambar... Tahun ini 2002 keadaan yang kita lihat bertambah parah. Kalau kita menghitung kenderaan di jalan raya, setiap 300-400 buah kenderaan (termasuk kereta, bas, lori, motorsikal dll) kita lihat cuma satu atau dua sahaja yang mengibar bendera. Bermakna kurang dari 1% mengibar bendera. 

Tahun ini sambutan dingin amat ketara dan malap sekali. Anda sendiri dapat melihat dengan jelas. Tahun ini juga syarikat menaja bendera sudah tidak berminat memberi percuma. Ada orang telah membuat survey dan telah bertanya 600-700 orang dari semua golongan remaja, dewasa dalam kategori berbagai masyarakat hingga ke pemandu lori dan teksi. MENGAPA TIDAK MENGIBAR BENDERA? Sebahagian besar 47% mengatakan sudah fed-up dan enggan mengikut segala saranan pemerintah.

38% Sudah tidak berhasrat atau hilang berminat untuk mengibar bendera. 9% kerana tidak mendapat bendera percuma dan 6% sebab-sebab lain. Apabi! la ditanya JIKA DIBERI BENDERA PERCUMA ADAKAH ANDA AKAN PASANG BENDERA? 11% akan pasang pada kenderaan. 19% akan pasang di rumah.

13% tidak akan pasang bendera. 57% akan pasang lain tahun jika sikap pemerintah berubah ke baik dan adil untuk semua rakyat. DULU ANDA KIBAR BENDERA TAPI SEKARANG MENGAPA ANDA ENGGAN? 0% untuk jawapan anda bukan patriotik dan anda tidak cintakan negara. 27% memilih memang saya sudah hilang minat. 58% memilih sebab silent protes terhadap dasar pemerintahan hari ini yang menjurus kepada penyelewengan dan salah guna kuasa. 15% memilih sebab-sebab lain-lain. 

APAKAH ANDA RASA KITA BENAR-BENAR MERDEKA? 4% bersetuju kita merdeka sepenuhnya. 19% kita dijajah dalam bentuk baru. 61% memilih kita masih dihalang kebebasan media, kebebasan bersuara dan kebebasan politik. 12% Kita belum mencapai kemerdekaan yang sebenarnya. 4% Sebab-sebab lain. Inilah survey secara rambang dan terhad yang telah dibuat. Kita boleh membuat survey mengikut cita! rasa kita sendiri.

Laman-laman web boleh buat poll untuk semua pengunjung mengundi. Masa masih ada. Persoalan yang belum terjawab Tema 1998 "Negara Kita tanggung Jawab Kita" kenapa selepas 1998 sudah bertahun-tahun temanya "Kerana mu Malaysia"??

 

 

 



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs
Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT

Reformasi-Malaysia:  Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia :  A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED]


Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

Kirim email ke