Apakah Bush mahu menjadi Abrahah
Monday, September 02 @ 12:19:31 MYT


Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif TIDAK diduga bahawa Abrahah di tahun gajah itu datang lagi
dan sudah berada di Amerika ketika bangsa itu begitu ghairah untuk menyerang
dan menakluki Iraq.

Abrahah adalah raja Yaman di zaman jahiliyyah, dengan angkatan tentera
bergajahnya menyerang Mekah untuk memindahkan Khaabah ke negaranya.
Kini telah tersiar berita betapa barat yang diketuai Amerika itu dicadangkan
supaya memindahkan Kaabah ke suatu tempat lain sebagai tindakan terhadap
Arab Saudi yang ditempelaknya mendalangi al-Qaeda dalam memushi Amerika.
Dan campur tangan terbaru Amerika terhadap agama dan ibadat orang Islam
seluruhnya ialah percubaan pentadbiran Bush mendesak Universiti Al-Azhar
supaya mengubah halatuju pembelajarannya antaranya tidak lagi mengajar jihad
men! gikut ketentuan al-Quran.
Perkara pertama, cadangan memindahkan Kaabah ke suatu tapak lain adalah
ancaman agresif, dengan sendirinya ia sudah lahir sebagai satu pencabulan
terhadap Islam dan sekali gus satu rancangan mahu mengubah kiblat umat
Islam.
Inilah niat dan percubaan Abrahah menjelang kelahiran Rasulullah SAW dulu.
Apakah Bush dan Blair mahu mengulangi sejarah pahit itu? Tidak mungkinkah
Bush adalah penjelmaan Abrahah? Atau Bush @ Abrahah?
Angkatan Abrahah terkenal dengan tentera bergajahnya dan Bush pula adalah
pimpinan Parti Republikan yang menjadikan gajah sebagai lambangnya.
Umat Islam terperanjat dengan kenyataan provokatif dan akresif Bush selepas
11 September yang mengaitkan perjuangan menentang keganasan sedunia adalah
lanjutan perang salib yang disebut 'crusade.'
Sampai sekarang Bush tidak membuat penjelasan sendiri dan jauh dari menarik
balik kata-kata permusuhan itu.
Justeru itu umat Islam seluruhnya berwaspada ! terhadap Amerika pimpinan Bush
dan masyarakat barat pimpinan Amerika.
Umat Islam pada umumnya menerima bangsa dan negara Amerika sebagai pihak
yang disegani dan mahu hidup bersama bagai yang dianjurkan oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu.
Umat Islam umumnya mengambil dan mempelajari yang baik dari barat dan mahu
hidup bersama dunia barat bagai yang PBB piagamkan.
Tetapi umat Islam terkilan dengan pentadbiran Bush yang serong terhadap
Islam.
Bush menyeret seluruh bangsa Amerika berkonfrantasi dengan umat Islam.
Umat Islam dukacita dengan pimpinan masyarakat barat yang terikut-ikut
dengan Amerika dalam mencurigai Islam.
Bush menghalang Amerika dan rakyatnya saling hidup bersama dengan umat Islam
dan Amerika menghalang tamaddun barat bergaul rukun dengan masyarakat Islam.
Bangsa Amerika dan umat Islam dunia boleh dikembalikan ke zaman Kennedy,
Nixon dan Carter jika pimpinan Bush ala Abrahah, ala Nazi dan ala Holly
Roman Empire d! apat diubah.
Masyarakat Islam dan masyarakat barat boleh dikembalikan ke era kegemilangan
PBB jika barat dapat melepaskan diri dari belenggu Holly American Empire.
Dunia barat pimpinan Amerika telah berjaya mengubah persepsinya terhadap
Yahudi dan menjalani satu kehidupan baru selepas perang dunia kedua. Ia
tidak lagi dihantui oleh kehidupan anti Samatik. Satu pengalaman baru dalam
masyarakat Amerika dan Eropah.
Mengapa barat tidak membuat satu kemajuan lagi dengan menukar persepsinya
terhadap Islam pula?
Globalisasi yang diutarakan itu agak membahagiakan jika barat setapak lagi
ke hadapan, selepas mengenepikan belenggu anti Samatik, ia mengenepikan pula
kebekuan anti Islamnya. Ia seperti menunggu masa untuk dilaksanakannya
melalui kempennya menyerang Iraq.
Jika Saddam itu ancaman kepada Amerika dan bangsa Iraq, biar bangsa Iraq
menghadapinya seperti Afghanistan menghadapi pencerobohan komunis Soviet.
Kalau Afghanistan boleh mengh! ancurkan komunis dan Soviet tanpa kehadiran
tentera Amerika, mengapa bangsa Iraq tidak boleh menghadapi Saddam
bersendirian?
Malangnya dasar Bush-Abrahah bukan sekadar hendak membebaskan dunia dari apa
yang dikatakan ancaman pengganas, tetapi ia bertujuan untuk mewujudkan
sebuah Holly American Empire atau Empiyar Amerika Raya di alam jagat ini.
Tidak mustahil kempen yang dimulakan di Baghdad itu akan bergerak ke Mekah
bagi menjadikannya sama seperti nasib kiblat pertama umat Islam iaitu
Baitulmaqdis sekarang.
Jika Quraisy menghadapi pencerobohan Abrahah dengan memulangkan kepada Allah
untuk memelihara Kaabah, tetapi setelah Islam disempurnakan, Kaabah akan
dipertahankan oleh mujahiddin dan para syuhada' dengan perkenan Allah.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Yahoo! - We Remember
9-11: A tribute to the more than 3,000 lives lost

Kirim email ke