*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ >>> ``Masjid-masjid tersebut didapati telah melakukan beberapa kesalahan antaranya membenarkan penceramah yang tidak bertauliah berceramah di masjid, mengubah teks khutbah Jumaat, ceramah yang berbau politik dan banyak lagi,'' katanya. <<<
Ceramah berbau politik/siasah? Jadikah adakah tiada politik/siasah dalam Islam?? Kalau politik/siasah adalah sebahagian daripada Islam, mengapa tidak boleh diperbincangkan didalam masjid? Ada apa-apa lagi kah topik yang tidak boleh diperbincangkan didalam masjid selain siasah, mu'amalat, jenayah/hudud??? JAIS ambil alih tadbir masjid, surau disalah guna KUALA LUMPUR 18 Sept. - Pengurusan beberapa buah masjid dan surau sekitar Selangor akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ekoran wujudnya aduan terdapat kegiatan sesetengah pihak yang menyalahgunakan tempat berkenaan. Pengarahnya, Datuk Mansor Ramli berkata, pihaknya kesal dengan tindakan beberapa pengurusan masjid yang tidak mahu bekerjasama dan membenarkan sesetengah pihak mengadakan aktiviti yang tidak mendapat kebenaran daripada JAIS. Menurut beliau, antara pengurusan masjid yang akan diambil alih oleh JAIS adalah Masjid Al-Faizin di Kepong, Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Masjid Al-Mujahidin di Damansara Utama, Masjid Al-Hidayah di Kelana Jaya, Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya dan Masjid Al-Muqarramah di Shah Alam. ``Masjid-masjid tersebut didapati telah melakukan beberapa kesalahan antaranya membenarkan penceramah yang tidak bertauliah berceramah di masjid, mengubah teks khutbah Jumaat, ceramah yang berbau politik dan banyak lagi,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Utusan Kota bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang meminta agar kesemua ketua kampung di Selangor memantau kegiatan sesetengah pihak menyalahgunakan masjid serta surau di kawasan masing-masing sebagai tempat ceramah politik. Mohamad Khir menyatakan sekiranya mempunyai bukti, ketua kampung perlu melaporkannya kepada JAIS dengan segera. Mengulas lanjut Mansor berkata, JAIS akan sentiasa memantau setiap masjid dengan mewujudkan Jawatankuasa Khas Masjid bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku demi menjaga kesucian masjid sebagai tempat ibadat. Katanya, orang ramai juga digalakkan membantu jawatankuasa tersebut dengan membuat aduan segera atau menghubungi pihak JAIS. ``Orang ramai yang ingin membuat aduan boleh menghubungi terus kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Masjid JAIS, Mohd. Amin Rashid di talian 012-3105336 atau 03-55447438,'' tambahnya. http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0919&pub=Utusan_Malays ia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm _____________________________________________________________________ Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient, kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action. This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit http://www.messagelabs.com/stats.asp ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>