Riuh rendah sekarang ni diseluruh pelusuk bumi Malaysia dengan suara-suara orang menyebut SAMSENG. Selepas TGNA mengupas erti dan makna Al-Mutakkabbir dan Al-Jabbar dengan jelas, maka lahirlah ramai SAMSENG dan geng SAMSENG yang nak tunjuk SAMSENG. Ada samseng nak dakwa la, memperburukkan TGNA dan bebaru ni kepala samseng tunjuk samseng dengan menyuruh TGNA bertaubat. Agakanya kepala samseng ni nak suruh bertaubat kat siapa ? Atau nak kena adakan lintas langsung pertunjukkan taubat di atas pentas Dataran Merdeka yang disertai dengan geng makyong Salam Pantai Timur ?
Ini termasuk isu SEBAT yang kononnya nak tunjuk samseng pada jiran serantau bahawa Malaysia juga ganas dalam menangani keganasan. Baru acah ajer nak laksana SEBAT, dah gelabah kepala samseng arahkan polis samseng siasat kes rogol budak Filipino 13 tahun oleh polis samseng sendiri. Kepala samseng ingatkan nak sebat orang Filipina, tapi lepas dengar kata Filipina nak hantar wakil datang intai kem tahanan PTI, dah kelam kabut !
Gelabah jugak timbalan kepala samseng sampai terseliuh kakinya bila melihat wak-wak parjo di Jakarta membakar bendera negara – Jalur Api Gemilang. Dulu masa memula nak laksana sebat, 52 orang kena tangkap di Johor, semalam 77 orang kena tangkap lagi, mana dia sebatnya ?? Tak dengar pun ? Atau nak tunggu Indonesia hantar ‘wakil’ bakar trak dan kereta peronda lagi ? Aku ingat Malaysia ni kena ‘ludah’ saja dengan Indonesia pun KO !
Begitulah al-kisahnya kalau TAK SAMSENG nak tunjuk samseng. Riak bukan main ! Allah dah beri keterangan untuk sebat orang melalui hukuman dalam Al-Quran. Yang engkorang memandai nak sebat tak tentu hal ni apasal ? Tu la, suruh mengaji tak mahu, suruh letak jatawan buat-buat nangis, suruh tengok ceramah agama - dia tengok filem 'combat' dengan cucu !
Jadi, pesan aku kepada kepala samseng dan timbalannya serta geng-geng samseng yang lain, dalami ilmu samseng sebelum nak tunjuk kat orang lain. Tapi ingat ! Sesamseng-samseng engkorang, ada lagi yang lebih samseng dari engkorang. Kalau tak didunia ni, diakhirat nanti engkorang jumpa. Masa tu baru korang tau dimana tahap samsengnya engkorang tuh !
Setakat ni korang tu samseng taik kucing saja!
Sekain~
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes