*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MENGAPA SYARA (AGAMA ISLAM) MENGHARAMKAN ROKOK ATAU TEMBAKAU? 
Rasul Dahri


Di antara punca-punca mengapa ulama Islam mengharamkan rokok dan tembakau ialah:- 
PERTAMA: 

Rokok terbukti mengandungi berbagai-bagai jenis kimia merbahaya, antaranya ialah 
nikotin. Menurut pakar atau ahli kimia, telah jelas dibuktikan bahawa nikotin yang 
terdapat dalam setiap batang rokok atau pada daun tembakau adalah ternyata sejenis 
kimia memabukkan yang diistilahkan sebagai candu. 

Dalam syara pula, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau 
disuntik pada seseorang maka ia di kategorikan sebagai candu atau dadah kerana 
pengertian atau istilah candu adalan suatu bahan yang telah dikenal pasti boleh 
memabukkan atau mengandungi elemen yang boleh memabukkan. Dalam mengklasifikasikan 
hukum candu atau bahan yang memabukkan, jumhur ulama fikah yang berpandu kepada syara 
(al-Quran dan al- Hadith) sepakat menghukumkan atau memfatwakannya sebagai benda 
"Haram untuk dimakan atau diminum malah wajib dijauhi atau ditinggalkan". Pengharaman 
ini adalah jelas dengan berpandukan kepada hujah-hujah atau nas-nas dari syara 
sebagaimana yang berikut ini: 

"Setiap yang memabukkan itu adalah haram" H/R Muslim. 

Hadith ini dengan jelas menegaskan bahawa setiap apa sahaja yang memabukkan adalah 
dihukum haram. Kalimah kullu (ßõáøõ)di dalam hadith ini bererti "setiap" yang memberi 
maksud pada umumnya, semua jenis benda atau apa sahaja benda yang memabukkan adalah 
haram hukumnya. Hadith ini dikuatkan lagi dengan hadith di bawah ini: 

"Setiap sesuatu yang memabukkan maka bahan tersebut itu adalah haram". 
H/R al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. 

Hadith di atas ini pula telah menyatakan dengan cukup terang dan jelas bahawa setiap 
apa sahaja yang boleh memabukkan adalah dihukum haram. Pada hadith ini juga Nabi 
Muhammad s.a.w menggunakan kalimah kullu (ßõáøõ) iaitu "Setiap apa sahaja", sama ada 
berbentuk cecair, pepejal, debu (serbuk) atau gas. 

Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas di atas ini kerana beralasan atau 
menyangka bahawa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukan haram sebab rokok tidak 
memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak mengandungi candu dan kalau 
adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit. Begitu juga dengan alasan yang lain, 
"menghisap sebatang rokok tidak terasa memabukkan langsung". Andaian, alasan atau 
sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan berpandukan kepada hadith di bawah ini: 

"Apa sahaja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". 
H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.. 

Kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan, maka 
walaupun setitis arak juga hukum pengharamannya tetap sama dengan segelas arak. Begitu 
juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum haram. Secebis 
candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah disepakati oleh sekelian ulama 
Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan haram untuk dimakan, 
diminum, dihisap (disedut) atau disuntik pada tubuh seseorang jika tanpa ada sebab 
tertentu yang memaksakan atau keperluan yang terdesak seperti darurat kerana rawatan 
dalam kecemasan. Begitulah hukum candu yang terdapat di dalam sebatang rokok, walaupun 
sedikit ia tetap haram kerana dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan 
terpaksa. 

Di dalam sepotong hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nabi Muhammad s.a.w 
telah mengkategorikan setiap yang memabukkan itu sebagai sama hukumnya dengan hukum 
arak 

Seorang yang benar-benar beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w tentulah 
meyakini bahawa tidak seorangpun yang layak untuk menentukan hukum halal atau haramnya 
sesuatu perkara dan benda kecuali Allah dan RasulNya. Tidak seorangpun berhak atau 
telah diberi kuasa untuk merubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah melalui Nabi 
dan RasulNya kerana perbuatan ini ditakuti boleh membawa kepada berlakunya syirik 
tahrif, syirik ta'til atau syirik tabdil. Hadith yang mengkategorikan setiap yang 
memabukkan sebagai arak sebagaimana yang di dimaksudkan ialah: 

"Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu 
adalah haram". H/R Muslim. 

Dalam perkara ini ada yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan arak. Mereka 
beralasan bahawa rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan arak itu pula dari 
jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok. Memanglah rokok dan arak tidak 
sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan yang memabukkan yang 
terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan arak) tidak berbeza di segi syara 
kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan yang memabukkan dan memberi kesan yang 
memabukkan kepada pengguna atau penagihnya. Tidak kira sedikit atau banyaknya 
kandungan yang terdapat atau yang digunakan, yang menjadi perbincangan hukum ialah 
bendanya yang boleh memabukkan, sama ada dari jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas 
apabila nyata memabukkan sama ada kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap 
sama, iaitu haram sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas. 

Di hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa ada di kalangan umatnya 
yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan dengan menukar nama dan 
istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-benda tersebut: 

"Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk 
(minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain". 
H/R Ahmad dan Abu Daud. 

Seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas dalam beragama, tentunya tanpa banyak 
persoalan atau alasan akan mentaati semua nas-nas al-Quran dan al-hadith yang nyata 
dan jelas di atas. Orang-orang yang beriman akan berkata dengan suara hati yang 
ikhlas, melafazkan ikrar dengan perkataan serta akan sentiasa melaksanakan firman 
Allah yang terkandung di dalam al-Quran : "Kami akan sentiasa dengar dan akan sentiasa 
taat". Tidaklah mereka mahu mencontohi sikap dan perbuatan Yahudi yang dilaknat dari 
dahulu sehinggalah sekarang kerana orang-orang Yahudi itu apabila diajukan ayat-ayat 
Allah kepada mereka maka mereka akan menentang dan berkata : "Kami sentiasa dengar 
tetapi kami membantah". 

Sebagai contoh iman seorang Muslim yang sejati ialah suatu peristiwa yang mengisahkan 
seorang sahabat yang terus menuangkan gelas sisa-sisa arak yang ada padanya ke tanah 
tanpa soal dan bicara sebaik sahaja turunnya perintah pengharaman arak. Hanya iman 
yang mantap dapat mendorong seseorang mukmin sejati dalam mentaati segala perintah dan 
larangan Allah yang menjanjikan keselamatannya di dunia dan di akhirat. 

Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan melalui hadith-hadith baginda di atas 
bahawa setiap yang boleh memabukkan apabila dimakan, diminum atau digunakan (tanpa ada 
sebab-sebab keperluan atau terpaksa), maka ia dihukum sebagai benda haram dan ia 
dianggap sejenis dengan arak. Penghisapan dadah nikotin yang terdapat di dalam rokok 
bukanlah sesuatu yang wajib atau terpaksa dilakukan seumpama desakan dalam penggunaan 
dadah kerana adanya sebab-sebab tertentu seperti desakan semasa menjalani rawatan atau 
sebagainya. Sebaliknya, penghisapan rokok dimulakan hanya kerana tabiat ingin 
suka-suka yang akibatnya menjadi suatu ketagihan yang memaksa si penagih melayani 
kehendak nafsunya. Dalam pada itu, tanpa kesedaran, ia telah membeli penyakit dan 
menambah masalah, mengundang kematian dan tidak secara langsung ia telah melakukan 
kezaliman terhadap diri sendiri di samping mengamalkan pembaziran yang amat ditegah 
oleh syara (haram). 

Dadah (bahan yang memabukkan) telah disamakan hukumnya dengan arak oleh Nabi Muhammad 
s.a.w disebabkan kedua-dua benda ini boleh memberi kesan mabuk dan ketagihan yang 
serupa kepada penggunanya (penagih arak dan dadah). Melalui kaedah (cara pengharaman) 
yang diambil dari hadith Nabi di atas, dapatlah kita kategorikan jenis dadah nikotin 
yang terdapat di dalam rokok sama hukumnya dengan arak dan semua jenis dadah yang 
lain. 

Kesimpulannya, rokok atau tembakau yang sudah terbukti mengandungi dadah nikotin 
adalah haram pengambilannya kerana nikotin sudah ternyata adalah sejenis dadah yang 
boleh membawa kesan mabuk atau memabukkan apabila digunakan oleh manusia. Malah dadah 
ini akan menjadi lebih buruk lagi setelah mengganggu kesihatan seseorang penggunanya 
sehingga penderitaan akibat penyakit yang berpunca dari rokok tersebut mengakibatkan 
kematian. Rokok pastinya menambahkan racun (toksin) yang terkumpul di dalam tubuh 
badan sehingga menyebabkan sel-sel dalam tubuh seseorang itu mengalami kerosakan, 
mengganggunya daripada berfungsi dengan baik dan membuka kepada serangan kuman dan 
barah. 

Apabila pengambilan rokok yang mengandungi bahan yang memabukkan dianggap haram kerana 
nyata ia digolongkan sejenis dengan arak (ÎÜóãúÑñ) oleh Nabi Muhammad s.a.w maka di 
dalam hadith dan al-Quran pula terdapat amaran keras dari Allah dan RasulNya: 

"Dari Abu Musa berkata : Bersabda Rasulullah saw : Tiga orang tidak masuk syurga. 
Penagih arak, orang yang membenarkan sihir dan pemutus silaturrahmi". 
H/R Ahmad dan ibn Hibban. 

"Mereka bertanya kepada engkau tentang arak dan perjudian, katakanlah bahawa pada 
keduanya itu dosa yang besar". AL BAQARAH, 2:219. 

"Hai orang-orang yang beriman, bahawasanya arak , judi, (berkorban untuk) berhala dan 
bertenung itu adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, sebab itu hendaklah 
kamu meninggalkannya semuga kamu beroleh kejayaan". AL MAIDAH 5:90. 

Hadith di atas Nabi Muhammad s.a.w telah mengkhabarkan bahawa penagih arak tidak masuk 
dan dalam ayat di atas pula, Allah mengkategorikan arak (khamar) sejajar dengan 
berhala dan bertenung sebagai perbuatan keji (kotor) yang wajib dijauhi oleh akal yang 
sihat. Perkataan "rijs" ini tidak digunakan dalam al-Quran kecuali terhadap 
perkara-perkara yang sememangnya kotor dan jelek. Perbuatan yang buruk, kotor, buruk 
dan jelek ini tidak lain mesti berasal daripada perbuatan syaitan yang sangat gemar 
membuat kemungkaran sebagaimana amaran Allah selanjutnya yang menekankan bahawa : 

"Sesungguhnya syaitan termasuk hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara 
kamu lantaran khamar dan judi itu dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan 
sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?". AL MAIDAH, 5:91. 

Justeru itu Allah menyeru supaya berhenti daripada perbuatan ini dengan ungkapan yang 
tajam : "Apakah kamu tidak mahu berhenti?" 

Seseorang mukmin yang ikhlas tentunya menyahut seruan ini sebagaimana Umar r.a ketika 
mendengar ayat tersebut telah berkata: 

"Kami berhenti, wahai Tuhan kami, Kami berhenti, wahai Tuhan kami". 

Othman bin 'Affan r.a juga telah berwasiat tentang benda-benda yang memabukkan yang 
telah diistilahkan sebagai khamar (닄) "arak". Sebagaimana wasiat beliau: 

"Jauhkanlah diri kamu dari khamar (benda yang memabukkan), sesungguhnya khamar itu ibu 
segala kerosakan (kekejian/kejahatan)". Lihat : Tafsir Ibn Kathir Jld.2, M/S. 97. 

Ada yang menyangka bahawa rokok walaupun jelas setaraf klasifikasinya dengan arak 
boleh dijadikan ubat untuk mengurangkan rasa tekanan jiwa, tekanan perasaan, kebosanan 
dan mengantuk. Sebenarnya rokok tidak pernah dibuktikan sebagai penawar atau dapat 
dikategorikan sebagi ubat kerana setiap benda haram terutamanya apabila dibuktikan 
mengandungi bahan memabukkan tidak akan menjadi ubat, tetapi sebaliknya sebagaimana 
hadith Nabi s.a.w: 

"Telah berkata Ibn Masoud tentang benda yang memabukkan : Sesungguhnya Allah tidak 
akan menjadikan ubat bagi kamu pada benda yang Ia telah haramkan kepada kamu". H/R 
al-Bukhari. 

"Telah berkata Waail bin Hujr : Bahawa Tareq bin Suwid pernah bertanya kepada Nabi 
s.a.w tentang pembuatan arak, maka Nabi menegahnya. Maka baginda bersabda : Penulis 
membuatnya untuk (tujuan) perubatan. Maka Nabi bersabda : Sesungguhnya arak itu bukan 
ubat tetapi penyakit". H/R Muslim dan Turmizi. 
 
 


___________________________________________________
GO.com Mail                                    
Get Your Free, Private E-mail at http://mail.go.com



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Belut Pisang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke