*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ZAinuddin Maidin arahkan RTM utk jaga AKIDAH rakyat?
Bagaimana program maksiat anjuran RTM yg sudah
berpuluh2 tahun disiarkan?

Surat: RTM sajikan ‘orang lembut’ menari di HMI
25 August 2002 BiPop Berita Minggu
Hantar kepada rakan | Format Pencetak 
SUDAH diketahui umum bahawa pada setiap malam Ahad
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyajikan rancangan
hiburan bersama artis kesayangan untuk tontonan seisi
keluarga iaitu Hiburan Minggu Ini (HMI). 

Sememangnya adalah diakui bahawa rancangan HMI dapat
menarik perhatian penonton yang amat menggalakkan
serta berjaya menghiburkan sebilangan besar penonton
di atas keberkesanan persembahan dari artis jemputan.
Namun saya tidak berapa menggemari cara persembahan
penari pengiring khusus untuk mengiringi persembahan
artis jemputan serta untuk memeriahkan suasana. 

Apa yang dikesalkan di sini ialah pengambilan penari
yang terdiri daripada golongan ‘lelaki lembut’ yang
menari mengalahkan penari wanita walaupun tarian yang
dipersembahkan sepatutnya tarian sebagai penari
lelaki. 

Apabila di pentas mereka membawa karektor sebagai
penari lelaki jadi tak perlulah untuk mereka
menipiskan kening, memakai pembayang mata, serbuk emas
(gold dust), memakai kemeja-T ketat serta menari
sambil melentikkan-lentikan tangan serta lenggok
mengalahkan penari wanita. Ini dapat disaksikan semasa
persembahan artis jemputan Aishah pada 14 Julai 2002
lalu.

RTM sepatutnya meneliti serta menilai pengambilan
penari pengiring supaya yang lelaki nampak tariannya
seperti lelaki dan wanita sebagai penari wanita.
Dengan ini barulah kita dapat melihat perbezaan
persembahan tarian di antara penari lelaki dan wanita.


Jikalau tarian kedua-dua jantina ini sama adalah lebih
baik digunakan penari wanita saja. Diharap RTM dapat
mengambil tindakan ke atas perkara ini kerana sebagai
sebuah badan penyiaran milik kerajaan janganlah anasir
negatif ini diterapkan di dalam rancangan hiburan yang
sedikit sebanyak dapat mempengaruhi penonton muda
serta menimbulkan rasa meluat penonton terhadap
rancangan HMI.

Insan prihatin,
Kuala Lumpur


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
http://finance.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke