Sebab Ahmed Bilal tarik balik permohonan Habeas Corpus...

KUALA LUMPUR, Khamis 10 Okt -- Ahmed Ibrahim Bilal, warga Amerika disyaki
pengganas yang diusir dari Malaysia hari ini, telah menarik balik permohonan
habeas corpus di Mahkamah Tinggi.
Hakim Datuk S.Augustine Paul membatalkan permohonan itu yang meminta pihak
berkuasa Malaysia membebaskan Ahmed, selepas Peguam Negara Abdul Gani Patail
memberitahu mahkamah mengenai satu surat faks yang diterima oleh pejabat
pendaftar mahkamah daripada peguam Ahmed, Darshan Singh Khaira hari ini.
Abdul Gani berkata menurut surat faks itu, Darshan telah diarahkan oleh ibu
bapa Ahmed untuk menarik balik permohonan itu kerana "mereka tidak percaya
dan tidak mempunyai keyakinan terhadap mahkamah ini".
Hakim Paul mengarahkan kos prosiding itu ditanggung oleh pembuat afidavit
yang menyokong permohonan itu, Damina Khaira.
Ahmed diserahkan kepada para pegawai Amerika pada pagi ini oleh pihak
berk! uasa Malaysia dan beliau dengan segera dibawa meninggalkan negara ini
menuju ke Amerika Syarikat.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke