19 September, 2002 20:29PM  

Pengharaman Artis Wanita Bukti PAS Menindas - Zam

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan artis wanita membuat persembahan di negeri itu adalah langkah paling baik bagi menjelaskan lagi dasar PAS yang menindas, yang sebelum ini masih kabur bagi generasi muda, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainuddin Maidin.

Beliau berkata tindakan PAS itu akan membolehkan orang ramai melihat antara dasar kerajaan Barisan Nasional yang liberal dan dasar masa depan sebuah kerajaan Islam yang dikuasai PAS.

"Saya percaya majoriti orang Islam yang sederhana, terpelajar dan terbuka minda akan melihat ketidak adilan yang akan berlaku terhadap masyarakat Islam di negara ini dengan dasar PAS itu," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut kerajaan PAS Kelantan kini tidak membenarkan kaum wanita mengambil bahagian dalam konsert atau apa sahaja persembahan hiburan secara langsung di negeri itu.

Zainuddin berkata soalan akan timbul sama ada di negara Islam PAS kelak artis-artis wanita bukan Islam akan dibenarkan membuat persembahan, dan pengharaman akan berlaku hanya pada artis wanita Islam.


-- BERNAMA


_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke