Berita // News : Ummi
Hafilda Mahu Jadi Ketua Puteri UMNO: "Bagaikan Bulan Jatuh Ke Riba Bagi
Pembangkang"
hold=0>
Tuesday, October 01, 2002 - 11:25 PM GMT



Jurucakap
Sekretariat Pemuda beranggapan kualiti calon yang menawarkan diri untuk
bertanding menjadi Ketua Puteri UMNO memberi gambaran 'jenis' anak gadis
yang menganggotai sayap baru UMNO itu. Beliau berkata demikian sambil
menyindir bahawa tawaran Ummi Hafilda mahu menjadi Ketua Puteri UMNO samalah
seperti 'bulan jatuh ke riba' bagi pihak pembangkang. Menurut beliau, imej
Puteri UMNO kini seperti 'haprak lagi menghaprakkan' berikutan tampilnya
calon-calon 'kontroversi' seperti Ummi Hafilda untuk menjadi pemimpinnya.Puteri UMNO sebelum ini dihantui pelbagai skandal sehingga sayap UMNO yang
tidak sampai dua tahun itu seolah-olah kaku dan tidak berfungsi. Malah dalam
pilihanraya kecil Pendang dan Anak Bukit yang lalu, Puteri UMNO sendiri
mengakui mereka tidak lagi bersemangat untuk berkempen kerana pergolakan
dalaman dan skandal seks serta jenayah pecah amanah yang dilakukan Ketua
Penajanya Azalina Othman. Terbaru, seorang EXCO Wanita UMNO sendiri
memberikan temuramah kepada malaysiakini.com bahawa Puteri UMNO tidak
mendapatkan ahli-ahli baru, sebaliknya 'mencuri' ahli lama UMNo dari Wanita.
Dia berkata oleh kerana Puteri UMNO di bawah Azalina tidak berjaya
menubuhkan jumlah cawangan minima untuk menubuhkan bahagian, Puteri UMNO
mendaftarkan semula ahli-ahli sedia ada di bawah 35 tahun sebagai ahli
Puteri UMNO. Ini mengesahkan tuduhan seorang bekas EXCO Puteri UMNO
sendiri bahawa sayap UMNO itu mengeluarkan kad keahlian palsu untuk
menggandakan juml! ah ahlinya. Mengulas perkara ini, jurucakap Sekretariat
Pemuda berkata ini bermakna bukan hanya separuh ahli Puteri UMNO adalah ahli
'hantu', dengan dakwaan Wanita UMNO ini bermakna dari 90,000 orang yang
kononnya menjadi ahli, mungkin hanya satu pertiga sahaja ahli yang berdaftar
secara sah. Mengenai Ummi Hafilda pula, beliau berkata parti-parti BA akan
mempunyai field day jika pemfitnah berkala upahan UMNO itu dipilih menjadi
Ketua Puteri UMNO. "Oleh kerana itulah, kita sepenuh jiwa raga menyokong
tawaran Ummi Hafilda kerana dia adalah salah seorang rakyat Malaysia yang
paling berkaliber untuk memberikan death blow kepada Puteri UMNO," sindir
beliau lagi.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke