*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ fwd:: KENYATAAN MEDIA
UMNO MESTI BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MELAYU YANG TERPINGGIR DI PULAU PINANG Melayu Pulau Pinangterpinggir akibat dari perjuangan kebangsaan sempit UMNO. Kini UMNO berbangsawan di udara, kononnya nak membela nasib orang melayu. PAS telah sekian lama menyuarakan isu ini, tetapi UMNO tidak peduli. Malahan dalam hampir setiap ceramah PAS khususnya di negeri Pulau Pinang ini dan amnya di selururh negara kita telah melahirkan kebimbangan ini. Kalau PAS bercakap, kita dikatakan perkauman dan diancam dengan ISA. PERDA adalah proxy UMNO yanag secara gahnya untuk menolong orang melayu, tetapi pada hakikatnya?. Projek-projek PERDA dilihat lebih kepada satu rancangan jahat UMNO secara tersusun bagi menyahkan orang melayu dengan jalan membeli tanah-tanah milik mereka di atas lessen pembangunan dan apabila pembangunan siap, orang melayu gigit jari, tanda tidak mampu membeli. Kenapa Dr. Mahathir pada hari ini hendak menyalahkan PAS? Siapakah yang memerintah Pulau Pinang selama 45 tahun? Suatu ketika UMNO pernah meyandang 12 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tetapi dengan mudah menyerahkan kepada Gerakan untuk menjadi Ketua Menteri yang pada waktu itu hanya memenangi 8 kerusi sahaja di DUN. Ilmu hisab jenis apa yang UMNO pakai? Yang kerusinya sedikit layak menjadi Ketua Menteri. Inilah bukti UMNO tidak pentingkan soal nasib orang Melayu. PAS juga berkali-kali menyuarakan soal bumiputera Melayu yang tidak mampu berniaga di KOMTAR, tidak mampu menyewa atau membeli rumah-rumah kedai, malahan tidak mampu membeli rumah di negeri ini sekalipun di atas tanah yang asalnya milik orang Melayu, kerana harga yang cukup tinggi. Akhirnya, Jambatan Pulau Pinang yang dibina lebih 17 tahun yang lalu ternyata untuk menghambat orang melayu ke Kulim dan Sungai Petani. Hatta boria Pulau Pinang yang menyokong pembangunan untuk orang lain pun turut terpelanting. Inilah dosa UMNO. Inilah dosa pemimpin-pemimpin Melayu UMNO. Inilah juga akibat dari perjuangan Melayu sempit yang diperjuangkan oleh UMNO. Kalau UMNO benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu, masakan penghakisan ini boleh berlaku? Kenapa tunggu setelah 45 tahun baru hendak tunjuk Hero...Kita pun hairan, angin tidak ribut pun tidak, tiba-tiba pemimpin UMNO Pulau Pinang mula hendak bercakap soal orang Melayu yang terpinggir yang bakal menjadi seperti Melayu Singapura. PAS pernah mengingatkan lebih 20 tahun yang lalu kepada orang Melayu dan UMNO," jangan jadi seperti Red Indian di Amerika". Tetapi UMNO diam. UMNO buat pekak badak. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang ( DPPNPP) merasakan ada udang disebalik batu apabila sentimen perkauman ini ditiup secara tiba-tiba disaat orang Melayu hampir pupus sama sekali di negeri ini. Ada dua sebab kenapa sentimen Melayu ini dimainkan. Pertamanya kerana UMNO sudah ketandusan idea dan isu sehingga mereka terpaksa mencetuskan isu perkauman di negeri ini, dengan harapan menagih simpati orang Melayu minoriti yang semakin beralih sokongan mereka kepada parti pembangkang khusunya PAS di Pulau Mutiara ini. Yang kedua :- kita DPPNPP melihat bahawa satu konspirasi baru sedang dibuat oleh Dr. Mahathir dan juak-juaknya di Pulau Pinang untuk mengugat dan menjatuhkan Pak Lah selaku Timbalan Perdana Menteri dengan membongkar kegagalan Pak Lah memperjuangkan nasib orang Melayu di dalam negeri sendiri. Gagal untuk menjaga Melayu di negeri sendiri, bagaimana hendak menjaga negara? Sejarah UMNO dibawah kepimpinan Dr. Mahathir membuktikan tidak ada Timbalan Perdana Menteri yang berjaya mengambil alih jawatan nombor satu negara, kecuali kesemuanya kecundang. Sementara itu, UMNO pada hari ini menyalahkan Ketua Menteri Dr. Koh Tsu Koon terhadap pembangunan yang dibuat dengan tidak mengambil kira orang Melayu. PAS bukan hendak membela YAB Ketua Menteri, kita hendak menyatakan bahawa PAS tidak ada kompromi dengan dosa penghakisan orang Melayu di negeri ini. Namun UMNOlah yang mesti bertanggungjawab sepenuhnya jikalau UMNO masih lagi menjadi tulang belakang BN. Kenapa dahulu UMNO tidak merangka dan menyusun pelan strategik Pembangunan Pulau Pinang secara bersama bagi mengelakkan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Semasa Ketua Menteri Dr Lim Cheong Yew lagi projek penghakisan orang Melayu telah berlaku, tetapi pemimpin-pemimpin UMNO negeri nganga. Tanah wakaf di negeri ini juga tidak di tadbir dan di urus oleh UMNO dengan sempurna, sehingga tanah-tanah wakaf didiami oelh bukan Melayu Islam; malah ada yang menjalankan perniagaan yang bertentangan dengan syariat Islam di atas tanah-tanah wakaf tertentu. Sekali lagi UMNO dan pemimpinya nganga.. Badan Perhubungan PAS Negeri pernah menghantar satu Memorendum berkenaan penyalahgunaan tanah wakaf pada tahun 1997 kepada Timbalan Ketua Menteri pada waktu itu. Tetapi Memorendum itu dibakulsampahkan. Tiba-tiba hari ini juga Dr. Mahathir cuba hendak menyalahkan PAS akibat kegagalan perjuangan UMNO di negeri ini. Ini tidak adil, sedangkan dalam waktu yang sama Dr. Mahathir kononnya menasihatkan UMNO agar jangan menyalahkan orang lain. PAS melihat, Dr. Mahahtir sentiasa mempertahankan bangsa lain dengan mengajak UMNO agar menyalahkan orang Melayu. Orang UMNO khususnya memang ibarat lembu dicucuk hidung. Isu bahasa Inggeris sekarang ini sudah cukup membuktikan Dr. Mahathir berjaya menarik hidung orang UMNO, sebaliknya bersedia untuk berunding, berbincang dan bertolak ansur dengan bangsa lain. Jesteru, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menyeru agar orang Melayu Pulau Pinang jangan lagi mengharapkan UMNO yang telah menyebabkan nasi menjadi bubur. UMNO kononnya hendak menjadi wira bangsa. Sedangkan UMNOlah wira yang menguburkan orang Melayu di negeri ini. Kita menyeru agar orang Melayu jangan percaya dengan lidah bercabang UMNO. Cakap tak serupa bikin ini telahpun menghapuskan orang Melayu dan telah menyebabkan orang Melayu terpinggir. Nasib orang Melayu Pulau Pinang sudah tidak mampu dibela oleh UMNO yang hanya mementingkan pembangunan dan kebendaan semata-mata. Orang Melayu Pulau Pinang masih ada Parti Alternatif iaitu PAS yang inysaAllah mampu untuk membetulkan keadaan nasib orang Melayu di negeri ini. Sekali lagi kita menyeru supaya orang Melayu Pulau Pinang meninggalkan UMNO yang selama 45 tahun diberi peluang, namun langsung tidak boleh diharap. Harapkan pagar, pagar makan padi. UMNO mengaut keuntungan dan kekayaan diatas belakang orang Melayu. UMNO sudah tidak boleh diharapkan lagi. Orang Melayu diseru untuk menyertai PAS dan memberi undi kepada PAS didalam pilihanraya umum akan datang sehingga PAS mampu mengambil alih kerajaan negeri ini. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang 28-08-2002 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Mohd Nor, Muhamad Sharman" <[EMAIL PROTECTED]>