Nik Aziz dan samseng
Ketika TV Malaysia memulakan isu Nik Aziz kata Allah samseng, saya mendengar
berita itu dengan senyum. Memang menjadi perangai Nik Aziz, semenjak
mengajar tafsir Al-Qur'an 25 tahun dulu suka menghurai tentang sifat-sifat
Tuhan begitu menakjubkan sekali, Bagi orang-orang tidak pernah hadiri
kulliah-kulliah tafsir beliau memang merasa hairan kenapa dia berkata
begitu.
Nik Aziz adalah seorang yang unik apabila mengajar tafsir. Dia mahu
pendengarnya benar-benar menghayati dan menyalami Al-Qur'an, supaya hidup
kita benar-benar menjiwai ajaran-ajarannya. Sebagai contoh, ketika Nik Aziz
menghuraikan ayat...
Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan penagungan yang semestinya
padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari qiamat dan langit
digulung dengan tangan kananNya... [Az-Zumar 39:67]
Saya masih ingat begaimana Nik Aziz m! emberi penekanan terhadap ayat ini.
Ramai manusia, apabila disebut tentang Tuhan, tidak merasa GERUN, tapi
tahukah kenapa Allah mahu menggambarkan bahawa Dia menggunakan tangan untuk
menggenggam bumi dan menggulung langit? Ayat ini menyebut Allah mempunyai
tangan. Nik Aziz memperingatkan kita supaya mengakui apa yang sebut oleh
Allah itu benar ...ya, Allah ada tangan, tapi tangan Allah tidak boleh
dibandingkan dengan manusia yang ada jari. Tangan Allah itu melambangkan
kekuasaaanNya.
Tambahan pula, dengan sebutan "tangan" Allah supaya kita manusia merasa
GERUN terhadap Allah. Jadi, Allah mahu menyatakan bahawa dia kuat dan hebat,
maka hendaklah manusia apabila disebut nama Allah, mereka patut tunduk dan
takut kepada Allah. Nik Aziz pernah menghuraikan...jika manusia yang angkuh
dan merasai diri mereka hebat, sila cuba genggam tanah bumi ini dengan
tangan mereka sendiri, berapa banyakkan tanah yang boleh mereka genggam??
Oleh itu, seo! lah-olah Tuhan menyatakan kepada kita ...hai manusia, sikap
sombong dan megah kamu tak ke mana-mana. Dengan perbuatan samseng dan angkuh
kamu, Allah tetap akan menggenggam kamu.
Ini juga memberi keyakinan kepada orang-orang yang ditindas dan dianiaya
bahawa mereka tetap akan dibela oleh Allah dan orang- orang yang jahat tetap
akan dihukum.
Nik Aziz juga, apabila menghuraikan tentang sifat-sifat Allah, dia menyebut
bahawa antara sifat-sifat Allah seperti Ar-Rahmaan (Maha Pemurah),
Ar-Raheem(Maha Penyayang), Al-Kareem(Maha Mulia) hendak kita meniru. Allah
suka beberapa sifat-sifatNya ditiru oleh manusia. Tetapi ada sifat-sifat
tertentu TIDAK BOLEH ditiru oleh manusia. Antaranya, sifat Al-Mutakabbir
(Yang Megah) dan Al-Jabbar (Yang Berkuasa Mutlak -untuk bertindak). Hanya
Allah sahaja yang memilik sifat-sifat Al-Mutakabbir dan Al-Jabbar. Oleh itu
Allah akan menghukum mana-mana manusia yang bersifat "mutakabbir" dan
"jabbar".
Terdapat! dua ayat dalam Al-Qur'an yang menyentuh tentang sifat- sifat
"mutakabbir" dan "jabbar".
1) ...ka_zaalika yaTba'u _llahu 'alaa kulli qalbi mutakabbirin jabbarin
..demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan
sewenang-wenang.[Al-Mukmin 40:35]
2)...al-azeez al-jabbaar al-mutakabbir ..
...Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala
Keagungan...[Al-Hasr 59:23]
Perhatikan sebutan yang sama digunakan terhadap manusia dan Allah, kecuali
terdapat "al-" alif lam ta'rif pada sifat- sifat Allah. Mengikut makna
bahasa arabnya adalah sama. Jika dianalisa makna dua perkataan itu, memang
makna kedua-kedua keadaan adalah sama. Jika kita maksudkan "jabbar" adalah
samseng, maka maknanya begitu juga pada Allah.
Akan tetapi, kita melihat kepada kenapa Allah menyatakan Dia ada "tangan"
dalam ayat [Az-Zumar 39:67]. Ia BUKAN bererti Allah mempunyai tangan macam
manusia. Ia adalah lambang kekuasaan mutlak pada Allah. Dia mampu! membuat
segala sesuatu, sama dengan tangan manusia mampu membuat perbuatan-perbuatan
yang terhad.
Apabila disebut manusia sebagai "jabbar", ia bermakna manusia yang sangat
angkuh dan jahat. Manusia "jabbar" ialah yang berbuat khianat dan menganiaya
manusia lain kerana dia memiliki kuasa politik dan penyokong yang kuat lagi
ganas. Kita patut ingat Allah juga bersifat "Al-Jabbar", ini untuk manusia
ia GERUN dan INSAF supaya jangan berbuat sesuatu sewenang-wenangnya tanpa
belas-kesihan dan tanpa anda undang-undang yang boleh menghalang mereka.
Mereka menyalahgunakan kuasa untuk menindas dan menyiksa manusia lain.
Inilah mereka yang Allah sifatkan sebagai "jabbar" (samseng) dan
"mutakabbir" (angkuh).
Oleh kerana Allah juga bersifat "Al-Jabbar", maka perangai dan sifat samseng
mereka pasti akan dibalas oleh Allah yang lebih hebat lagi - iaitu Allah
yang bersifat "Al-Jabbar". Hendaklah manusia yang samseng merasa gerun
terhadap Allah y! ang dikenali juga sebagai Al-Jabbar.
Sebab itulah, antara hikmah-hikmah kita mengenali sifat-sifat Allah,
termasuk Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir supaya kita insaf dan gerun kepada
Allah. Dengan sifat Al-JabbarNya, pasti Dia akan menghukum mereka yang
"jabbar" (samseng). Begitu juga di akhirat kelak, Allah yang bersifat
Al-Jabbar akan MEMAKSA semua manusia yang jahat masuk ke dalam neraka. Tiada
siapa boleh mempertikai kenapa Allah berbuat begitu. Mereka yang jahat dan
kafir akan dibakar dalam api neraka yang amat panas, dan neraka itu kekal
selama-lamanya. Tiada makhluk yang berani menyoal perbuatan Allah itu tidak
adil. Tiada kuasa yang boleh menghalang Allah, jika Dia memutuskan
orang-orang berdosa itu dilemparkan ke dalam neraka. Ini kerana Allah
bersifat Al-Jabbar. Hanya Allah sahaja yang layak bersifat dengan sifat
"Al-Jabbar". Manusia yang berperangai "jabbar" (samseng) akan ditentang oleh
Allah yang bersifat Al-Jabbar. Berhati-hati! lah, manusia "jabbar"!!!!


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke