*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wa`alaikumussalam

Saya akan cuba menjawab 2 persoalan tersebut:

1. Ilmu Allah menyingkap apa yang telah, sedang dan akan berlaku kerana
ilmu Allah tidak disekat oleh masa dan tempat seperti ilmu manusia.  Allah
memberikan kepada manusia 2 jalan.  Terserah kepada mereka untuk memilih
jalan yang baik atau sebaliknya.  Jika mereka pilih jalan yang tidak baik
atau sesat, mereka akan ke neraka.  Dalam hal ini Allah tidak boleh
dipersalahkan kerana setiap umat ada rasulnya yang memberitahu tentang
perkara tersebut.  Memang adil jika mereka yang memilih jalan sesat
menemui azab neraka.

2. Orang cakap ' Yang baik datang daripada Allah ...' kerana Allah
melarang hambanya melakukan kejahatan.  Allah tidak pernah menyuruh
hambanya melakukan perkara yang tidak baik.  Surah al-A`raf, ayat 28
bermaksud: "...Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan
perbuatan yang keji...".

On Tue, 10 Sep 2002, zulyatie wrote:

> Assalamualaikum para netters,
> 
> saya ingin bantuan untuk menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh rakan saya 
>dari agama Budha yang ditujukan kepada saya. 
> 
> 1. jika allah tahu perjalanan seseorang itu akan masuk neraka, kenapa allah masih 
>menjadikannya. Ini bermakna, Allah itu tidak berlaku adil kepada orang tersebut. 
> 
> 2. kenapa kita selalu dengar orang cakap, "yang baik dari Allah tapi yang jahat dari 
>saya" padahal allah taala maha mengetahui yang baik dan yang jahat. 
> 
> Harap para netters dapat tolong saya menjawab persoalan diatas kerana saya ni tidak 
>pandai memberi penerangan yang meyakinkan.
> 
> Sekian.
> 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Fatimah binti Ali <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke