Ibrahim Libya didik penduduk dekati agama
Monday, October 14 @ 21:23:33 MYT


oleh HELMI KHALID
ALOR SETAR, 14 Okt (Hrkh) - Saksi ketiga perbicaraan kes Memali, Azmi Salim,
53 hari ini memberitahu mahkamah bahawa melalui kuliah yang disampaikan oleh
Ustaz Ibrahim Libya, berjaya mengubah cara hidup penduduk setempat dengan
mendekatkan diri dengan ajaran Islam dan meninggalkan perbuatan tidak
berfaedah.

Beliau mengenali Ustaz Ibrahim sebagai seorang pendakwah, ulama yang banyak
mencurahkan khidmatnya dengan jujur ikhlas kepada rakyat Baling dan disukai
oleh penduduk kampung.
Ketika menjawab soalan dari Pendakwaraya Kanan Persekutuan, Dato' Abdul Aziz
Abdul Rahim, Azmi menjelaskan hasil kuliah dan pengajian yang disampaikan
oleh Ustaz Ibrahim, anak-anak muda tidak lagi membuang masa dengan melepak
dan sebagainya.
"Mereka tak buang masa, di siang-siang hari pergi ke kebun (getah) dan suka
ikuti kuliah Ustaz Ibrahim dan! sembahyang jemaah pada waktu malam," jawab
Azmi tentang peranan Ustaz Ibrahim di Kampung Memali.
Sementara itu dalam keterangan bertulisnya, Azmi menjelaskan bahawa beliau
tidak pernah mendengar berlaku kekacauan atau keganasan di tempat-tempat
Ustaz Ibrahim pergi mengajar dan menyifatkan Allahyarham bukanlah seorang
yang mengancam keselamatan negara.
Polis bukan musuh
"Saya menuju ke arah Ustaz Ibrahim, apabila beliau ternampak saya beliau
bergerak ke arah saya, bila beliau menghampiri saya, beliau menoleh ke kiri
dan kemudian berundur balik ke belakang rumah, saya kemudian lari berlindung
ke arah tangga pelantar rumah dapur."
"Ustaz Ibrahim kemudian melangkah keluar dari bawah bahagian dapur, di masa
itu dua orang polis bersama dengan Datuk Yahya tadi terus menembak ke arah
beliau, beliau tidak menyerang polis, saya nampak beliau tersembam di
tanah."
Demikian imbasan detik-detik Ustaz Ibrahim Libya ditembak polis dalam
trage! di Memali seperti yang terkandung dalam keterangan bertulis Azmi Salim.
Terdahulu dalam keterangan bertulis itu juga menyebut, Ustaz Ibrahim dalam
keadaan polis sedang mengepong rumahnya pada 19 November 1985 lalu,
berkata,"Jangan anggap polis sebagai musuh, tetapi kalau mereka masuk
kawasan ini barulah kita pertahankan diri. "
Beliau juga menyatakan kemudiannya, beliau nampak asap berwarna-warni akibat
tembakan gas oleh polis, matanya pedih dan ramai orang di atas rumah
termasuk kanak-kanak dan wanita menjerit dan muntah.
Azmi dalam keterangan itu menjelaskan beliau nampak polis datang dengan
merempuh pagar rumah dengan kereta perisai, kemudian beliau dengar tembakan
bertalu-talu dan suasana menjadi kelam kabut.
"Saya kemudian lari mencari perlindungan, saya nampak orang lain pun lari
bertempiaran, kami tak sangka polis akan menembak orang kampung, kami tak
cari pasal dengan polis, kami cuma mahu menghalang polis dari mengambil Tok
! Guru kami," menurut keterangan itu lagi.
Selepas melihat Ustaz Ibrahim tersembam ke bumi akibat tembakan oleh polis,
beliau menuju ke arah Ustaz Ibrahim, pada masa itu beliau nampak adik
iparnya, Abdullah Che Soh yang cedera di tangan dan dada meminta tolong.
"Saya pergi ke arahnya dan cuba menenangkan beliau serta mengajarnya
mengucap, kemudian saya lari ke belakang dan jumpa lima, enam orang yang
lain sedang berlindung, Ustaz Ismail yang ada di situ suruh semua bertenang
sebab dah ramai yang mati, kemudian polis menyerbu dari belakang dan kami
menyerah diri."
"Saya dibawa ke Balai Polis Tanjung Pari, kemudian ke balai Polis Sungai
Petani selama sua minggu, kemudian saya dipindahkan ke Balai Polis d Alor
Setar selama sebulan lebih sebelum ditahan di bawah ISA di Kemunting,"
demikian menurut keterangan itu.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.C! OM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Reply via email to