*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dua tiga hari lepas, untuk pertama kalinya sejak zaman
Dinasour, aku diberi peluang untuk menatap majalah
URTV. Itu pun kerana adik pompuan aku hat remaja tu
mai rumah, entah mana dia beli majalah tu aku pun tak
tau.

Bila aku belek-belek lampiran majalah tu, muka surat
demi mukasurat, ish, terasa benar aih yg aku nie dah
tua benar dah. Aku tengok muka depan, tengok date dia
just nak confirm; tengok2 dah bulan Julai tahun 2002.
Betullah tu, memang lama benar aku tak tengok URTV.

Awat daknya, bila tengok gambaq artis-artis yg dok
posing sempoi-sempoi punya tu, aku dah tak kenal depa
tu sapa. Kalau tak silap aku ada 3 orang minah posing
kemain, dia tulih kata depa nie ratu-ratu Dangdut
Malaysia; ish ingatkan minah Indon sesat mai mana.

Sekali tu pulak, aku tengok ada satu mukasurat penuh
pasal sorang penyanyi lelaki nama dia tak silap aku
Fadzley ka apa ka; laa, mana mai pulak mamat nie, tak
pernah pulak aku dengaq ada penyanyi lelaki nama
Fadzley.

Habis saja go thru majalah URTV tu, aku terkedu
sekejap, bila aku tengok anak2 pompuan aku dok pot pet
pot pet dok layan makcik depa tu; terasa benar aku dah
tua dah, anak2 aku dah besar dah. Ish, cam na nie
kalau anak-anak aku dok pi jadi peminat URTV ka,
Mangga ka macam makcik depa tu, tak ke haru jadinya?

Kadang-kadang bila aku dok fikir, zaman la nie teruk
sungguh la. Bukan kata kat kedai buku saja ada
masalah; nie kalau hangpa masuk internet saja pun,
katakan masuk yahoo nak search pasal cara nak bela
ikan Lohan misalnya; tersilap tekan silap-silap dia
pop up mai screen kecik gambaq orang tengah dok dot
dot dot....haru aih!

Kat kedai VCD dan kedai sewa video atau gerai jual vcd
cetak rompak tok sah dok habag la; bagi isyarat kat
dia ehem, ehem ehem sikit, boleh la dapat hat core
punya. 

Sebab tu hari tu aku risau sungguh bila anak pompuan
aku hat darjah 3 tu bawak balik CD Hindustan dan
Kartun "Ice Age" ka apa ka, dia kata pinjam kat kawan
dia. 
Haru sungguh aih!

La nie, dah jadi cacamerba dah; semuanya tak dak sapa
yg boleh kawal dah, la nie antara kita dengan Iman
saja, hanyut iman hanyutlah insan.

Hari tu ada member aku, kerja dot dot dot di sempadan
Siam/malaysia; dia habag mai kata dia baru saja
berenti, cari kerja lain sebab tak tahan dah.

Aku tanya tak tahan apa?

Dia jawab:

"Mana tak tahan wei, depa dok kerja bagi habuan minah
siam saja; tension oii. Hang tau dak, hari tu sebab
nak bagi clear cepat bisness dia, tauke Cina di penang
nu bawak member2 aku 2 tiga orang pi kat satu tempat
di siam sana nu, di sana ada orang bagi mandi depa; yg
mandi depa tu pulak 2 orang pompuan siam untuk setiap
orang.....bogel lagi wei. Mana tak tahan!"

Alhamdulillah sahabat tu tidak kalah pada panggilan
nafsu dia; kalau saya di tempat beliau, sebaik-baik
sahaja pompuan siam yg no 1 tu usap paha kanan, yg no
2 pulak usap paha kiri....kira hanyut hayat tu
sajalah. Bini ke mana apa ke mana...

Ish, ish, ish tak sangka sungguh aih; payah jugak noh
nak cari makan di zaman Jahiliah la ni!!

Kuniq Bendang Perdang







__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
http://finance.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke