*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




APABILA BAKAL PM TIDAK BERTELUR
Bahirah yang kata…

Oleh Dr Nologareng


http://marhaen0.tripod.com/mar_a_drnologareng88.html


Semakin hari negara kita menjadi semakin bercelaru dek karenah kepimpinan negara yang 
seakan segerombolan Mafia. Mafiosonya adalah tidak lain seorang berketurunan sesudu 
darah Melayu. Yup….. bapa Mirzan! Mahathir namanya. Beliau baru kehilangan seorang 
lagi abang yang meninggal dunia beberapa hari lalu. Tidakkah terasa dirinya juga akan 
menyusul? Kenyataan yang bermain di setiap ruang fikiran rakyat yang cerdik politik - 
secara perwarisannya jawatan PM akan terpulang kepada Abdullah Badawi, yang juga 
merupakan Menteri Dalam Negeri - pilihan berhemah oleh Mahathir.

Tangan yang menerima tak akan menggigit tangan yang memberi. Tangan itu akan beraksi 
dengan lebih hebat dan ligat bagi membuktikan ketaatan yang tidak berbelah bagi, hatta 
melanggar peradaban moral, perundangan, peruntukan Agama mahupun adat budaya Melayu. 
Abdullah semakin hebat dalam membuktikan ketaatan kepada Mahathir dan siapa dirinya 
yang sebenar! Sekaligus spesis apa nantinya ia sebagai Perdana Menteri!!

Beberapa isu nasional masih belum beres ditanganinya. Sesekali kelihatan ia bagai 
diperdungukan oleh bakal PM bersara - si Bedebah Mahathir. Bagi zaman celik politik 
ini, Abdullah sepatutnya menjadi politikus yang berani dan kembali menghormati segala 
peruntukan Perlembagaan. Sekiranya ia bijak dan berpandangan jauh, sebolehnya Abdullah 
akan mengikis dirinya daripada imej Mahathir yang terkenal sebagai despot tua yang 
zalim, korup, undemocratic dan tercemar imannya itu. Selaras dengan kelulusan ilmu 
Islam Universiti Malaya, Abdullah mesti menunjukkan suatu imej yang baru dan 
meyakinkan rakyat terutamanya orang Melayu. Cucu Ulama ini mesti kembali kepada laluan 
yang telah disediakan oleh Datuknya yang sering dibangga-banggakan itu. Jika tidak, ia 
akan membenarkan akan apa yang dirasai oleh rakyat marhaen sekarang - Abdullah 
hanyalah seorang lagi barua Mahathir. Tambah satu lagi….. tak ada telorqq seperti kata 
Bahirah.

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menerima Habeas Corpus 6 tahanan ISA pemimpin muda 
Keadilan pada 6 September lalu, benar-benar menguji Abdullah. Beliau akan lebih 
dihormati sebagai politikus matang dan berprinsip sekiranya membebaskan sahaja mereka 
apabila Badan Kehakiman Tertinggi negara sudah membuat keputusannya dengan mengatakan 
penahanan mereka tidak sah dan dibuat polis dengan berniat jahat. Sekiranya langkah 
ini dibuat, ianya sekaligus dapat membersih dan mengemut-keluar Pegawai Polis bertaraf 
penyangak yang mengongsi di Bukit Aman. Negara dalam era ini tidak lagi memerlukan 
Pegawai Polis yang bertaraf Bollywood. Mereka seharusnya dipecat dan dibicarakan atas 
alasan mengkhianati orang awam dan mencetuskan ketidak-tenteraman dalam negara. Mereka 
adalah pagar yang makan padi. Merekalah pengkhianat yang sebenarnya dan harus dihukum 
dengan seberat-berat hukuman.

Sayangnya cucu ulamak ini, Abdullah telah membuktikan betapa sekongkolannya selama ini 
dengan manusia berhati Syaitan itu telah sekaligus merosakkan aqidah dan fikrahnya. 
Abdullah sudah terpikat dengan akujanji Mahathir untuk menjadikan ia sebagai PM yang 
berikutnya. Abdullah seakan terlupa bahawa kuasa sebenar yang menentukan siapa Perdana 
Menteri adalah ahli Umno dan rakyat marhaen di luar sana. Jawatan Perdana Menteri 
bukan suatu hak perwarisan atau kepunyaan seorang manusia yang jelas mengkhianati 
orang Melayu seperti Mahathir. Abdullah memilih jalan yang salah. Salah dan silap 
kerana ia akan menjadi seorang lagi ‘Mahathir’ yang akan dibenci dan diseranahkan oleh 
orang Melayu. Akibat terlalu lama dibuai di puncak kuasa dan kemahuan isterinya, 
Abdullah akan bertukar watak dari ‘Mr Clean’ kepada ‘Mr makan keliling’. Bakal PM ini 
membenamkan terus saki-baki imej Umno yang sudah cukup parah dibuat Mahathir.

Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah tertinggi dalam negara. Semua harus sedar dan 
menghormati fakta bahawa tiada siapa yang tinggi kedudukannya melebihi undang-undang 
hatta ia berdarah Raja sekalipun. Ini dipinda sendiri oleh kepimpinan Mahathir dengan 
menggunakan isu anak Raja Johor dan pemain hoki. Akhirnya Raja Kelentong berjaya 
memusatkan seluruh kuasa di tangannya. Sekaligus menjadikan ia sebagai Maharajah di 
Malaysia - satu-satunya manusia yang berkuasa dan di atas undang-undang. ‘Syafaat’ itu 
diberi kepada mana- mana pemimpin lain yang disukainya. Abdullah tertakluk di bawahnya.

Seperti yang ditulis oleh Harun Rashid (Bagaimana Malaysia Jadi Negara Islam 
Pengganas), ISA adalah bak kuda perang lama yang disepuh kembali untuk menekan musuh 
politik. Selalu digunakan oleh para penindas apabila terdesak dan keselamatan mereka 
terhimpit. Tujuan asal Akta itu dibuat adalah bagi mencegah keganasan nasional. Kini 
ia menjadi senjata ganas Barisan Nasional!

Niat buruk anggota PDrM di bawah Abdullah dan cengkaman Mahathir telah terbongkar 
dalam Mahkamah Persekutuan apabila para tahanan telah mendedahkan bukan soal 
keganasan, rocket launcher dan bom molotov yang disoal melainkan ugutan, desakan dan 
sogokan supaya mereka meninggalkan parti Keadilan!!! Aneh pula apabila Mahkamah yang 
sama membuat keputusan bahawa penahanan mereka adalah tidak sah dan melanggar 
Perlembagaan, tidak berani pula mengarahkan pembebasan mereka serta-merta!! Inilah 
rupa Malaysia Boleh yang caca-marba bikinan Raja Kelentong.

Puan Bahirah sebagai isteri kepada Ezam Mohd Noor, pejuang muda anak bangsa memanglah 
seorang yang tabah dan tahan diuji. Bayangkan perbezaan dengan si Hindun isteri 
Abdullah tatkala menjadi rewang politik semasa S46 dahulu. Abdullah sampai melarikan 
diri di siang hari dari caci-maki isteri dan bergaul dengan MGG Pillai, malah 
kengkawan Umno yang kini sering memeluk dan mengata-pujinya juga hilang menjauhkan 
diri!! Untuk kali ini Bahirah berhak menampakkan kemarahan dan perasaan jengkelnya 
terhadap kerajaan terutamanya Abdullah, yang isterinya baru pulih daripada rawatan 
barah payu dara di Amerika Syarikat. Cabaran dan maki hamun diplomatik oleh Bahirah 
bahawa Abdullah tidak bertelor itu memang menyengat dan memalukan Abdullah. Bukan 
setakat di Malaysia, bahkan di seluruh dunia berita itu tersebar. Dunia memerhati dan 
melihat bagaimana reaksi dan tingkah-laku Abdullah ‘Eunuch’ dalam menghadapi kemelut 
politik mahupun peribadi.
000 
Kini keperibadian Abdullah sudah tercemar. Isteri Ezam menuduh bahawa Abdullah tidak 
bertelor! Auuww sekiranya bertelor sebelah boleh tahan lagi. Kemarahan Bahirah amat 
berasas dan dapat diterima akal. Beliau bukannya sembarangan orang. Berkelulusan dan 
menjawat jawatan yang baik. Beliau menggunakan saluran perundangan yang betul apabila 
merujuk kepada penahanan suaminya yang dimulai dengan laporan akhbar Utusan yang 
berniat jahat itu. Sebagai warga, walaupun mencurigai kebebasan dan ketelusan badan 
Kehakiman, Bahirah bersama isteri beberapa tahanan lain memfailkan Habeas Corpus bagi 
membatalkan arahan penahanan yang sememangnya berniat jahat itu. Kitakan kenal siapa 
pemimpin kerajaan hari ini! Ada rakyat yang nakal mengatakan negara kini dipimpin oleh 
‘Geng Mamak’. Perhatikan cara penyusupan mereka dalam Regim Mahathir. Tak cukup 
melalui pintu hadapan, mereka dibawa Mahathir melalui tingkap!! Tungku Adnan, Zamseng 
Mydin adalah sekadar beberapa mamak dan Melayu berjiwa ‘mama!
k tongkang’ yang kini sedang berkonspirasi dalam negara.

