*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lokasi : Kuala Selangor
Tarikh kajian : sabtu 14/9/02
 
Salah seorang responden kajian kami, Wak Onah nama
mesranya. Umur 73 tahun. Taraf perkahwinan - janda
kematian suami. Pekerjaan - jual pecal di Pasar
tani,setiap hari Sabtu. Pendapatan - RM 100 sekali
berniaga- RM 400 sebulan. Bilangan tanggungan - 9
orang anak yatim (cucu-cucu wak onah)duduk bersamanya,
dari umur 8th - 15 tahun -semua masih bersekolah. 
Sumber pendapatan lain -tiada. Bantuan yang diterima,
hanya dari Pusat Zakat Selangor sahaja - bantuan
hariraya setahun sekali berjumlah RM 700 dan
sepersalinan untuk wak onah. Bayangkan saudara,
bagaimana wak onah, dgn peringkat umurnya, terpaksa
bekerja untuk menyara cucu2nya. Bagaimana wak onah nak
nak penuhi perbelanjaan harian untuk makan dan belanja
9 orang budak, 6L 3P yang tengah naik. Bagaimana nak
hadap raya, nak buka sekolah. Nak tengok gambar
rumahnya ? maaf, tak cuci lagi. Cukup kalau saya kata,
saya pun tak tahu di mana wak onah nak baring. Bila
saya nak balik, apa permintaan wak onah? sambil peluk
saya wak onah kata, wak onah nak minta tolong, wak
onah malu nak cakap, tapi dah lama wak onah mintak.
Dulu wak onah ada isi borang, dah nak setahun, katanya
dah lulus, tapi belum dapat lagi. Saya tanya, apa wak
onah nak ? Kalau boleh, wak onah nak basikal, wak onah
nak pergi sembahyang terawih kat masjid. puasa dah
dekat. dulu wak onah jalan, sekarang rasanya wak onah
dah tak kuat. Jarak rumah wak onah dgn masjid lebih
kurang 2km.  Bayangkan saudara, berapa harga sebuah
basikal. Setahun wak onah tunggu- sampai sekarang tak
sampai lagi.  Selain dari saudara seIslam, saya bukan
nya sesiapa pada wak onah - ini sebahagian dari kajian
kemiskinan di Selangor yang sedang saya jalankan untuk
projek saya, dgn kerjasama PZS. 6 daerah di selangor
kami dah pergi. Kes wak onah begini, ada kes yang
lebih teruk lagi. InsyaAllah, kalau ada masa, saya
akan kongsi.

salam.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Patmawati=20Ibrahim?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke