Ummi tuntut Azalina letak jawatan jika tidak boleh jawab dakwaan

KUALA LUMPUR,Khamis 10 Okt - Ummi Haflida Ali cukup sedar risiko tindakan
mengikut tataetika peraturan pemilihan Umno yang bakal dihadapinya dengan
mengadakan satu sidang akhbar dimana beliau secara terbuka mempersoalkan
kepincangan kepimpinan Ketua Penaja Puteri Umno Azalina Othman Said apa lagi
mencabarnya meletakan jawatan jika tidak boleh menjawab berbagai dakwaan
yang dibuat terhadapnya termasuk isu lesbian .
“Saya adalah orang yang kuat berpegang kepada pinsip,kalau yang tidak
betul…tidak betul,”tegasnya dalam sidang akhbar berkenaan dimana beliau mahu
segala persoalan berhubung dengan Azalina yang sudah lama berlarutan dan
menjadi tandatanya orangramai diselesaikan sepenuhnya sebelum pemilihan
jawatan Puteri Umno diadakan pada I November ini.
Katanya jika tidak, sekalipun Azalina menang sebagai Ketua Puteri dalam
pemilihan itu beliau akan terus mempersoalkannya dan memperjuangkan perkara
ini “sampai ke lubang cacing”.
Serentak dengan itu Ummi mengemukakan tujuh tuntutan utama pada Azalina
supaya dijawab oleh Azalina termasuk menjunjung Al Quran di masjid untuk
membersihkan dirinya dari tuduhan lesbian,menjelaskan mengenai perletakan
jawatan beberapa orang exco pelopor Puteri Umno,dakwaan kecenderongannya
mengunakan nama pemimpin atasan dan penyalahan guna dana pergerakan itu.
Ummi juga mempersoalkan dakwaan mengenai kegemaran Azalina menghantar mesej
SMS menerusi telefon bimbitnya sewaktu sedang menghadiri sidang Majlis
Tertinggi Umno kepada “orang luar” yang menyalahi sumpah pegang rahsia
ahli-ahli Majlis Tertinggi.
Mengenai isu lesbian yang dilaporkan oleh akhbar tabloid Perdana Sari beliau
berkata sebagai seorang perempuan Islam Azalina wajib membersihkan dirinya
kerana tuduhan itu amat berat.
“Saya tak katakan Azalina lesbian, tidak. Saya nak dia jawab tuduhan Khalid
Jeffry. Jadi kalau dia tak nak bawa ke mahkamah kerana mungkin akan memakan
masa berbulan-bulan dan membuang masa dia, sekurang-kurang cara Islam paling
jelas masuk masjid “Waallahi, Wabillahi, Watallahi” junjung Al-Quran habis,
sebab dia pemimpin, dia answerable pada ahli dan keseluruhannya,”katanya.
Kata Ummi beliau sedih kiranya orang macam Khalid Jeffry atau beliau sendiri
dituduh sebagai pembawa lumpur dalam parti sebab yang bawa lumpur adalah
diri Azalina sendiri.
“Kalau kita nak masuk parti, kalau kita tawar diri jadi pemimpin dan ada
sejarah hitam, sepatutnya kita basuh dulu ‘taik-taik’ dalam kita, baru kita
tawar diri kita sebagai pemimpin. Kerana Rasullah pernah berkata “pemimpin
satu amanah, satu tanggungjawab” you nak memimpin make sure diri you bersih,
kalau tidak you jadi orang biasa.
Sebab itu bila you tawarkan diri, you kena tahu apa tujuannya you tawarkan
diri. so I nak dia jawab isu lesbian.”
Menyentuh tentang dakwaan Azalina gemar hantar mesej SMS keluar sewaktu
mesyuarat majlis Tertinggi ,Ummi menyifatkannya sebagai satu sifat tidak
amanah yang serius
Katanya beliau sedih bila mendapat tahu dikalangan ahli-ahli Puteri yang
datang mengadu padanya mengenai hal itu .
“Ada adik-adik Puteri yang datang kepada saya beritahu bila Azalina
menghadiri sidang Majlis Tertinggi di masa yang sama dia boleh ‘SMS’ kepada
beberapa exco dan kawan-kawan peribadi menceritakan apa yang berlaku dalam
Majlis Tertinggi.
“ Come on this is Majlis Tertinggi, patutnya dia memegang satu amanah
menyimpan rahsia apa yang berlaku dalam Majlis Tertinggi yang sedang
bersidang. Apa yang patut dihebahkan sepatutnya dia lebih tahu sebagai
ketua.
“Benda ini saya anggap serius kalau orang lain menganggap remeh, sebab ada
SMS dia yang saya tengok dan saya pun terperanjat. Budaya dia adalah satu
budaya yang biadap ketika sedang berlangsungnya sidang Majlis Tertinggi.
“Kita sepatutnya mempunyai pemimpin yang amanah, mana boleh kita hebahkan
dan dalam masa yang sama dia boleh mengutuk beberapa pemimpin tertentu dalam
Majlis Tertinggi mengunakan SMS. Saya menganggap perkara ini serius dan Dr.
Mahathir dan Pak Lah sepatutnya tahu apa yang dia buat.
“Ini bukan benda yang boleh direka-reka sebab budak-budak yang datang
berjumpa saya adalah budak yang cukup bertanggungjawab dan berhemah dan
menpunyai ‘nawaitu’ yang jelas sebab mereka sayangkan parti.”katanya.
Katanya jika Azalina tidak dapat memenuhi tuntutan ini beliau wajar
meletakan jawatan dengan segera.
Ummi yang merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding jawatan
Ketua Puteri Umno menegaskan beliau bimbang jika isu Azalina ini tidak
diselesaikan sepenuhnya beliau akan menjadi satu liabiliti besar kepada Umno
yang akan dipergunakan oleh parti pembangkang dalam pilihanraya umum akan
datang.
Adik kepada bekas Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim ,Azmin Ali yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Nasional berkata
beliau sedar risiko tindakan disiplin yang bakal dihadapinya kerana membuat
kenyataan seumpama ini.
Katanya setelah melalui segala bentuk soalsiasat polis,tekanan,cabaran serta
penghinaan dari pihak pembangkang kerana terlibat menjatuhkan Anwar beliau
tidak gentar sekalipun menghadapi dipecat keahlian demi untuk bersuara
tentang isu Azalina.
Ummi kurang senang dengan sindrom takut hendak bersuara tentang kebenaran
dan keadilan yang didakwanya jelas wujud dalam isu ini.
Katanya beliau tidak kisah terpaksa tarik diri dari menawarkan diri
bertanding jawatan Ketua Puteri untuk membolehkannya “ke depan” bersuara
mengenai hal ini dan memberi laluan kepada Mastina Hamid,Raihan Suleiman
Palestin dan Mazibah Mohd Zain berentap.
Beliau juga tidak mendakwa tidak bertindak begini sebagai gimik untuk
mendapatkan pencalonan dari kalangan lebih 50 bahagian Puteri yang belum
bemesyuarat lagi.
Setakat ini 110 bahagian yang sudah bermesyuarat semuanya mencalonkan
Azalina bagi jawatan Ketua Puteri.
Sambil menyifatkan trend pencalonan diketika isu Azalina belum terjawab itu
sebagai sesuatu sesuatu yang mengecewakan ,Ummi menyeru bahagian-bahagian
yang belum mesyuarat supaya menolak Ketua Penaja Puteri Umno itu dan
sebaliknya mencalonkan tiga orang lain yang menawarkan diri.
“Saya sedih 110 bahagian dah mencalonkan dia, mungkin terdapatnya kesamaran,
kekeliruan, ketakutan, kesilapan.”
Katanya ahli-ahli Puteri di 110 bahagian ini tidak boleh disalahkan kerana
mungkin mereka kabur tentang isu Azalina .
“Maka saya sebagai kakak kepada adik-adik ini merasa bertanggungjawab, saya
rasa terpanggil untuk menyedarkan 50 bahagian lagi supaya mereka membuka
mata. Bukan saya nak mendabik dada, pilih Umi Hafilda tidak, walaupun saya
tahu risiko saya cukup tinggi, tak mengapa Mastina ada Raihan ada, Datin
Suhainee ada.
Ummi mengingatkan ahli-ahli Puteri sekiranya apa-apa berlaku selepas 1
November misalnya tindakan polis diambil jawatan Ketua Puteri akan dipangku
oleh orang yang memegang jawatan Naib Ketua Puteri.
Katanya adalah satu kerugian kepada Puteri misalnya ditakdirkan dipangku
oleh Penolong Setiausaha Puteri ,Noraini Ahmad yang mendapat pencalunan
terbanyak untuk jawatan naib kerana merasakanya belum mencapai tahap untuk
memimpin Puteri dari segi kredibiliti dan kekuatan.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke