PAS kesal kenyataan SPR
Wednesday, October 02 @ 15:45:44 MYT


Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat
menafikan dakwaan mengatakan PAS tidak mengemukakan cadangan balas terhadap
persempadanan semula bahagian pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR).

Beliau yang ditemui di parlimen hari ini berkata, adalah pembohongan besar
jika ada pihak menuduh PAS tidak mengemukakan cadangan balasnya berhubung
perkara tersebut.
Sebagaimana dilaporkan akhbar hari ini, Pengerusi SPR, Dato' Abdul Rashid
Rahman, kecewa dengan sikap pembangkang yang dikatakan tidak mengambil
peluang mengemukakan cadangan mereka.
Tegas Nasharudin, PAS menghantar cadangan balas kepada badan tersebut
menerusi tiga entiti iaitu kerajaan negeri, Majlis Kerajaan Tempatan dan
kira-kira 100 pengundi.
"Bagi saya tidak tepat tuduhan mengatakan pembangkang tidak memberi maklum
balas ini kerana PAS ada mengh! antar cadangan, termasuk melalui kerajaan
negeri Terengganu dan Kelantan," katanya.
Bagaimanapun katanya, PAS hanya memberi maklum balas terhadap kawasan yang
kena-mengena dengan partinya sahaja dan PAS tidak campur dengan urusan parti
lain," katanya.
Malah katanya, semua cadangan yang dihantar kepada SPR adalah yang relevan
dengan PAS sahaja.
Menurut Abd Rashid, SPR menerima sebanyak 270 representasi yang mewakili
kerajaan negeri, pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang ramai dengan Sabah
mempunyai reprentasi terbanyak iaitu 68, Johor 60 dan Kedah 47.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
New DSL Internet Access from SBC & Yahoo!

Kirim email ke