*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cuti baru nie saya balik kampong asal tempat kelahiran
saya. Rumah arwah org tua yg dah tak dak sapa duduk
makin tua dan usam; atap2 rumbia di bahagian dapur dan
atap zink di bahagian serambi dah banyak yg terkopak
dipukul angin; dinding rumah yg dibuat dari anyaman
buluh nampak kian kusam dan mula mereput. Bila-bila
masa saja boleh menyembah bumi.

Dulu ada cakap kat mak nak robohkan rumah tu, sedekah
kayu apa yg patut kat orang kampong. Mak yg sudah
tidak tinggal lagi di kampong itu cakap tak payahlah,
rumah tu ada nostalgia tersendiri buat beliau. Lalu
kami akur.

Hari Jumaat tu, pagi2 lagi kami ke kubur arwah
ayahanda tercinta; ketika menjadi tekong untuk adik2
membaca yassin dan tahlil di pusara beliau, baru saya
terperasan yg semua yg ada di situ semuanya yg lelaki,
adik2 saya yg pompuan seorang pun tak nampak.

Kemudian, teringat masa mandi mayat dan usung jenazah
allahyarham tempoh hari; kami si lelaki 6 orang inilah
yg melakukan itu semua sementara adik2 yg pompuan
sibuk dgn urusan keluarga; lagi pun dalam masyarakat
kg macam tu, memang mereka tak mengharapkan kaum
perempuan ke hadapan. Mereka juga punya bahagian kerja
mereka masing2.

Cumanya; bila mengenangkan diri saya sendiri yg punya
anak lelaki cuma dua orang yg selebihnya perempuan,
saya mula mencongakkan mungkin sudah tiba saya
menambahkan jumlah anak2 lelaki saya itu, kalau tak
ramai pun sekurang2 menyamai jumlah kami lelaki enam
beradik nie. Harap-harap jenazah saya nanti merekalah
yg akan mandi, sembahyang dan usungkan.

Lalu, saya pun membisikkan hasrat hati kpd sang Ratu
Isteri dan beliau pun tak kisah sebenarnya kerana jika
ikut kemampuan, insyaallah lebih dari sedozen anak pun
kami mampu.

Ala, orang tua saya yg sat-sat buat bendang sat-sat
menoreh getah dan mak full time housewife tu pun boleh
sara kami 9 beradik....sampai boleh mengaji tinggi,
siap boleh buat homepage lagi; inikan pulak kami suami
isteri yg sama-sama kerja; insyaallah boleh lah kot!

(Saja sebut homepage sebab zaman la nie sesetengah
orang tunjuk terror dengan dok canang merata jalan
kata dia ada dia punya homepage sendiri!)

Lalu, kami pun buat planninglah nak dapat anak lagi,
dok harap dapatlah anak lelaki; kalau pompuan pun tak
apa aih, terima saja mana yg mai.

Cuba punya cuba (setelah lama 'bersara' sebab tak mau
mengganggu kerjaya kononnya); aik, awat tak
dapat-dapat lagi? Kalau dulu, masa mula2 kahwin dulu,
di awal2 tahun usia perkahwinan dulu, bukan main
sensitifnya....sekurang2nya 5 tahun yg pertama,
pantang 'bertemu', mesti lekat punya!

Selepas itu, macam2lah jenis protection yg dicuba!

Last-last bila kita betul-betul nak anak, aik dia tak
mau mai pulak!!

Maka, betullah kata orang alim:

"Jodoh, ajal maut dan rezeki tu di tangan Tuhan!"

Selama ini kita dok ingat nak dapat anak mudah saja;
bagi "bertemu" dua-dua pihak, jadilah ia!

Rupa-rupanya, tak semudah itu!

Menyesal rasanya kerana di zaman kami tengah 'manis
dan muda' dulu, kami bukan saja tidak mahu mencuba
tapi berusaha menyekatnya. Kini bila nak, dia tak mau
datang pula!

Kerana itu, kpd rakan-rakan dalam Hizbinet nie,
terutama kpd yg masih muda, yg baru mendirikan
rumahtangga atau pun masih dalam peringkat 5 lima enam
tahun berumahtangga; janganlah 'berprotect-protect'
sangat; kelak bila dah hampir senja nanti, bila tengok
orang lain dah ramai anak, waktu tu baru nak
mencuba....dah terlewat, baru nak terasa!

Kita Manusia, Hanya Mampu Merancang, Allahlah Jua Yang
Menentukan Segala-gala.....

KuNiq Bendang Perdang 






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
http://finance.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to