Hampir 1,000 sertai PAS di Kuala Kedah
Monday, September 02 @ 11:59:15 MYT


Oleh HELMI KHALID
KUALA KEDAH, 2 Sept (Hrkh) - Hampir 1000 borang permohonan menjadi ahli PAS
telah diterima oleh PAS Kawasan Kuala Kedah sejak Pilihanraya Kecil Anak
Bukit, 18 Jualai 2002.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Ustaz Kassim Mat Isa kebanyakan
borang yang diterima adalah dari kawasan kubu kuat Umno selama ini.
"Kita terima dari Kampung Padang lalang, Taman Sri Putra, Kuala Kedah,
Simpang Empat Kuar, Taman Aman dan termasuk juga di Pantai Johor iaitu di
tempat yang mencetuskan kontoversi kononnya ada petugas PAS telah menyelak
kain," katanya.
Rata-rata di kalangan ahli Umno yang ditemui berkata, mereka telah sedar
dipermain-mainkan melalui TV terutamanya dalam isu ucapan Tuan Guru Nik Aziz
dan Mohamad Sabu.
"Bila kita dengar ucapan penuh ! oleh kedua-dua tokoh ini, baru kita sedar,
RTM telah putar belitkan ucapan sebenar," tegas mereka.
Sementara itu, menurut Ketua DPP Negeri Kedah, berlaku di Kuala Kedah
seorang petugas wanita Umno terus meminta borang PAS dari kakaknya setelah
mendengar ucapan penuh Mohamad Sabu.
Dijangkakan akan lebih ramai lagi akan menyertai PAS di Parlimen Kuala Kedah
dan beberapa kawasan yang lain, setelah Jabatan Penerangan PAS Kedah selesai
memberikan penerangan terperinci mengenai kedua-dua ucapan itu.
Bulan lalu, bapa Adun Anak Bukit, Cikgu Hamzah Ali bersama 99 orang yang
lain telah menyertai PAS dan beliau sendiri tidak menafikan kebanyakan yang
turut sama menyerahkan borang ekoran mendengar sendiri ucapan sebenar Tuan
Guru Nik Aziz.
Cikgu hamzah juga adalah bekas Setiausaha Umno Bahagian Kuala Kedah di era
calon BN yang tewas di Anak Bukit 18 Julai lalu, Zakaria Said.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture !


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke