Dato' Pa rasmi program berunsur maksiat di Jeli
Tuesday, October 15 @ 13:59:10 MYT


JELI, 15 Okt (Hrkh) - Sebuah pertubuhan kebudayaan yang dikatakan mempunyai
hubungan rapat dengan Umno kini sedang mendalangi program-program berunsur
maksiat di jajahan ini.

Antaranya program yang dianjurkan Majlis Senibudaya Kelantan (Mask) termasuk
pertandingan karaoke, wayang kulit, dikir barat dan persembahan artis
dipercayai dari negara jiran.
Orang ramai yang hadir pada program berkenaan diminta membayar RM5 bagi
dewasa dan RM1 (kanak-kanak) untuk tempoh tiga malam.
Persembahan itu bermula 12 Oktober lalu dan dijangka berakhir malam ini,
diadakan di Padang Balai Polis Daerah Jeli.
Perasmian program itu dilakukan Ketua Umno Bahagian Jeli, Dato' Mustapa
Mohamed di Padang Istiadat Majlis Daerah Jeli 12 Oktober lalu.
Bagaimanapun program malam pertama yang sepatutnya berlangsung 12 Oktober
lalu di Padang Balai Polis Daerah Jeli dib! atalkan disebabkan hujan lebat.
Seorang penduduk dari Kampung Batu Melintang, Abdul Halim Abdullah berkata,
orang ramai seolah-olah dipaksa membayar kupon apabila melalui sekatan polis
di Kampung Base Camp, sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.
"Jawatankuasa Mask memperalatkan polis dengan memaksa pemandu-pemandu
kenderaan yang melalui sekatan tersebut membayar RM5 untuk satu kupon.
"Tindakan kutipan 'tol paksa' ini jelas membangkitkan rasa tidak puas hati
orang ramai," katanya di sini.
Beliau difahamkan wang yang dipungut itu kemungkinan digunakan untuk
membayar penyanyi, pendikir dan pemain wayang kulit yang mengadakan
persembahan tersebut.
Hasyim Rahman, dari Kampung Kuala Long turut kecewa kerana polis
dipergunakan untuk menganjur persembahan hiburan itu.
Seorang penduduk dari Batu Melintang, Ridhuan Mokhtar berkata, sudah tiba
masanya penduduk menolak terus kepemimpinan Umno yang turut bersekongkol
dengan program berunsur! maksiat.
Seorang anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan melahirkan rasa
kesal kerana kawasan balai polis dijadikan tempat maksiat oleh pihak
terbabit.
Difahamkan program itu dianjurkan tanpa permit perhimpunan dan tidak
mendapat kelulusan persembahan hiburan oleh Ketua Jajahan Jeli.(ARM)
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke