*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
orang gila akan membuat kajian gila yang berkeputusan gila dan dilaporkan oleh akhbar 
gila yang diketuai oleh orang gila untuk tatapan orang gila untuk menggilakan orang2 
lain macam dia gila. 

--- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>>Kajian kadar perceraian mendapati orang Melayu adalah golongan paling
>ramai bercerai berbanding kaum lain dengan Kelantan mencatatkan jumlah
>terbesar iaitu seramai 1,104,324 orang atau 93.4 peratus daripada jumlah
>keseluruhan penduduk.
>
>BETUL KE NI???
>Sekiranya Kelantan mempunyai seramai 1,104,324 orang yang bercerai iaitu
>93.4 peratus daripada penduduknya, 
>adakah ini bermakna lebihan 6.6 peratus itu terdiri dari kanak-kanak yang
>dibawah usia perkahwinan???
>Adakah ini bermakna bahawa hampir keseluruhan penduduk dewasa Kelantan
>adalah terdiri dari orang yang bercerai???
>
>
>
>Kemiskinan punca 1.1 juta kes perceraian di Kelantan
>
>
>KUALA LUMPUR, Ahad - Kajian kadar perceraian mendapati orang Melayu adalah
>golongan paling ramai bercerai berbanding kaum lain dengan Kelantan
>mencatatkan jumlah terbesar iaitu seramai 1,104,324 orang atau 93.4 peratus
>daripada jumlah keseluruhan penduduk.
>
>Dalam kertas kerja berhubung isu itu yang dibentangkan Masnah Mohd Zain,
>Mohd Zaki Zakaria, Norhayati Samba Mohamed, Roslina Salwani Shukri dan Wan
>Murshida Wan Hashim dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan,
>kemiskinan dikatakan menjadi faktor utama fenomena itu.
>
>Kertas kerja yang dibentangkan sempena hari kedua Seminar Penyelidikan dan
>Kepakaran UiTM Insights 2002 di sini hari ini, turut memaklumkan bahawa satu
>lagi faktor utama ialah Kelantan agak ketinggalan berbanding negeri lain
>dari segi ekonomi.
>
>Kata Masnah, berikutan peralihan daripada sebuah negara pertanian kepada
>negara penghasilan barangan industri, maka berlakulah perubahan taraf
>kehidupan dan sosial masyarakatnya berikutan kepesatan ekonomi yang
>men-jurus kepada keselesaan hidup masyarakat.
>
>"Walaupun perubahan ini membawa banyak kebaikan kepada masyarakat, ia juga
>menyebabkan bertambahnya keperluan material yang diperlukan sesebuah
>masyarakat, sekali gus menyebabkan terjadinya perkara yang negatif.
>
>"Antara perkara negatif yang dimaksudkan termasuk masalah perceraian di
>kalangan masyarakat yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak
>kerana masalah perceraian ini boleh menjejaskan kesinambungan corak
>pembangunan dan kestabilan negara pada masa hadapan," katanya.
>
>Jelas Masnah kertas kerja yang dibentangkan itu merangkumi pengumpulan data
>daripada fail perceraian antara 1993 hingga 1998 selain temu bual dengan
>pegawai mahkamah syariah Kota Bharu dan Hakim Mahkamah Syariah Machang.
>
>Tambah beliau, jajahan Kota Bharu dipilih kerana kawasan berkenaan
>mencatatkan jumlah kes perceraian tertinggi berbanding kawasan lain. Temu
>bual dengan Hakim Mahkamah Syariah di Machang turut meliputi kawasan Kuala
>Krai dan Tanah Merah.
>
>Katanya, kajian terhadap 2,367 kes iaitu lebih kurang 20 peratus daripada
>jumlah penduduk sembilan jajahan di Kelantan, pasangan di mana purata
>pendapatan suami ialah RM586 untuk tempoh 1993 hingga 1998 adalah golongan
>paling ketara bercerai. 
>
>Golongan berpendapatan antara RM231 hingga RM460 adalah yang teramai sekali
>bercerai iaitu sebanyak 37.3 peratus bagi 1993, 1994 (42.2 peratus), 1995
>(35.4 peratus), 1996 (37.0 peratus), 1997 (31.4 peratus) dan 1998 (29.1
>peratus) berpendapatan antara RM231 hingga RM460 diikuti mereka
>berpendapatan RM230 atau kurang yang menjadi kumpulan kedua teramai.
>
>Kajian itu juga mendapati mereka berusia sekitar 20-an dan 30-an paling
>ramai bercerai kerana dalam usia yang muda, banyak keperluan keluarga harus
>dipenuhi dan tekanan beban kewangan keluarga boleh menggugat hubungan baik
>antara suami isteri.
>
>Sifat buruk pasangan seperti cemburu, tidak bertolak ansur dan tidak sabar
>menghantui mereka yang berusia muda kerana perkahwinan pada usia mentah
>menyebabkan perkahwinan itu menghadapi keadaan kurang stabil dari sudut
>ekonomi, pemikiran dan emosi. 
>
>Kawasan berkepadatan penduduk tinggi seperti Kota Bharu, Pasir Putih dan
>Pasir Mas mempunyai kadar perceraian tinggi berdasarkan peratus perceraian
>tiga jajahan berkenaan adalah lebih tinggi berbanding kawasan lain kerana
>keperluan kewangan keluarga bertambah berikutan kos sara hidup lebih tinggi.
>
>
>Keruntuhan rumah tangga perlu diberi perhatian semua pihak kerana masalah
>sosial berkait rapat dengan institusi keluarga yang turut meningkatkan
>ancaman gejala sosial di kalangan kanak-kanak. 
>http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20020826005903/Art
>icle/
>
>_____________________________________________________________________
>Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or 
>proprietary information. If you are not the intended recipient, 
>kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
>copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
>contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.
>
>This message has been checked for all known viruses by the 
>MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
>http://www.messagelabs.com/stats.asp
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

_____________________________________________________________
-------------------------------------------

All the intelligence of the internet 
http://www.intelbrief.com

_____________________________________________________________
Promote your group and strengthen ties to your members with [EMAIL PROTECTED] by 
Everyone.net  http://www.everyone.net/?btn=tag

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: hussin abdaziz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke