Belanjawan BA untuk rakyat terbanyak
Wednesday, September 25 @ 17:31:52 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Pimpinan Barisan Alternatif (BA) mendapati
pembentangan Belanjawan kerajaan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir
Mohamad pada 20 September lalu tidak menjuruskan kepada pembelaan kepada
rakyat terbanyak.

Sebaliknya Belanjawan BA yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang, Dato'
Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang pada 23 September lebih memberi tumpuan
kepada rakyat bawahan.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Mohamed Nasir Che Daud berkata,konsep Belanjawan
BA mengikut kemampuan dan tumpuan perbelanjaan lebih banyak kepada sasaran
secara menyeluruh.
Tetapi dalam belanjawan yang dikemuka Dr Mahathir walaupun ada sedikit
sebanyak sasaran kepada orang miskin tetapi masih diutamakan projek mega.
"Tetapi apa yang dapat kita lihat banyak duit dari agensi lain terpaksa
digunakan untuk menampung pembinaan proj! ek-projek besar.
"Sedangkan duit itu boleh digunakan untuk menampung keperluan-keperluan lain
seperti pendidikan," katanya.
Malah belanjawan tersebut sehingga sekarang hampir tidak mampu untuk
membiayai pengajian tinggi sebagaimana dibiayai melalui pinjaman Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut dicadangkan supaya pinjaman
itu dibuat melalui bank juga.
Sepatutnya peruntukan-peruntukan sebegini perlu diutamakan kerajaan,
katanya.
Sebaliknya, kata beliau, belanjawan BA lebih banyak diberi penekakan kepada
perkara yang melibatkan kebajikan rakyat seperi kesihatan, pendidikan dan
tidak tertumpu kepada projek-projek besar yang tidak memberi keuntungan
pulangan ekonomi sama ada jangka panjang atau jangka pendek.
Ahli Parlimen Kuala Kedah, Muhamad Sabu pula berkata, belanjawan BA lebih
realistik ataupun mesra keluarga dan mesra alam.
Sementara belanjawan BN pula kali ini yang paling ketara tidak menyentuh
soal maha! siswa menganggur dan cara penyelesaiannya.
"Belajawan BA tidak menumpukan kepada kebangkitan perusahaan besar atau
projek mega tetapi lebih kepada pembangunan ummah ataupun industri kecil dan
sederhana," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar pula berkata, belanjawan BA lebih
menjurus kepada masyarakat dan rakyat terbanyak tetapi belanjawan kerajaan
lebih tertumpu kepada golongan-golongan tertentu.
Contohnya insentif-insentif yang diberikan kepada pengurangan cukai hanya
kepada golongan-golongan sasaran seperti usahawan, korporat dan sebagainya.
Ini menunjukkan kelemahan yang sangat ketara dalam belanjawan kerajaan kali
ini, kata beliau.
Sebab itu, katanya, perbelanjaan kali tidak ada pengurangan cukai import
seperti barangan makanan kerana ia untuk keperluan rakyat.
Penambahan subsidi harga minyak yang boleh membawa kepada penurunan harga
petrol juga tidak berlaku, tambah beliau.
Begitu juga dalam kontek pemberian bantuan! buku teks secara percuma kepada
semua golongan pun tidak berlaku, katanya.
"Ini yang dikatakan antara contoh belanjawan kerajaan tidak menjurus kepada
kepentingan golongan terbanyak<" tegasnya.
Ahli Parlimen Tanah Merah, Saupi Daud pula berkata, belanjawan yang
dibentangkan oleh Menteri Kewangan kali ini tawar dan hambar.
Menurut beliau, tidak ada apa yang menarik walaupun didakwa ada membuat
pembaharuan tetapi tidak ada apa benda yang begitu menggalakkan kepada
rakyat.
Banyak banyak perkara yang diberikan itu adalah menguntungkan
penyokong-penyokong kerajaan BN khususnya orang Umno, katanya.
Umpamanya menaikkan taraf klas bagi kontraktor dari klas F sampai kepada A.
Kebanyakan projek yang disediakan oleh pihak kerajaan adalah untuk Umno
sedangkan rakyat yang yang tidak menyokong Umno susah mendapat projek
tersebut.
"Bagitu juga dengan penubuhan dana penyakit kronik saya lihat ia dibuat atas
desakan rakyat bukannya di atas ! kesedaran kerajaan," tambah beliau.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke