*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pengundi Hantu Umno TKI :





Semasa lawatan saya ke Indonesia baru-baru ini, saya cuba menyelami
pergolakan dan perkembangan negara jiran kita tersebut, dengan harapan dapat 
diambil iktibar. Ketika itu, isu pemulangan PTI Indon (di sana disebut TKI - 
Tenaga Kerja Illegal) adalah topik hangat dan sering mendapat liputan Media 
Indon. Perbincangan mereka sentiasa terbuka, telus dan tiada 'censor'.

Hari Sabtu, pada 10 Ogos kira-kira jam 8.30 pagi, sedang saya menonton SCTV 
ruangan Nuansa Pagi, saya terkejut dengan topik yang diperkatakan, Iaitu 
'Peranan TKI (atau pekerja indon) dalam memenangkan kerajaan UMNO semasa 
pilihanraya'.

Berikut cerita penuhnya:

Rancangan dikendalikan oleh dua pengacara (lelaki dan perempuan), dan Mereka 
menjemput dua tokoh masyarakat indon untuk memperkatakan isu pemulangan TKI 
(PTI Indon).

Apabila ruangan dibuka untuk pendapat penonton, maka seorang pemanggil telah 
menelefon dan menceritakan yang berikut: (tidak ikut gaya bahasa indon 
sepenuhnya, maaf)

"Inilah nasib kami, apabila diperlukan kami dibela, diberikan imbuhan,
apabila tidak perlu, kami diperlakukan dengan kejam, dihalau, disebat dan 
sebagainya. Sedangkan dahulu, semasa pemilu (pemilihan umum pilihanraya) 
1999, kamilah yang diminta memangkah UMNO. Untuk itu kami dijanjikan dengan 
pekerjaan, ganjaran dan sebagainya. Kini, UMNO telah menipu kami. Inilah 
dasar kerajaan UMNO yang penipu.

Ingat, jika kami ke sana lagi, dan Diminta menjadi pengundi lagi pada pemilu 
akan datang, pasti kami akan Memangkah partai keadilan".

Yang menariknya, pihak pengacara langsung tidak memutuskan talian Pemanggil 
tersebut (bukan macam RTM/TV3, asyik2 talian 'terputus' bila ada soalan2 yg 
hangat). Inilah pengakuan sebenar pekerja indon, bahawa mereka memang 
menjadi pengundi hantu.

Awaslah, kini Pak Lah dah benarkan mereka kembali secara 'sah', maknanya
dikenakan syarat memangkah UMNO lah tu dlm pilihanraya akan datang.

Inilah pengalaman paling menarik saya di Indon.

-Abu Nawas-

2002-8-29pen1.jpg


**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**







_________________________________________________________________
Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to