Kuala Terengganu sesak tetapi dituduh pelancong kurang
Thursday, September 19 @ 09:40:02 MYT


KUALA TERENGGANU, 19 Sept (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang melahirkan rasa terkejutnya apabila dilaporkan pelancung
berkurang di Terengganu padahal bandar Kuala Terengganu sesak dengan orang
luar, penerbangan bertambah dan semua hotel penuh.

Katanya, anggapan seperti itu tidak benar kerana jumlah penerbangan ke
negeri ini semakin bertambah terutama pada musim kedatangan para pelancong.
"Tuduhan itu tidak betul, kenapa penerbangan MAS ke Terengganu bertambah
yang kebiasaan empat kali dan ada hingga lapan kali sehari di musim
pelancong datang. Dan kenapa bandar Kuala Terengganu berlaku kesesakan,"
ujarnya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini,
semalam.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa kerajaan negeri kurang melakukan promosi
kerana ia di bawah tanggungjawab kerajaan Pusat."Promosi memang sengaja tidak dilakukan untuk Terengganu (oleh Kerajaan
Pusat), itu tanggungjawab kerajaan pusat," ujarnya.
Menurutnya, beliau sendiri pernah ke luar negara seperti ke Asia Barat dan
mendapati sememangnya promosi lebih banyak diberikan kepada Langkawi dan
Pulau Pinang tetapi tidak diberikan kepada Pantai Timur.
"Pada hal keadaan di Pantai Timur adalah lebih baik. Namun demikian,
pelancong datang juga ke sini," ujarnya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke