Berikut adalah petikan tulisan Hanan Alawiyah dalam Bicara Agama Utusan. Rasa nak tergelak berguling-guling bila Che Det dikatakan orang yang layak berijtihad. Any comment??

_______________________

Sepatutnya semua pihak faham dan sedar hanya Perdana Menteri selaku pemegang kuasa Wali al-Amri yang layak berijtihad sama ada hukum hudud sudah sampai masa dilaksanakan atau belum boleh dilaksanakan.

Bukan hukum hudud tidak wajib dilaksana, tetapi sebagaimana ibadat haji yang menjadi Rukun Islam, ia hanya wajib ke atas orang yang mampu.

Yang di-Pertuan Agong selaku Wali al-Amri diberi hak memilih Perdana Menteri yang diberi kuasa eksekutif iaitu kuasa Wali al-Amri.

Maka hanya Perdana Menteri yang berhak bertindak sebagai Wali al-Amri iaitu berkuasa mengisytiharkan peperangan, menjaga keamanan, mengeluar dan menjaga mata wang, mengutip cukai negara, menjaga kedaulatan kerakyatan melalui pengeluaran kad pengenalan dan pasport serta melantik duta ke negara asing dan menerima duta dari negara asing.

Kirim email ke