Sekiranya Abdullah punya telur dan jantan sebagai bakal PM, beliau seharusnya secara 
bermaruah menerima keputusan Mahkamah Tertinggi dalam negara ini, menandatangani surat 
pembebasan tahanan terbabit sambil membayar gantirugi dan memohon maaf atas 
kesilapannya dahulu sebagai Menteri Dalam Negeri. Sebagaimana ia mencemarkan nama dan 
maruah mereka dahulu, Abdullah berkewajipan membersih serta memohon maaf secara 
langsung dalam slot Berita!! Semua pencinta keadilan dan tinggi semangat patriotik 
merindui suasana itu. Lagipun dia lulusan Agama. Betul, kan? Anda sebenarnya salah dan 
tersilap besar. Adalah menjadi satu dosa bagi pemimpin Umno untuk mengaku kesilapan 
mereka. Pepatah Cina ada mengatakan ­ untuk menutup satu pembohongan sembilan lagi 
pembohongan akan dilakukan!! Itulah tradisi dan budaya di dalam Umno!!

Hal ini diulas dengan lebar oleh Harun Rashid dalam artikelnya yang menyentuh 
bagaimana Malaysia kini dianggap sebagai negara Islam Pengganas. Pembohongan demi 
pembohongan pemimpin Umnolah yang kini menjerat seluruh warga negara ini apabila ke 
luar negara. Padan muka apabila Mahathir dan Abdullah disuruh buka kasut dan tali 
pinggang bagi memeriksa mereka. Itu sudah dikira bernasib baik. Bagaimana kalau mereka 
diarah berbogel tanpa underwear? Hey….jangan terkejut, bukankah C4 sejenis bahan 
letupan yang susah dikesan serta boleh disorokkan dalam lubang bontot atau dibentuk 
sebagai buah zakar dan dipakai oleh Abdullah????? Kini mereka telah menuai padi fitnah 
tentang keganasan yang mereka tanam selama ini. Kita boleh terus ketawa dan tersenyum, 
akan tetapi insaflah kita bagaimana susahnya untuk berani dan berjuang bagi 
membebaskan negara ini daripada kepimpinan Mafia itu! Pemimpin Umnolah yang 
bertanggungjawab dalam merosakkan imej negara daripada kisah liwat Anwar, salahguna I!
SA, salahurus Perbendaharaan negara sehinggalah kepada tidak menghormati keputusan 
mahkamah.

Opps.. sebelum terlupa elok juga kita renungkan bagaimana keputusan Mahkamah sering 
dipermainkan dan diperlekehkan oleh PM yang paling bangsat dalam sejarah moden negara 
- Mahathir. Dia pernah memperlekehkan keputusan Habeas Corpus pemimpin DAP satu waktu 
dahulu. Dia juga sering mempertikaikan keputusan mahkamah yang sering menyebelahi 
rakyat walaupun perbicaraan dijalankan secara adil dan bebas. Lebih dahsyat kini 
apabila Mahkamah berada dalam kekuasaannya. Penghakiman kes Anwar dan Ezam Mohd Noor 
telah membuktikan betapa mahkamah Malaysia dan institusi berkaitannya sudah tercemar 
dan pincang. Dan kini Abdullah mewarisi ciri-ciri itu! Abdullah bukan sekadar terpalit 
najis, malah menjadi sebahagian daripada najis itu sendiri. Kini ia bermutasi sebagai 
komponen yang utama bagi menggantikan ketulan yang sering menangis dan merajuk itu.

Abdullah si muka kepet itu tidak boleh selamanya menunjukkan tahap kebahlolan dan 
sikap bekengnya itu, kerana perlakuan yang didorong rasa juah diri dan taksub dengan 
kuasa yang ada padanya bukan sekadar mencemar dirinya. Sikap yang sebegitu akan 
menambah parah kepada Umno dan masa depannya sendiri. Sekiranya semasa menandatangani 
arahan penahanan dia berselindung di sebalik laporan polis dan ancaman keselamatan 
negara, maka keputusan Mahkamah juga patut ia halusi dan akur. Hanya mereka yang 
'gentleman' sanggup mengaku kesilapan dan memperbetulkan kesalahan arahan yang 
dibuatnya dahulu. Abdullah ternyata kekurangan ciri-ciri yang berupaya menjadikan dia 
seorang Negarawan suatu hari nanti.

Apakan daya sudah nasib badan, memang Abdullah benar-benar membuktikan dirinya sudah 
tidak bertelur lagi. Mungkinkah Hindun menyimpan kekuatan diri itu untuknya??

Apa pula pendapat Bahirah?

Dr Nologareng - 05.10.2002 (suntingan M@RHAEN)

Pak Lah Tak Ada (Bola) Teloq - Bahirah
Harun Rashid: Bagaimana Malaysia Jadi Negara Islam Pengganas
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan 
berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~



Laman M@RHAEN dapat diakses drp: http://marhaen0.tripod.com/ -
http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http:// 
marhaen3.tripod.com/


[Click Here!]


  

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to