[EMAIL PROTECTED] wrote:


Dua remaja berhenti sekolah untuk sara tujuh adik
Oleh Anja Asmara


PONTIAN, Johor   Isnin : Kerana kesempitan hidup, dua remaja dari Kampung Parit Rambai di sini terpaksa berhenti sekolah bagi membantu tujuh lagi adik mereka yang masih kecil, sejak enam bulan lalu.

Malah, Azwan Azni, 18; dan Azrewanna Azni, 16, kini bekerja keras untuk membesarkan tujuh adik mereka yang berusia antara dua hingga 14 tahun.

Ibu mereka, Ramunah Mokri, 36,  yang dipercayai pergi ke Singapura sejak enam bulan lalu, tidak pulang sehingga ke hari ini, manakala bapanya, Azni Jebot, 42, hanya pulang ke rumah sekali sekala.

Sembilan beradik itu tinggal di sebuah rumah yang disewa RM150 sebulan di Kampung Parit Rambai, sejak beberapa tahun lalu selepas dikatakan tinggal di Negeri Sembilan dan kemudian berpindah ke Kampung Parit Selangor.

Azrewanna ter! paksa bekerja di sebuah kilang di daerah ini, manakala Azwan bekerja di Johor Bahru bagi menyara adik mereka yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Ketika ditemui di sini, Azrewanna berkata, ibunya pulang ke Singapura enam bulan lalu bagi mendapatkan permit, tetapi hingga kini dikatakan menghadapi masalah untuk pulang semula ke Malaysia.

Sejak itu, katanya, dia dan abangnya terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang bagi membiayai keluarga.

Adik yang tinggal bersamanya ialah Adi Azman, 14, bersekolah hingga darjah empat; Azlan Affandi, 13, bersekolah hingga darjah tiga; Adwin Iskandar, 9, masih bersekolah darjah tiga; Azmawi, 8, bersekolah darjah dua; Rudy Eizlan, 5, tidak mempunyai sijil lahir.

Dua lagi ialah adik bongsunya, pasangan kembar Nurfara Elyana dan Nurfarah Elyani, 2, yang juga dikatakan tidak mempunyai sijil lahir.

"Saya terpaksa tinggalkan adik-adik di rumah untuk bekerja dari jam 7 malam hingga 7 pagi. Tugas a! bang saya juga tidak menentu. Oleh itu, apabila saya bekerja malam, saya pasrah saja kepada Allah meninggalkan adik-adik yang masih kecil di rumah.

"Kadang kala saudara dari Singapura datang memberikan bantuan makanan untuk kami sembilan beradik. Tapi bantuan itu tidak mencukupi untuk menyara kehidupan kami. Saya terpaksa bekerja," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Parit Rambai, A Talib Salamon ketika ditemui berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penghulu untuk tindakan lanjut.

Beliau juga akan menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukup untuk mengemukakan masalah sembilan beradik itu.

"Kami juga kadang kala memberi makanan kepada kanak-kanak ini kerana kasihan melihat keadaan mereka yang tidak terurus," katanya.

Jiran keluarga itu, Junos Masdi, 74, berkata beliau terpaksa memerhatikan kanak-kanak berkenaan dari jauh apabila kakaknya keluar bekerja malam.

"Maklum sajalah, takut perkar! a yang tidak diingini berlaku terutama pada waktu malam sedangkan kakak mereka bekerja jauh dari rumah. Jika hujan ribut, saya terpaksa bangun dan melihat dari jauh, manalah tahu kanak-kanak terbabit mengalami sakit perut atau sebagainya," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati rumah sewa itu juga uzur dengan dinding dan lantainya berlubang. Adik beradik itu menggunakan dapur kayu yang mungkin boleh menjadi punca kebakaran jika tidak diawasi rapi.


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Reply via email to