Alangkah mahalnya kos menceriakan hati Dr. Mahathir!


Oleh : M.G.G. Pillai
Tan Sri Basir Ismail, pengerusi Malaysian Airport Holdings Berhad (MAHB)
telah mengusahakan satu kejutan kepada Perdana Menteri Mahathir dengan
menghadiahkan beliau sebuah kereta antik bikinan 1959, jenis Pontiac
Catalina. Itulah kereta yang pernah dimiliki oleh Mahathir empat dekad yang
lalu semasa berada di Kedah, dengan nombor plet yang sama K7600. Perdana
Menteri kelihatan puas hati, seperti mana dia merasa puas hati setiap kali
para jongos dan balacinya menghadiahkan benda kegemarannya. Dia tersipu-sipu
dengan pemberian itu. Lantas, diajaknya si isterinya untuk bersiar-siar
dengan kereta itu, semacam zaman silam, dan mengumumkan betapa gembiranya
dengan hadiah itu. 'Saya gembira kerana ada alasan sentimentalnya,' kata
beliau. Tetapi, di Malaysia, tidak ada perkara yang semudah itu. Kereta
Pontiac Catalina bikinan 1959 yang menyedut 6.3 liter minyak! untuk bergerak,
mungkin berharga $12,000 dollar dan bukannya ringgit seperti yang disebut
oleh NST ketika itu. Untuk membelinya pada 2002, daripada sebuah syarikat
antik di Amerika Syarikat, dan membawanya melalui udara, memerlukan kos yang
mungkin berganda 40 kali banyaknya.
Di Malaysia memang tidak ada peristiwa yang boleh dianggap seperti yang
digambarkan. Apa perlunya Tan Sri Basir ataupun MAB bersusah payah dengan
perbelanjaan besar seperti itu? Kenapakah mereka berbelanja besar sebanyak
RM500,000 untuk membeli 'pelantak minyak' seperti yang disebut sendiri oleh
Dr. Mahathir? Kalau mengikut cara tokoh korporat berperanan di Malaysia
tidak mungkin Tan Sri Basir membelanjakan duit sendiri membeli kereta hadiah
itu. Besar kemungkinan pembelian dibuat oleh MAB (duit rakyat marhaen kan?)
Ketika MAB memulakan pembikinan litar lumba F1 di Sepang, ia dimulakan
dengan cara Darulboleh menyediakan wang modal sebanyak RM260 juta, untuk
men! ukar sebuah ladang seluar satu ribu ekar menjadi kawasan pembikinannya.
Selepas siap, MAB yang gagal dan tidak boleh dipercayai untuk menguruskan
sebuah lapangan terbang (KLIA), didapati tidak juga layak untuk menguruskan
sebuah litar lumba kereta.
Itu sebabnya projek itu diserahkan kepada Petronas, yang bertindak bijak
selepas beberapa tahun, ia tidak mampu mengambil-alih projek itu.
Terpaksalah Khazanah yang merupakan sebuah badan pelaburan kerajaan yang
secara tidak langsung dipengerusikan oleh Dr. Mahathir campur tangan untuk
mengambil-alih. Ingat...yang diambil-alih hanya litar lumba itu sahaja.
Entah bagaimana jadinya kisah milik 1,000 ekar itu terlesap di celah
kangkang siapa, tidak ada siapa yang mengetahuinya. Tidak ada sesiapa yang
sanggup bercerita mengenainya. Petronas tidak menuntut kawasan itu ketika
mengambil alih litar lumba F-1 itu dulu. Begitu juga Khazanah. Mengapa
agaknya?
Kira-kira setahun yang lalu, ketika Tan S! ri Basir menaiki sebuah pesawat
peribadi di kawasan tersebut, dia telah meminta juruterbang terbang rendah
kerana mahu melihat tanah milik peribadinya berdekatan kawasan litar lumba
itu. Apakah tanah itu sebahagian kawasan seluas 1,000 ekar ataupun
keseluruhan kawasan yang berkenaan? Pada waktu itu, F-1 masih dalam
pembinaan. Sudah menjadi lumrah para kroni diberikan hadiah kontrak kerja
yang besar-besar dan apa juga tanah pinggiran yang berdekatan. Inilah
caranya sebahagian besar tanah rakyat marhaen di Lembah Kelang diagihkan,
supaya mereka untung besar ketika menjualnya. Kerana itu boleh diandaikan,
selagi tidak ada bukti sebagai asasnya tanah agihan itu diberi percuma, dan
tidak perlu dipulangkan walaupun kontrak kerja tergendala.
Jadi, apakah tujuan sebenar pemberian hadiah istimewa itu? Apakah itu
sebagai simbol untuk tidak perlu menjelaskan satu hari nanti bagaimana
lesapnya hak milik tanah seluas 1,000 ekar itu? Memadaikah Perda! na Menteri
menganggap pemberian sebuah kereta antik Pontiac sebagai penyedap untuk
melupakan kehaprakan pengurusan KLIA dan litar lumba F1 oleh Tan Sri Basir?
Dari segi pengkorporatan, memang ada logiknya perbuatan Tan Sri Basir
memberikan hadiah kereta antik itu. Setidak-tidaknya syarikat beliau telah
membelanjakan sekitar RM500,000 untuk membeli sebuah kereta yang sama jenis
dengan yang dimiliki oleh Perdana Menteri satu ketika dulu. Sebagai ganti
dia mendapat tanah seluas 1,000 ekar.
Tan Sri Tajuddin Ramli telah membeli sebuah Daimler yang berusia enam tahun
hanya dengan harga 1 Ringgit. Inilah caranya menyulitkan sesiapa yang
mengambil-alih sesebuah syarikat. Sepatutnya pemergian seseorang itu diganti
oleh satu pengurusan yang pintar yang dilatihnya. Ketika Khazanah mengambil
alih litar lumba, pengurusannya masih dipegang oleh MAB yang memang ternyata
haprak dan tidak berguna. Perkara semacam ini memang bukan benda baru.
Khazanah! sudah memiliki Star dan Putra (dua syarikat aliran ringan dan tidak
lama lagi pasti memiliki Monorail). Tetapi pengurusan syarikat itu masih
difaraidkan kepada pengurusan lama yang menjahanamkan perusahaan itu,
sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil alih syarikat tersebut. Ini
merupakan prinsip menggunakan pencuri menjaga khazanah negara, seperti yang
pernah diamalkan oleh maharajah Jaipur satu ketika dulu di India. Maharajah
Jaipur berjaya dengan kaedah itu kerana kuasannya tidak tercemar. Sebaliknya
Maharajah Putra Jaya mengucapkan terima kasih kepada segala penyamun yang
membalun khazanah negara dan terus memerlukan khidmat mereka untuk terus
menjaga apa juga harta yang ada di khazanah itu untuk dirompak bersama.
M.G.G. Pillai
[EMAIL PROTECTED]
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Reply via email to