*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamu'alaikum & salam sejahtera.

Saya tak tahu pasal hal di KLCC atau ladang nenas, tetapi adalah sudah 
menjadi perkara kebiasaan tokey-tokey menggunakan muslihat ini. Apabila tiba 
hampir projek siap dan sebelum tiba waktu membayar upah, maka tokey-tokey 
ini akan "melaporkan" kepada pihak berkuasa untuk mencekup PTI yang berkerja 
dengan mereka. Maka terlepaslah tanggungjawap majikan-majikan ini daripada 
membayar upah kerja.

Begitu juga kejadian peras ugut oleh anggota polis ke atas warga asing. 
Sudah agak berleluasa perkara ini terjadi, dimana warga asing diugut untuk 
menyedekah habuan kepada anggota-anggota polis tersebut. Yang perempuan pula 
diminta serahkan kehormatan mereka. Bukan kesemua anggota polis sedemikian, 
tetapi boleh dikatakan ramai jugalah yang bersedemikian.

Perkara-perkara di atas bukannya sekadar cerita rekaan atau cerita yang 
digembar-gemburkan, tetapi sebaliknya perkara yang memang berlaku secara 
berleluasa di Malaysia ini.

Allahu'alam.





>From: Hus Cokro <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* MU SEBAT MU MUSIBAT
>Date: Tue, 10 Sep 2002 18:53:19 -0700 (PDT)
>
>
>BANGI 10 Sept. - Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan hukuman terhadap 
>majikan yang mengambil pekerja asing tanpa izin sebelum ini kerana pekerja 
>terbabit sudah pulang ke negara masing-masing.
>
>Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, tumpuan kerajaan 
>kini ialah memastikan setiap majikan mengambil pekerja asing mengikut 
>undang-undang yang ditetapkan supaya pertumbuhan industri pembinaan negara 
>tidak tersekat.
>
> >>>>
>
>Setelah warga negara jiran diperah keringat mereka membangunkan pembangunan 
>negara dan dihantar pulang secara paksa, bekas majikan mereka yang kaya 
>raya sekarang ini menikmati kemewahan dilepaskan dari hukuman. Bukan apa 
>tu, PM kita ni bacul, takut dengan bekas majikan yang tu, mana ada majikan 
>Melayu yang setanding dan mampu serta berani nak ambil PTI melainkan bangsa 
>satu lagi yang sekarang monopoli ekonomi negara ? Kalau ada pun sorang dua 
>jer, kalau hidup pun 'nyawa-nyawa ikan' jer.
>
>Aku ada dengar kisah menyayat hati dari beberapa sumber, entah boleh 
>percaya entah tidak. Tapi sekadar berkongsi kerana kemungkinannya ada.
>
>--- Kisah tokeh kontraktor yang membina KLCC membuat aduan Polis mengenai 
>PTI di tapak pembinaan setelah siap 80 %. Polis membuat tangkapan 
>beramai-ramai dan menghantar mereka ke kem tahanan PTI. Tokeh 'terselemat' 
>dari 2 ancaman, satu ancaman bahaya imigresen satu lagi ancaman BAYAR GAJI 
>kepada mereka !!
>
>--- Kisah pengurus projek ladang nenas dibawah skim bantuan rakyat miskin 
>yang menggunakan saluran 'CEMAS'. Saluran CEMAS ini adalah satu kerahan 
>tenaga PTI dibawah kuasa Polis suatu kawasan, dimana seperti sedia maklum, 
>PTI diawasi oleh Polis. Untuk menyelamatkan projek tanaman yang tergendala 
>itu tadi, Polis mengugut PTI untuk menyelesaikan projek tersebut tanpa 
>sebarang bayaran. Maka pegawai projek tadi terlepas dari ancaman pihak 
>pentadbir dan Polis juga turut lega menerima 'saguhati' dari pegawai tadi. 
>Dengarnya tak banyak bantuan projek tu.. dalam lingkungan ratusan ribu 
>juga, gitu la.
>
>Begitulah juga nasib mereka setelah dihantar ke kem tahanan, dengarnya 
>subsidi makanan mereka di lantak oleh pihak pentadbir kem tahanan, dan 
>mereka tidak menerima makanan yang cukup dan berkhasiat. Mereka diserang 
>pelbagai penyakit kronik, serta kemudahan yang amat hina. Ada yang pula 
>digunakan sebagai alat pemuas nafsu setelah diugut. Masa kan mereka hendak 
>pulang ke tanahair mereka, disana, khabarnya hutang 'kantau' menanti 
>mereka. Datang mereka membawa harapan untuk mencari lebihan untuk 
>kesenangan sedikit tetapi malang yang menimpa.
>
>Patutla wak-wak parjo Indon marah benar sampai bakar bendera negara sebagai 
>tanda protes hukuman sebat. Teruk betul nasib diorang ditindas dan dizalimi 
>warga tokeh dan kerajaan Malaysia.
>
>Nak buat camana wak, kami yang tinggal disini pun sama jer dua kali lima. 
>Beginila bahana hidup dibawah naungan Luka' Bin Luka' yang berperibinatang 
>!
>
>Mampus UMNO !
>
>Sekian~
>
>
>
>---------------------------------
>Yahoo! - We Remember
>9-11: A tribute to the more than 3,000 lives lost




_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke