Benarkah Dr Hassan Ali hina orang Jawa?
Wednesday, September 25 @ 20:13:39 MYT


Oleh Wartawan Harakah
Dato’ Dr Hasan, ahli Parlimen Parti Buntar dituduh oleh ahli-ahli Parlimen
UMNO di Dewan Rakyat sebagai menghina orang Jawa.

Perkara ini bermula sewaktu Dr Hasan bangun untuk mendapatkan penjelasan
daripada Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan berhubung dengan isu
bahasa Inggeris pada 17 September 2002.
Dalam hujahnya, Dr Hasan menyuarakan kebimbangan bahawa di satu masa nanti
bahasa Melayu akan pupus seandainya tidak dijadikan bahasa ilmu terutama
dalam mengarap ilmu-ilmu moden.
Beliau telah merujuk satu makalah yang menyebutkan bahawa kemungkinan bahasa
Melayu akan menerima nasib seperti bahasa Sanskrit dan bahasa Jawa.
Dalam makalah yang dirujuk oleh Dr Hasan, penulis menyebutkan bahawa bahasa
Jawa di Indonesia digunakan oleh lebih kurang 100 juta penduduk Indonesia.
Oleh kerana ianya tidak dijadikan bahasa ilmu dan bahasa teknologi maka
bahasa tersebut hanya menjadi alat berkomunikasi di pasar sahaja.
Begitu juga halnya dengan bahasa Sanskrit yang satu masa dahulu merupakan
antara bahasa teragung di dunia.
Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Noh Omar dan Ahli Parlimen
Ruhanie Ahmad menimbulkan semula isu ini sewaktu perbahasan pada 24
September.
Kedua-duanya menuduh Dr Hasan Ali menghina bahasa Jawa dan pengundi beliau
di Sungai Burong yang sebahagiannya terdiri daripada mereka yang
berketurunan Jawa.
Dalam jawapannya, Dr Hasan membacakan makalah yang dirujuknya dalam ucapan
yang lebih awal.
Beliau dengan tegas menyatakan bahawa tidak pernah ada dalam ucapan beliau
perkataan yang menggambarkan penghinaan kepada orang Jawa.
Sebaliknya beliau dengan tegas meminta semua pihak orang Melayu mahupun
orang Jawa mempertahankan bahasa Melayu yang akan dipupuskan oleh UMNO/BN
melalui perubahan dasar menjadikan bahasa Inggeris bahasa pengantar Sains
dan Matematik di semua peringkat persekolah mulai tahun 2003.
Jika sokongan dan dokongan ini tidak berlaku, tambah Dr Hasan, bahasa Melayu
akan pupus.
Penyokong-penyokong kerajaan dari UMNO ingin menjadikan perkara ini sebagai
isu murahan untuk menidakkan sokongan orang Jawa terhadap Dr Hasan yang juga
menjadi ADUN Sungai Burong.
“Pengundi di Sungai Burong tidak sebodoh yang disangkakan oleh YB Noh dan
konco-konconya. Mereka tidak akan terpedaya dengan taktik murahan ini,”
jelas Dr Hasan.
Umno dekati PAS
Sebaliknya tambah Dr Hasan, orang–orang UMNO semakin ghairah untuk mendekati
PAS di Parit Buntar dan Sungai Burong dalamana baru-baru ini, hampir 100
UMNO menyerahkan borang menjadi ahli PAS di kedua-dua kawasan yang
diwakilinya.
“Taktik murahan YB Noh ini hanya akan memakan dirinya sendiri,” jelas Dr
Hasan.
Noh pura-pura prihatin
Wakil Rakyat Kawasan Tanjung Karang, Noh Omar juga berpura-pura bersikap
prihatin dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kelihatan seperti
membela orang Jawa.
Walaupun kelihatannya beliau begitu membela rakyat di Tanjung karang namun
apa yang diucapkan di Parlimen seperti yang tercatat di dalam catitan
Parlimen (Hansard) 17 September adalah sebaliknya.
Ketika perbahasan, Noh yang bertikam lidah dengan Wakil Rakyat Parit Buntar,
Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dengan cuba merendah-rendahkan secara tidak bersopan
kewibawaan Dr Hasan.
Beliau memperlekehkan Dr Hasan dengan meletakkan kedudukan Dr Hasan
“seolah-olah macam orang tidak ada pelajaran. Macam orang Sungai Burung
bercakap, macam JKK bercakap…”.
Kata-kata tersebut dengan sendirinya menghina penduduk Sungai Burong dan
JKKnya. Penghinaan ini adalah sangat tidak wajar.
Ianya benar-benar menggambarkan sifat sebenar Setiausaha Parlimen itu
sehingga sanggup melabelkan penduduk Sungai Burong dan JKK yang telah
mengundinya ke tahap yang begitu rendah dan mengaibkan.
Buka mata
Penduduk Sungai Burong dan JKK perlu membuka mata dan berfikir secara serius
dan merenungkan kata-kata Ahli Parlimen mereka di Dewan Rakyat yang mulia
itu.
Penduduk Sungai Burong dan JKK juga harus memikirkan samaada manusia seperti
itu patut terus mewakili mereka.
Mempunyai seorang wakil rakyat seperti beliau sesungguhnya memalukan
masyarakat yang diwakilinya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke