*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Suatu pengalaman yang sungguh berharga dapat aku rasakan sewaktu menghadiri mesyuarat 
selama empat hari di salah sebuah hotel di Bukit Bintang. Selesai mesyuarat sebelah 
petang aku dan teman-teman berjalan-jalan sekitar kawasan Bukit Bintang dan membeli 
belah untuk dibawa pulang.

Sebelah malam kami tiada aktiviti, selain selepas menjamu selera diwarong, kami 
berjalan- jalan dikaki lima jalan sepanjang hotel tempat kami menginap. Maka terserlah 
malam- malam di Bukit Bintang dengan pelbagai cara dan ragam masyarakat di sana 
mencari rezeki. Ada yang mengurut kaki, sekitar lebih dari 10 orang yang memberikan 
perkhidmatan mengurut tapak kaki. Apa yang lebih mengharukan ialah pada malam pertama 
kami tiba dan berjalan disana, kami lihat ada satu persembahan muzki evergreen di 
hadapan sebuah butik yang telah ditutup. Pengunjung yang rata-rata masyarakat 
tempatan, dan ada juga dari pelancung asing turut menyaksikan persembahan muzki 
tersebut. Lebih menjolok mata adalah kelakuan sumbang sepasang remaja yang berpelukan 
dan berciuman tanpa segan silu dikhalayak ramai.

Kami tertanya-tanya kemanakah perginya anggota polis yang sepatutnya ada untuk 
mengawal keadaan, kalaulah Mohd Sabu atau Mahfuz yang ada pada malam itu di sana sudah 
pasti pasukan topi merah polis akan mempamerkan muka hodohnya datang beramai- ramai. 
ALASAN mententeramkan keadaan, tak ada permit dan macam-macam lagi.

MALAM KEDUA.

Pada malam kedua pula kami hanya duduk lepak-lepak di lobi hotel. Dari cermin hotel 
itu kami nampak seorang wanita cina memandang kearah kami, lalu salah seorang dari 
teman kami melambai kearah wanita cina itu, dan dengan segera wanita cina itu datang 
ke lobi hotel. Wah!!!! bukan main lagi dia menawarkan daging mentah kepada kami.

"Melayu ada, Cina ada, macam-macam ada..... melayu mahal sikit RM200 kalau u mau ooo 
budak U ada muda-muda RM250" tawar wanita cina itu kepada kami.

Kami terus melayan denga pelbagai soalan dan yang menjadi kunci kepada seluruh keadaan 
yang ada di Bukit Bintang khasnya dan Kuala Lumpur dan seluruh negara am nya adalah 
apa yang wanita cina itu katakan kepada kami setelah kami bertanyakan beliau.

"Wa takut kena tangkap......"

"Jangan takut..... kita dah bayar diaorang......" kata wanita cina itu.

KESIMPULAN.

Banyak perkara yang menjadi tanda tanya kenapa semua ini berlaku. JAWI, POLIS 
sepatutnya memainkan peranan dalam menangani masalah pelacuran yang merupakan industri 
terbesar negara. Meskipun undang-undang menetapkan bahawa industri pelacuran adalah 
salah namun, kerana wang, semua pasukan penguatkuasa menjadi buta dan pekak. 
Tokeh-tokeh maksiat dapat membayar anggota penguatkuasa demi untuk meneruskan 
kesinambungan industri pelacuran.

Bangunan-bangunan dan rumah-rumah pelacuran berselerak dan ini dapat disaksikan 
apabila malam bermula, maka aktiviti haram tersebut mula sedikit demi sedikit melata 
di dada bumi Bukit Bintang dan kian rancak apabila menjelang jam 12 malam.

Beginilah keadaan negaraku, apabila Kelantan dan Terengganu komitmen dengan undang- 
undang Islam maka golongan yang telah kenyang perut dengan duit pelacuran ini 
bergentayangan membantah.

Marilah kita fikir-fikirkan.

Abu Zamani


 
http://gempurdaily.tripod.com/isu/isu0902a1/isu07.htm
 




Copyright ?2002 oleh Gempurdaily
Email : [EMAIL PROTECTED]

 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke