Assalamu'alaikum

Berita ANN (Al-Ahkam Network News - http://ann.al-ahkam.com.my)

Amerika menghantar kereta kebal ke Teluk dan kapal terbang ke Jordan

URL : http://ann.al-ahkam.com.my/cgi-bin/ann/viewnews.cgi?category=3&id=1031241035

Satu lagi kroni Al-Ahkam Online (URL baru al-ahkam : http://www.al-ahkam.com.my/forum )

wassalam
----

Amerika menghantar kereta kebal ke Teluk dan kapal terbang ke Jordan
"أمريكا تنقل الدبابات "للخليج" والطائرات "للأردن


IslamOnline - London - 5-9-2002

[Kapal pengangkut Kapal Terbang Amerika]

Pegawai Tentera Amerika mengumumkan bahawa pihak berkuasa Amerika pada minggu ini akan menghantar peralatan ketenteraan ke Kuwait bagi tujuan membantu meningkat prestasi beribu askar Amerika disana, sementara itu mereka akan menghantar pesawat pejuang ke Jordan dalam pertengahan September 2002.

Jurucakap tentera Mirk Holtz bercakap pada malam Khamis 5-9-2002 bahawa :

إن المعدات التي تتألف من 67 دبابة من طراز إبرامز إم-1، وآليات قتالية برادلي تم تحميلها الأربعاء 4-9-2002م على متن سفينة في مرفأ في جنوب شرق الولايات المتحدة


"Peralatan ini terdiri dari 67 kereta kebal jenis Abrams M-1 dan kenderaan bertempur jenis Bradley telah hantar pada hari Rabu 4-9-2002 di jeti pelabuhan di Tengara Amerika Syarikat."

Beliau juga berkata :"Sesungguhnya ia merupakan kargo yg terbesar dari peralatan ketenteraan Amerika dari yg telah tamat di hantar pada minggu-minggu terakhir ke Timur Tengah"

Tentera Laut Amerika telah bertukar ke kawasan Teluk dari Eropah pada bulan August 2002 dari beberapa kumpulan kereta perisai, lori tentera hingga ke pengangkutan tentera.

Berkata sumber di Jabatan Pertahanan Amerika :

إنه سيتم أيضًا إرسال مروحيات قتالية ومعدات وذخائر من الساحل الشرقي للولايات المتحدة إلى الأردن بين 13 و21 سبتمبر 2002م


"Mereka akan melengkapkan juga penghantaran Helikopter Bertempur, peralatannya dan juga ammunisi(letupan) dari Pantai Tenggara Amerika Syarikat ke Jordan antara 13 dan 21 September 2002."

Dari pihak lain pula berkata, Tentera Laut telah mengadakan kontrak dengan Syarikat Kapal Pengangkut di Norfolk, Virginia - untuk menyertai perjalanan bersiri selama 5 tahun bagi menyertai 8 buah kapal kargo yg belayar antara Amerika Syarikat dan Pulau Diego Garcia, pengkalan yg Amerika Syarikat gunakan di Kepulauan Chagos (Chagos Archipelago) ditengah-tengah Lautan India.

Kelihatan bahawa mereka telah meminimakan bilangan kereta perisai berat dari Pantai Tenggara Amerika ke kawasan Teluk yg mengambarkan pergerakan yg sama sebelum Perang Teluk tahun 1991, dan ia merupakan satu isyarat kuat bahawa Amerika sedang menyiap-sediakan tentera dikawasan tersebut sebelum mengarahkan tentera menyerang Iraq.

Ini bersamaan dengan waktu Presuden Amerika, George Bush datang mendapatkan sokongan ahli Kongres bagi melancarkan serangan terhadap Baghdad dan menjatuhkan regim Presiden Iraq, Sadam Hussein.

sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2002-09/05/article31.shtml

----

- terjemahan oleh - [EMAIL PROTECTED]

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2002



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke