*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum.

Saya ingin menarik perhatian saudara-saudara tentang persoalan HALAL / HARAM 
ayam goreng KFC. Isu ini timbul sedikit masa dahulu dan menjadi hangat 
seketika dan sekarang senyap begitu sahaja. Namun beberapa persoalan masih 
lagi belum terjawab.

Ada yang mendakwa Ayam Goreng KFC ini adalah HALAL kerana ia dipantau oleh 
‘Internal body’ yang begitu serius memastikan ia HALAL. Boleh dimakan tanpa 
ragu-ragu.

Sebenarnya, hujah inilah juga yang menyebabkan HALALnya terus dipertikaikan. 
Orang ramai mempertikaikannya kerana yang mengawasinya adalah ‘Internal 
Body’. Sejauh manakah ‘Internal Body’ ini neutral dalam tindakannya? Apakah 
ia mampu untuk ‘menegur’ dan mendedahkan perkara yang sebenarnya dengan 
telus?

Persoalannya lagi, kenapa tidak dirujukkan sahaja kepada JAKIM atau badan 
bebas lain? Biarlah JAKIM atau pun badan luar lain yang mengawasinya. 
Barulah jelas dan nyata.

Lalu ada yang suka mengambil jalan tengah, iaitu kalau tidak yakin, 
janganlah makan. Namun itu juga bukan penyelesaiannya. Kita lihat sahaja, 
boleh dikatakan saban hari iklan KFC ini muncul di kaca TV. Nah, kalau TIDAK 
HALAL mengapa dibenarkan diiklankan di TV? Mengapa kita benarkan TV 
mengiklankan makanan yang TIDAK HALAL? Kalau HALAL, mana buktinya?

Saya mengharapkan pihak-pihak tertentu, termasuk juga kerajaan, agar pekalah 
kepada isu-isu sebegini. HALAL dan HARAM bukan perkara kecil yang boleh 
diperlekehkan. Kesannya amat serius sekali. Kepada yang punyai maklumat, 
tampillah memberi penjelasan.

Sekian, terima kasih.



_________________________________________________________________
Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "gombak selayang" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke