KeADILan bertanding di Gaya - Wan Azizah
Friday, September 27 @ 12:27:35 MYT


Oleh Saidatul Adnani
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Hrkh) - Presiden Parti KeADILan Nasional (KeADILan),
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan KeADILan akan bertanding
dalam pilihan raya kecil di Gaya, Sabah.

Menurut beliau, pilihan raya kecil itu merupakan peluang kepada pembangkang
untuk mendapatkan kerusi dan penyokong di Gaya, Sabah.
Berhubung kenyataan DAP yang akan meletakkan calon dalam pilihan raya
tersebut, Wan Azizah menegaskan, pimpinan tertinggi parti akan mengadakan
rundingan dengan DAP berhubung keputusan DAP itu.
"Kita akan merundingkan perkara tersebut kerana masih awal untuk menyatakan
keputusannya," tegasnya ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam. Pilihan
raya kecil akan diadakan pada 12 Oktober manakala penamaan calon sembilan
hari sebelum pilihan raya.
Kerusi tersebut kosong selepas wakil rakyatnya, Yong Teck Lee hil! ang
kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah mahkamah mendapati beliau terlibat
dalam rasuah pada pilihan raya umum 1999.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Reply via email to